Tiny Taladnoi Hostel Bangkok, Thailand

Tiny Taladnoi Hostel menjadi pilihan kami sewaktu pengembaraan kami ke Bangkok. Kami lebih selesa memilih penginapan berkonsep ala backpackers hostel kerana mengekalkan konsep travel backpack pada ketika itu. Namun begitu tidak semua hostel menerima tempahan dari Family Travel. Jadi pastikan anda membuat semakan sebelum membuat tempahan di hostel terpilih.

Tiny Taladnoi Hostel
Sumber dari Booking.com

Pada mulanya ingatkan nak ambil hotel je lebih selesa kan sebab ada anak kecil tapi bila search punya search eh cantik la hostel nih. Terus bagitau Zyzool. “Sayang jom kita try hostel nih rate dia tinggi 9.5/10 tu..”

Tapi masa nak booked tu Double Room dah sold out. Jadi kami ambil Twin Room dengan harga RM70 sahaja satu malam! Agak murah untuk hostel yang mempunyai rate yang tinggi. Plus dalam gambar nampak neat dan cantik. Oklah kami pon proceed untuk stay di situ 2 malam pertama di Bangkok.

Dari Stesen Hua Lamphong

Selepas 16 jam dalam keretapi dari Padang Besar, kami tiba di Stesen Hua Lamphong, Bangkok. Dari situ mulanya kami plan nak ambil Grab. Tapi apa barang naik Grab kan? Kata travel hahaha haruslah tinggalkan sisa-sisa lemak di jalanan haha. Jadi kami decide ok ayoh la kita jalan kaki mencari Tiny Taladnoi Hostel. Wakakaka gigih!!

Dengan bag gabak berat 20 kg memasing. Sorang satu tolak stroller berjalan la kami mencari di manakah penginapan kami ni. Berbekalkan apps map alhamdulillah kami sentiasa di jalan yang benar. Hehe adalah dalam 10 minit jalan kaki sampai la kami di Tiny Taladnoi Hostel.

Tiny Taladnoi Hostel

Friendly Staff

Ketibaan kami di sambut dengan sangat mesra oleh staf mereka. Rasa sangat selesa dan membangkitkan mood yang positif kepada kami walaupun badan agak kepenatan semalaman di dalam keretapi. Selepas selesai urusan check-in kami di bawa ke bilik kami. Suprisingly untuk bilik berharga RM70 bilik di Tiny Taladnoi adalah sangat selesa dan kemas!!

Malaysian Family Travel Tiny Taladnoi, Bangkok

Private Twin Room

Kami memilih Private Twin Room with Shared Bathroom sebab yang lain dah penuh yang tinggal bilik dorm sahaja. Yang tu memang tak sesuai la untuk kami Family Travel. Hihi yang ni pon ok dah nama pon travel ala backpack kan. Hihihi

Ayra memang seronok la dapat naik katil atas. Dia dah cop siap-siap nak tidur atas dengan Zyzool hehe. Manakala Mira dan Afya tidur di bawah. Walaupun bilik ini kecil tapi segala kelengkapan disediakan.

Tiny Taladnoi Hostel

Tandas

Dah namanya hostel kan? Biasa tak banyak bilik yang ada toilet kat dalam. Bilik kami adalah shared bathroom iaitu tandas di luar. Toilet adalah berasingan bagi lelaki dan perempuan. Mungkin bagi sesetengah orang rasa kurang selesa namun begitu memang konsep travel kali ni kami memang plan untuk tidur ala backpack. Dan Tiny Taladnoi Hostel ini lebih dari apa yang kami jangkakan. Tandasnya sangat bersih dan wangi hehe. Alhamdulillah Ayra & Afya juga enjoy mandi di sini hehe.

Setiap kali travel backpack, Mira & Zyzool memang akan bawa selipar. Jadi senang nak ke tandas. Hihi anak-anak pon sama. Mereka happy stay di Tiny Taladnoi Hostel ini.

Breakfast

Sama seperti hostel yang lain, di sini ada juga disediakan simple breakfast. Kami makan buah-buahan yang semestinya di jamin halal. Hihi ada juga roti yang ada tanda halal Thailand. Mereka memang mengambil berat kepada pengunjung Islam. Siap tanya kami if nak apa-apa selain yang mereka sediakan. Wah!

Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam yang terdekat dengan Tiny Taladnoi adalah Shuttle Boat di Si Phraya Pier. Hanya 5 minit jalan kaki ke sini. Shuttle Boat ini adalah percuma! Jadi ambillah peluang menikmati permandangan di sekitar Sungai Chao Phraya. Anda juga boleh menaiki keretapi di Stesen Hua Lamphong.

Hostel Rate

Malaysian Family Travel Tiny Taladnoi, Bangkok

Kami amat berpuas hati menginap di Tiny Taladnoi Hostel ketika keberadaan kami Thailand. Kami pasti akan menginap di sini lagi jika berpeluang mengembara ke Bangkok lagi kelak.

Rate:
4.6/5
5 2 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments