Panduan

Panduan Muslim traveller

Cari makanan halal dan tempat solat bila travel ke luar negara. Ini himpunan pengalaman dan tips kami sekeluarga dari setiap destinasi.

Tips umum kami

  • Semak logo halal tempatan. Setiap negara ada badan pensijilan sendiri. Kalau ragu, tanya terus atau pilih menu makanan laut dan sayur.
  • Muat turun app waktu solat dan kiblat. Waktu solat di luar negara selalu berbeza dengan Malaysia.
  • Tanya kaunter informasi. Banyak taman tema dan tarikan utama sediakan bilik solat. Biasanya perlu minta di kaunter.
  • Bawa sejadah ringan dan bekalan. Roti, kaya dan makanan segera sangat membantu, terutama bila bawa anak kecil.
  • Rancang lokasi masjid. Selitkan masjid dalam itinerari, contohnya untuk solat Jumaat.