Kiosk Bacaan Komuniti di Taman Permainan

Bermula dengan hanya membaca buku di tanah lapang sekitar ini siapa tahu kini Taman Permainan ini mampu mempunyai Kios Bacaan Komuniti tersendiri!!

Kagum betul Mira dengar permulaan wujudnya outdoor library sebegini. Dan ini merupakan satu-satunya outdoor library di Johor!!

Yang lagi buat Mira kagum.. Anak-anak kat sini ternanti-nanti library dibuka setiap petang!! Dan team sukarelawan juga komited dari awal pembukaan Kios Bacaan Komuniti yang terletak di Taman Permainan Jalan Bunga Melati, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri.

Ayra sempat pinjam 5 buah buku. Sistem pinjaman buku hanya menggunakan aplikasi di telefon & sangat sistematik!!

Tahniah buat Majlis Bandaraya Johor Bahru, Rotary Club of Johor Bahru Sentral dan Happy Riders Connect kerana berjaya mewujudkan pusat bacaan outdoor yang awesome ni.

Tak lupa thank you abang Black ajak kita join program Mari Membaca kat Kios Bacaan Komuniti -KDSM ni. Memang hebatlah korang.

p/s: Sesungguhnya cinta juga ibarat buku. Kalau tak mahu tersakiti jangan buka & baca halaman berikutnya. Tapi kalau tak buka apa entah isinya kan? Entah kecewa atau bahagia? Hahahaha tiber 😝

5 2 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments