Destinasi · Hong Kong

Hong Kong

Disneyland, Ocean Park, Ngong Ping 360, The Peak dan makanan halal. Catatan dan tips percutian kami sekeluarga di Hong Kong.

Hong Kong · China
HKZYZOOL
MIRA TRAVEL
Artikel

Baca kisah dan tips kami

Semua artikel blog
Panduan

Panduan percutian Hong Kong bersama anak kecil

Kami bercuti di Hong Kong selama 7 hari 6 malam bersama Ayra dan merekodkan setiap hari dalam siri catatan harian. Bermula dengan penerbangan dari Senai dan malam pertama di Chungking Mansions, kami seharian di Disneyland sehingga bunga api malam, naik Star Ferry dan Ding Ding Tram, singgah di Masjid Ammar dan menikmati malam di The Peak.

Hari seterusnya kami terbang atas awan dengan Ngong Ping 360, singgah di Citygate dan Ladies Market, kemudian khusus untuk shopping di Toy Street, Apliu Street dan Sneaker Street. Kami juga ke Ocean Park menaiki bas 629, menonton Symphony of Lights dan pulang dengan Airport Express.

Tips sebelum merancang percutian Hong Kong

Kalau ini kali pertama anda membawa anak ke sana, mulakan dengan itinerari 7 hari 6 malam kami. Kemudian baca 8 tips percutian dan 14 tips bersama anak kecil untuk info visa, Octopus Card, pengangkutan, makanan halal dan tempat solat. Sebelum ke Ocean Park, semak 7 info penting yang kami kongsikan supaya hari anda lebih lancar.

Untuk maklumat rasmi tentang acara dan tarikan terkini, lawati laman Discover Hong Kong. Senarai semua artikel kami ada di bahagian atas halaman ini.

Zyzool dan Mira
Hai, kami Zyzool & Mira!

Bukan travel agent taw!! Zyzool si suami pastu Mira si isteri. Kami suka acah-acah backpackers dengan anak-anak.

Kenali kami

Nak rancang trip sendiri?

Muat turun itinerari yang kami guna, kemudian sesuaikan ikut keluarga anda.

Lihat itinerari