21 Tips Pengembaraan ke Batam Indonesia

Cuti Raya Cina yang lepas kami berkesempatan meneroka Batam, Indonesia. Tetiba je Zyzool ajak, apalagi terus la kita pack barang-barang dalam beg gabak. Malam sebelum tu terus booked tempat tinggal & beli insurans. Hehehe.. Itinerari Batam memang Mira dah sediakan siap-siap dalam Google Drive manalah tahu kot-kot la kan ada rezeki. Alhamdulillah… Batam sungguh tak seperti yang kami jangka. Jom kami kongsikan 21 Tips Pengembaraan ke Batam Indonesia selama 4 hari 3 malam.

Tips Pengembaraan ke Batam Indonesia

Batam ni terkenal dengan urut-urut, cari perempuan wakakaka orang lah kata sampai Mira rasa scary pulak nak gi Batam sebelum ni hehe. Eh rupa-rupanya jangkaan ku meleset sama sekali. Tulah dengar lagi “orang kata” pastu rupanya “orang kata” tu belum pernah jejak Batam lagi.. Kot-kot “orang kata” tu dengar dari makcik bawang pastu menyampai-nyampai sampai la “orang yang percaya orang kata” tu risau nak ke Batam walaupun dekat bebenor Batam ni. Banyak naw kisah “orang kata” nih ya. Itulah padahnya kalau kita terlalu mendengar kata “orang kata”. Eh melalut pulak kan? Hahaha rupa-rupanya best jugak Batam ni. Lagi-lagi bersama orang tersayang. Ewahhh… Perasaan dia macam korang menerokai negeri lain sekitar Indonesia! Ok jom kami kongsikan Tips Pengembaraan ke Batam Indonesia yang kami terokai baru-baru ini.

1. Visa

Tak perlu visa jika anda ingin melancong ke Indonesia. Bebas visa bagi pelancong Malaysia ke Indonesia selama 3 bulan. Korang boleh semak status visa di Passport Index. Yang penting passport valid 6 bulan sebelum expired ok!

2. Kapal Terbang atau Feri?

Ikut korang la nak naik kapal terbang ke nak naik feri untuk ke Batam Indonesia. Memandangkan kami ni orang JB lebih afdal kalau naik feri je kan? Ekeke murah pon murah, dekat pon dekat. Hehe perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 55 minit dari Stulang Laut ke Batam.

3. Cukai Pelabuhan

Ok kalau naik feri korang kena sediakan siap-siap Cukai Pelabuhan (Sea Port Tax) iaitu RM21 seorang dari Malaysia & 70000Rp dari Batam

4. Terminal Feri Batam Centre, Harbour Bay atau Sekupang?

Ok kalau naik feri pulak korang boleh pilih nak turun kat mana. Ada 3 options samada ke Batam Centre, Harbour Bay atau Sekupang. OK untuk trip kali ni kami pilih untuk turun di Harbour Bay. Kenapa Harbour Bay? Harbour Bay ni dekat dengan area Nagoya. Nagoya ni salah satu tumpuan utama bagi pelancong. Banyak pilihan hotel dari murah ke mahal. Pelbagai pilihan makanan. Dekat dengan mall terbesar di Batam iaitu Nagoya Hills Shopping Mall. Banyak pilihan rumah urut. Eh? Abang mau massage ka? Hahaa. Kalau Terminal Batam Centre dekat dengan shopping mall manakala Terminal Sekupang dekat dengan resort & taman tema.

5. Pengangkutan Awam di Batam

Memandangkan ini trip DIY (semua trip kami memang DIY pon hehe) jadi peranan penginapan ni sangat penting untuk menentukan penggunaan pengangkutan. Dari pembacaan & kami tanyakan kepada pemandu Grab, terdapat kawasan yang tak membenarkan Grab Car. OH Really??? Nak naik teksi mahal 2-3x ganda dari harga Grab Car. Kawasan yang mereka panggil “Zona Merah” ni meliputi area Shopping Mall, pelabuhan feri, lapangan terbang & Tumpuan Utama. Ok jadi caranya kalau korang nak naik grab, jalan jauh sikit lebih kurang 100-200 meter dari shopping mall baru call grab. Macam kami yang tinggal di Nagoya kebanyakan yang berdekatan kami jalan kaki (kata Family Backpakers kan wakaka) melainkan jauh sangat, kami naik Grab. Naik dari kawasan yang tidak popular seperti depan Circle K (ala 7 Eleven) ke? Kat kedai Nasi Padang ke? Konon lepas makan kan rehat-rehat padahal tengah tunggu Grab amik. Mereka pasti ingat kenalan yang ambil. Ekekekek

6. Penginapan

Penginapan di Batam sangat berpatutan. Walaupun kami pergi waktu musim perayaan iaitu CNY tapi harga bilik untuk hotel 3 bintang masih berpatutan iaitu sekitar RM100 per malam. Ok kan? Hotel 4 bintang dalam RM200 dengan free massage termasuk dalam pakej hehehe. Lagilah kalau bukan musim perayaan pasti lagi murah!

7. Internet

Buatlah pilihan bijak jika korang ni instafamous haruslah setiap detik & saat nak post story kat instagram kan? Pastu nak post gambar #ootd ala Che Ta lagi tapi internet krik-krik adehhhh tension plak. Pastu mula la moody marah-marah pasangan eh? Korang ni nak bercuti ke nak layan ig? Wakaka jadi pilih la simkad yang mempunyai coverage yang luas iaitu Telkomsel dari Simpati atau dari IndoSAT. Ada juga syarikat yang menawarkan simkad & internet unlimited dengan harga yang murah. Tapi harus diingatkan coverage pon murah krik krik hahaha

8. Sunblock & Sunscreen (UVA and UVB)

Yang ni kalau tak bercuti pon memang wajib pakai! Nak keluar je rumah mesti pakai taw untuk sentiasa kelihatan muda!! Hahaha Batam panas uolsss. Pakai la sunblock & suncreen korang full coverage ya kalau tak nak berbelang! Every 4 hours re-apply balik. Jangan lupa juga bawa topi!! Sangat disarankan!

9. Makanan

Senang la cari makanan halal di Indonesia. Apalagi yang tekak jawa tu macam-macam makanan boleh dirasa dan kena dengan tekak! Cuma Burger Ramly kat sana mahal la! RM8 satu huaaaaa. Wakaka nama pon Burger Ramly bukan burger mas joko hahaha. Haruslah mahal ye dok? Nak makan Burger Ramly tunggu balik Malaysia eh! Banyak lagi makanan korang boleh rasa seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Padang, Satay Padang, Kerak Telur, Pempek, Jagung Bakar dan eh banyak la!

10. Jembatan Barelang

Ni kalau tak sampai sini maksudnya korang belum sampai Batam! Wajib pergi mercu tanda Batam iaitu Jembatan Barelang! Jembatan Barelang (singkatan dari BAtam, REmpang, dan gaLANG) adalah nama jambatan yang menghubungkan Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. Jembatan Barelang juga dikenali sebagai Jembatan Habibie. Kami menaiki Grab ke sini dalam RM60 pergi balik menaiki kereta Avanza. Kebetulan terserempak kenalan kami di Nagoya, borak punya borak dia kena RM250 naik teksi Avanza ke Jembatan Barelang. Jadi buatlah pilihan bijak! Huhuhu..

11. Menara Masjid Jabal Arafah

Setiap percutian kami mesti akan cari puncak tertinggi atau menara untuk melihat view kawasan tersebut. Haa jangan tak tahu kat Masjid Jabal Arafah ni ada Menara dan korang boleh naik dengan harga 5000 Rp ~RM1.70 seorang bagi dewasa & 3000 Rp ~RM1.00 bagi kanak-kanak. Waktu solat, menara ini akan ditutup sebentar.

12. Masjid Agung Batam

Lepas bergambar & bersolat di Masjid Agung Batam bolehlah terus berjalan kaki ke Welcome to Batam Monument. Dekat aje! Malah kami enjoy berjalan kaki dari Mega Mall Batam Centre terus ke Masjid Agung Batam melalui Alun-Alun. Hebat tak? Hahaha abis keluar peluh jantan mak! Wakakaka

13. Welcome to Batam Monument

Haruslah bergambaran di sini! Nampaklah dah sampai Batam. Ye dok? Hehehe.. Lepas dah penat bergambar boleh lah menikmati dan mencoba makanan yang dijual di kawasan lapang tersebut. Kalau berkesempatan, korang mungkin juga berpeluang untuk jumpa maskot-maskot popular masa kini seperti Upin Ipin, Elsa, Transformers, dan lain-lain di kawasan monument ni.

14. Alun-alun Batam Centre

Apa benda la alun-alun tu ek? Kat Bandung pon ada alun-alun. Kalau korang pernah bercuti ke Bandung korang mesti pernah ke kawasan lapang betul-betul sebelah Masjid Raya Bandung kan? Haaa baru ku tahu alun-alun ni sebenarnya bermaksud tanah atau kawasan lapang. Alun-alun Batam Centre ni boleh digambarkan macam padang kat Setia City Mall la. Orang lepak-lepak kat sini, main layang-layang, beriadah, dengar band menyanyi & berpiknik. Best jugak tengok suasana di Alun-alun Batam Centre ni.

15. Nagoya Hills Shopping Mall

Mall terbesar di Batam. Macam-macam adooo. Nak beli ole-ole Batam pon boleh cari kat sini. Nak beli ole-ole Singapore & Malaysia pon belambak! Hahaha

16. Mega Mall Batam Centre

Tempat untuk korang dapatkan udara aircond yang sejuk sebab Batam is hot!! Hahaha betul-betul terletak berhadapan Terminal Feri Batam Centre. Kat sini pon macam-macam adooo. Yang tak do ongkosnya hahaha

17. Batam City Square (BCS)

Antara mall yang terbaik di Batam. Banyak pilihan makanan di jual di sini. Kedai menjual alat permainan terbesar ada di sini. Kalau korang peminat PUBG boleh la belikan ole-ole keychain PUBG yang ada dijual di sini. Yang pergi beli pastu jual balik tu bagi royalti sikit kat kami heh! Wakakaka

18. Nagoya Citywalk

Di Nagoya Citywalk ni ada indoor taman hiburan berbayar iaitu Funworld. Untuk Family Travel seperti kami  haruslah memasukkan Taman Tema @ Taman Hiburan dalam itinerari buat anak kecil kami. Semoga ianya menjadi kenangan yang menyeronokkan buat mereka. Pasti pengembaraan yang terselit taman hiburan lebih mengujakan buat mereka!

19. Pasar Jodoh

Pasar Bundle terbesar di Batam. Kalau nak beli bag luggage secondhand banyak di jual di sini. Tapi diingatkan kawasan sini agak kotor sebab ada Pasar Pagi setiap hari. Letak barang berharga dalam poket. Dan jangan pegang telefon ketika berjalan di sini. Ambil langkah hati-hati ok?

20. Hypermart

Kalau korang nak beli cemil-cemilan atau air kotak ke air mineral ke kan, apakata beli di Hypermart! Dahla murah jauh beza betul dengan Circle K (ala 7 Elevan) pastu banyak gratis (percuma) pulak tu. Beli 2 kotak air gratis 1 kotak! Wah soo jimat!

21. Ole-ole Khas Batam

Ole-ole Khas dari Batam ni kebanyakannya makanan. Antaranya kek pisang, kek lapis, kuih bingke, coklat, brownies dan banyak lagi.  Yang paling popular Kek Pisang Villa. Pelbagai jenis kek pisang di jual di sini. Ada yang bersalut coklat, buah naga, pandan, blueberry, eh banyak la yang asli pon ada!

Cukup la 21 Tips Pengembaraan ke Batam Indonesia dulu ya. Kot-kot ada lagi nanti kami tambah ya. Ouh ya dah sampai Batam ni rumah urut dia lebih kurang banyak je macam kat negara kita ni. Malah lagi besar kot bangunan rumah urut kat sini berbanding sana! Opsss Abang, Mau Massage ka?

Till then, Happy Trave!!

4.1 24 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Rashidah

Salam
Boleh tak saya nak tengok full itinerary ke batam