6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka-Dumai

Sampai je Terminal Feri Melaka tutuplah pulak. Esok buka pukul berapa ni? Cari dalam website pon tak jumpa. Huhuhu tulah yang terjadi pada kami tempoh hari. Jom Mira kongsikan 6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai Indonesia.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai

1. Tiket hanya boleh di beli di kaunter tiket sahaja.

Setakat tarikh yang kami beli tiket ini, memang kena beli tiket Melaka ke Dumai secara walk in sahaja. Kalau stay kat Melaka senang la nak beli kan? Kami yang jauh nih jenuh kena pergi ke Melaka baru beli tiket jadi rancang pembelian tiket anda.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

2. Pastikan anda membawa passport ketika membeli tiket

Pastu tak boleh suka-suka je nak beli tiket feri. Korang kena bawa & bagi passport korang kepada kaunter. Nanti mereka akan keluarkan tiket feri buat anda. Ambil masa sikit. Sementara tunggu tiket bolehlah menjamu selera di kiosk makanan yang terdapat dalam Malacca International Ferry Terminal ini.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

3. Kaunter di buka dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Alkisah dari Johor ke Melaka kitaorang sampai dalam jam 5:30 petang. Pastu terus bergegas ke Terminal Ferry. Tup tup kul 6 dah tutup daaa. tanya kat pakcik guard tu jam berapa buka? Rupa-rupanya masa operasi hanya dari 7 pagi hingga 5 petang. Info ni tak dinyatakan dalam laman web mereka pun.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

4. Harga tiket

Harga tiket bagi dewasa adalah RM110 sehala manakala Rm170 pergi balik. Manakala tiket kanak-kanak adalah RM55 sehala Rm110 pergi balik​.

Memandangkan kami balik ikut jalan udara maka kami beli tiket sehala sahaja. Tapi pastikan tiket balik korang dah beli siap-siap ok. Kalau tak lepas kat imigresen jangan salahkan den. heheh

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

5. Harga Caj Boarding & lain-lain caj adalah RM25 seorang

Ok korang kena sediakan duit tambahan iaitu caj boarding & lain-lain. Yang ini ikut kepala. Kalau pergi 5 orang jadi setiap orang kena bayar tambahan RM25.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

6. Sila berada di Balas Berlepas 30 minit sebelum waktu keberangkatan

Kalau tak nak ketinggalan feri pastikan korang berada je di Terminal Feri tersebut.

Dengan 6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai ni dah cukup untuk korang yakin diri mengembara ke Dumai Indonesia melalui jalan laut.

Edit Column Edit Text Editor Sampai je Terminal Feri Melaka tutuplah pulak. Esok buka pukul berapa ni? Cari dalam website pon tak jumpa. Huhuhu tulah yang terjadi pada kami tempoh hari. Jom Mira kongsikan 6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai Indonesia.

Hehehe ouh ya lupa! Yang paling penting duit nak mengembara tu kenalah menabung dari sekarang! Hehee Happy Travel ✈️

Spread the love
  • 89
    Shares

This Post Has 8 Comments

  1. Assalamualaikum Kak Mira,

    Boleh ceritakan brapa jam perjalanan atas feri dan sampai je di terminal dumai tu akk ke mana and the rest of the trip? thanks in advance. really enjoy reading your blog, xoxo.

    1. Waalaikumussalam. Thank you!! Perjalanan dalam feri ke Dumai dalam masa 2 jam 30 minit ke 3 jam. Kami stay satu malam di Dumai & berjalan di sekitar Dumai sebelum meneruskan perjalanan kami ke Pekanbaru 😊

  2. Jadual feri macam mana ya ? Sehari ada berapa kali feri ke dumai ?

    1. 3 kali sehari

  3. Puan
    perjalanan laut dia menyeramkan tak puan…? maksud saya bergelora sangat tak?

    1. Hujan rintik-rintik.. air bergelora… hehe doa banyak-banyak puan 😊

  4. Salam puan.. tq info yang sangat berguna … nk tanya , kat terminal feri tu boleh parking kereta untuk 2/3 hari semasa kita ke dumai … terima kasih

    1. Waalaikumussalam, ada tempat parking yang disediakan

Leave a Reply

Close Menu