Musim cuti sekolah dah hampir tiba! Petang Jumaat, 20 November 2026, Zyzool dan Mira dijemput oleh St. Giles Southkey bersama anak-anak ke Causeway Café untuk merasa buffet St. Giles Southkey yang terbaru, iaitu buffet makan malam Feast of Joy. Ini bukan kali pertama kami ke sini. Sebelum ni kami pernah sambut birthday Aryz di Causeway Café.

1Suasana buffet St. Giles Southkey di Causeway Café
Dari kaunter depan lagi dah rasa meriah dengan hiasan sempena Krismas. Ada garland, loceng dan stokin merah di kaunter. Staf pun mesra dan ceria menyambut tetamu.

Ruang makan dia luas dan terang. Lampu bulat besar di siling, dinding bercorak geometri dan meja kayu yang kemas. Ramai keluarga dan pelancong datang malam tu, tapi masih selesa nak bergerak.
Sampai di meja, dah tersedia kad tempahan “Zyzool Mira Travel (Amirah), 6 pax” di meja nombor 707. Terima kasih St. Giles Southkey! Kami datang berenam, Zyzool, Mira dan empat orang anak.



2Menu buffet St. Giles Southkey untuk makan malam
Menu dia panjang betul. Ada hidangan Barat, Asia dan Jepun. Antara yang paling menarik perhatian kami:

- 🦞Seafood on Ice. Udang harimau, kupang New Zealand, scallop, slipper lobster dan ketam.
- 🍗From The Carving. Kambing panggang gaya Greek, salmon panggang dan ayam belanda panggang dengan sos kranberi.
- 🔥Live Action Stall. BBQ makanan laut dan daging, Chicken 65, crepes suzette dan pasta dalam roda keju Parmesan.
- 🍛Hidangan panas. Nasi ayam Hainan, Duck a l’Orange, short ribs BBQ, Shepherd’s Pie, Creamy Tuscan Salmon dan paella makanan laut.
- 🍜Noodle Station. Chicken Emperor Soup dan asam laksa.
- 🍣Japanese Counter. Sashimi salmon, butterfish dan tako, tempura udang dan chawanmushi.
Kami mula dengan stesen From The Carving. Chef potong daging terus ke pinggan, dan Zyzool pun tak lepas peluang beratur di situ. Kambing panggang pula dihidang dalam periuk besar, siap dengan herba di atas.




Di bahagian Hot Dishes, tempura udang dan sayur dihidang panas-panas dalam periuk besi hitam. Rangup dan tak berminyak.

Zyzool pula sibuk merakam setiap stesen makanan dengan telefon sebelum mula makan. Biasalah, kerja blogger, makanan kena “makan” dulu oleh kamera! 😆

Ada juga hidangan goreng bersalut tepung yang digoreng dengan daun kari dan daun pandan. Warna merah menyala, rangup dan wangi.

Untuk pembuka selera, ada samosa dan sup cendawan pekat yang dihidang panas dalam periuk.


Satay ayam pula dibakar panas-panas terus depan mata di stesen live action.

Di stesen live action, Chef Fikri masak pasta carbonara terus depan mata. Kuali dilambung atas api, sos krim pekat menyaluti spageti. Anak-anak memang suka pasta dia!

Peminat makanan Jepun pun ada pilihan. Sushi roll bersalut serbuk rangup dengan sos mayo dan mangga, sushi kamaboko berbentuk bunga, siap dengan halia jeruk, wasabi dan salad rumpai laut.


Bahagian salad pun banyak pilihan.

Yang nak makan sihat pun ada pilihan. Buah potong segar disusun panjang atas daun pisang, ada tembikai, epal merah dan hijau, oren, honeydew, anggur dan blueberi.

Aafy pula sempat posing dengan pinggan kosong depan kaunter buah. Gaya macam nak ambil semua, padahal posing je haha!

Menu boleh berubah ikut bekalan bermusim. Jadi hidangan pada hari korang datang mungkin sedikit berbeza.
3Syurga pencuci mulut
Bahagian pencuci mulut memang juara! Ada deretan kek dengan deco Krismas yang comel, kek buah, black forest dengan ceri merah, panettone, muffin dan mini cupcake coklat dengan topper yang comel.


Muffin coklat chip pula ditabur gula aising dan dihias topper kartun yang tersenyum. Brownie muffin pula ada topper beruang dan bintang yang comel. Di belakangnya ada kek kopi walnut berlapis yang lembut.


Yang suka pastri, jangan lupa ambil cream puff dia. Afya siap potong pelan-pelan guna pisau dan garpu. Sopan betul dia makan malam tu 😄

Yang paling kami suka, biskut gingerbread yang dibalut cantik satu-satu. Ada juga biskut coklat chip dengan kacang yang rangup.

Jangan lupa singgah stesen crepe! Crepe lembut dihidang dengan satu scoop aiskrim coklat Baskin-Robbins, ditabur chip coklat gelap dan putih. Memang kegemaran kami malam tu.

Untuk rasa tempatan, ada ABC dengan cendol, cincau, jagung dan gula melaka. Ada juga aiskrim Baskin-Robbins, dan inilah stesen paling popular untuk anak-anak kami. Semua empat orang ambil aiskrim! Si bongsu Aryz habis comot mulut dengan aiskrim Cotton Candy warna merah jambu dan ungu, tapi senyum sampai ke telinga.





4Goodies comel untuk kami
Yang best, setiap seorang daripada kami diberi goodies comel, sapu tangan merah dalam kotak berlogo St. Giles. Sekali pandang, rupa dia sebijik macam sepotong kek red velvet tau! Comel sangat.
Malam tu kami juga jumpa dua rakan media lain, Bella dan John. Tak sempat nak borak panjang pun, sempat ambil gambar je hahaha!


Sebelum balik, Mira sempat bergambar dengan Krystal dari St. Giles Southkey yang menjemput kami malam tu, dan juga GM hotel. Terima kasih Krystal atas jemputan dan layanan yang mesra!


Kunjungan kami kali ni atas jemputan St. Giles Southkey. Semua yang kami kongsi dalam posting ni pengalaman jujur kami sendiri ya.
Kesimpulannya, buffet St. Giles Southkey Feast of Joy di Causeway Café memang sesuai untuk makan malam hujung minggu bersama keluarga. Pilihan makanan banyak, pencuci mulut meriah dan anak-anak pun seronok. Kalau suka review buffet macam ni, baca juga pengalaman kami di Trinidad Iftar Buffet. Selamat bercuti hujung tahun semua! 😄




Ada soalan atau pengalaman nak kongsi?
Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.
Tinggalkan komen ↓Jangan ketinggalan kisah kembara kami
Dapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.
