7 Tips Beli Tiket Feri ke Tanjung Pinang

Nak pergi ke Tanjung Pinang boleh je naik kapal terbang ke Batam kemudian ke Tanjung Pinang. Nak lagi senang naik feri je dari Johor Bahru ke Tanjung Pinang. Ok jom kami kongsikan 7 tips beli tiket feri ke Tanjung Pinang.

Ada satu trip je sehari ke Tanjung Pinang. Masa Jun 2022 selang 1 hari je trip ke sana.

1. Pembelian tiket secara online atau kaunter tiket di aras 2

Buat masa ini korang boleh beli tiket feri di laman web ini Berjaya Waterfront. Klik link di bawah untuk terus membuat tempahan. Boleh juga membuat pembelian terus di kaunter tiket di aras 2 bangunan Berjaya Waterfront, Johor Bahru.  Setiap hari ada perjalanan feri ke Tanjung Pinang iaitu jam 3 petang.

2. Harga Tiket Feri JB ke Tanjung Pinang

Harga tiket bagi dewasa RM151. Manakala tiket bagi kanak-kanak pula adalah RM116. Harga ini untuk perjalanan sehala.

3. Pembelian tiket feri hanya sehala

Setakat bulan Julai 2022, hanya tiket sehala sahaja yang dijual. Untuk tiket balik perlu di beli di Tanjung Pinang.

4. Boarding Pass

Ok lepas korang dah beli tiket online kan, korang perlu hadir awal masa hari nak pergi tu untuk dapatkan “boarding pass”. Boarding pass ni boleh di ambil pada hari nak bertolak tu je tau.

Ok ini sis rasa ada kekurangan sikitlah di kaunter Berjaya Waterfront ni. Zyzool datang awal pagi jam 9 pagi tapi mereka minta balik dulu dan collect jam 1 petang nanti.

“Takpe bang datang je pukul 1..”

Setibanya kami jam 1 petang orang dah penuh beratur. Dapat boarding pass nak dekat pukul 2.45 petang. Untuk family traveller macam kami memang terkejar-kejar nak kejar masuk feri yang akan berlepas jam 3 petang. Fuh berpeluh sis dengan angkat bag gabak pastu tolak stroller lagi fuh sebaik ada suami tuff wakakaka

Datang je walk-in tak ramai pon orang gi Tanjung Pinang.. kata abang kaunter hahaha
Zyzool je sorang beratur. Sis jaga anak-anak

5. Jangan lupa bawa passport untuk collect boarding pass!

Haaa masa nak collect boarding pass tu dia memang minta passport. Jadi pastikan passport korang dan anak-anak ada bersama time beratur tu. Anak-anak suh lah pasangan jaga jap kat tempat menunggu.

Memang pishang lah bila ramai orang kan nak buat cane. Zyzool datang pagi suh balik katanya datang petang. Lah rupanya nak kasi lecak tiak kejar feri hahahaha pastu sebelum masuk feri kena melalui abang imi pulak tu hihihi. Sebaik abang imi semua sporting-sporting. I hope mereka buat sesuatu lah di kaunter masa peak time orang ramai nak balik kampung Tanjung Pinang tu.

mak pak pastikan dah lengkap vaksin ya. Yang sinovac pastikan dah amik booster. Anak-anak vaksin ke tidok mereka tak tanya pulak

6. Caj Boarding

Haaa yang nih dah tak yah ghisau dah sebab harga tiket feri tadi dia dah caj dah siap-siap caj boarding seperti caj pelabuhan, insuran & surcaj bahan api. So tenang-tenang aja. Tapi dah sampai tanjung Pinang nanti kena tepikan siap-siap duit caj boarding nak balik Malaysia tau. Nanti Mira kongsikan kat next post k!

Haa nampak tu dia dah caj sekali segala caj boarding

7. Haa dah selesai semua berlari lah korang ke feri!

Lepas dah melalui pemeriksaan bag & abang imi korang boleh lah masuk ke feri. Sebabkan korang lambatkan beratur nak dapatkan boarding pass tadi tu kan jadi mengagaulah cari tempat duduk yang nan hado masing-masing cop letak beg derang hahahaha..

Siap sis bertanya dengan sopan..

“Ada mana-mana tempat kosong ke?”

“Tak da..” sayup-sayup sis dengar hurmmmmm… Padahal situ ada 1 seat kosong sano ada 1 seat kosong sinun ada 1 seat kosong. Barangkali tuan yang duduk tu gi berak kat toilet lah kot ek.

Pastu datanglah abang feri “superhero” angkat nasi bungkus dia kat 4 seat kosong tu haaa alhamdulillah kalau dah rezeki tak ke mano ye dak? Dapeklah den anak-beranak tempat duduk yang cun walaupun tiak sis lencun sis totap mantain cun hahaha.. Patutnya 5 seat sebab Aafy pon kena bayar harga kanak-kanak tapi maleh lah nak mengagau cari lagik. Janji kita anak-beranak happy.. Boleh buat konten tuk tiktok lagi wakaka.. Walaupun view sis kelautan biru sebiru laut china selatan ku harungi jua untuk sampai ke Tanjung Pinang. Hahaha merepek apakah!

Ni ha Boarding pass tu. Dah la bercinta nak kena beratur amik pastu hujung-hujung tak dapat langsung copy pass ni nasib Zyzool bijak dia sempat snap gambar boarding pass yang kena koyak pass pemeriksaaan tu hehehe ada la bukti nak tunjuk kat korang hehe
Anda inginkan travel backpack? Anda pasti dengan jawapan anda? Heheh

Ok cukuplah 7 tips beli tiket feri ke Tanjung Pinang. Semoga bermanfaat dan terokailah warisan sejarah melayu di Tanjung Pinang, Wilayah Kepulauan Riau, Indonesia!

Alhamdulillah. Tanjung Pinang kami datang!!
4.5 13 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments