Bercuti bersama anak kadang-kadang memenatkan. Lagi kalau anak tak nak bekerjasama. Menangis je kerjanya. Buat macamana pun anak tetap menangis. Aduh! Huaaaa stressnya cuti!!! Hehehe korang pernah ke rasa macam ni? Bagaimana nak memastikan anak anda gembira sepanjang percutian? Ok jom kami kongsikan!!
Alhamdulillah kami belajar banyak cara untuk memastikan anak kami sentiasa gembira sewaktu pengembaraan kami. Hihihi jangan cepat putus asa ya mama & ayah kadang-kadang pertama kali tak sentiasa yang terbaik. Banyak berdoa semoga di permudahkan urusan ketika bercuti bersama anak kecil.
1. Berikan lebihan masa
Dulu masa kami mengembara berdua pergi lambat airport pon tiada masalah. Cepat je pergerakan kami. Dua-dua kaki jalan kan hihihi nak kejar flight tu tak de masalah lah. Hehehe. Now kena ambil masa sikit.. Hihi nanti tetibe anak lapar lah. Nak susu lah hihihi.. Nak tido lah hihi. Diapers lebih muatan la.. hihi So korang kena berikan lebihan masa bila travel bersama anak. Kita pon tak terkejar anak pon tersedia. Hihihi dua-dua pon happy!!
2. Rancang aktiviti yang menyeronokkan
Bila bercuti bersama anak nih kena la rancang supaya ada aktiviti yang menyeronokkan buat anak!! Jangan buat itinerari tu pikir suami isteri je seronok. Hihih kena pikir juga anak seronok ke tidok! Jadi rancanglah ada aktiviti ke taman tema sekurang-kurangnya 1 dalam masa percutian anda tersebut.
3. Tetapi jangan terlampau banyak aktiviti untuk sehari.
Perlu diingatkan ya!! Anda bercuti bersama anak maka janganlah terlalu pack sangat itinerari dalam sehari. Kalau boleh semua nak cover dalam sehari. Hihihi neeehiii.. Korang pon penat anak lagilah! Tapi bila dah lelama travel korang dah dapat rentak boleh je nak pergi banyak tempat dalam sehari make sure pin point tempat tersebut di map. Yang mana dekat-dekat tu boleh la tapau terus. Wakakakaka.. Jangan lupa pakai kasut sedap taw! So taklah sakit kaki ekeke.. Kalau sakit pon mintak la pasangan urutkan hihihi
4. Pek makanan ringan dan baju sejuk
Ini janganlah dilupain ya. Bawala roti ke biskut ke kegemaran anak anda. Kalau mereka lapar adalah makanan on the go. Haa lapar nah haa lapar lagi nah ambil je dalam beg Doraemon Mummy nih hehehe. “Ummi..Sejuklah..” Ok nah baju sejuk! Jadi mak-mak nih memang kena pikir kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.. Hihihi
5. Bawa permainan dan buku
Mira suka bawa buku sticker untuk Ayra & Afya. Ayra pula mesti confirm bawa UNO Card dalam bag dia. Manakala Afya akan bawa set masak-masak on the go hehee. Jadi anak anda tak la bosan dalam flight atau dalam kenderaan menuju ke destinasi. Hehehe
6. Bawa stroller atau baby carrier
Kita pon tak nak anak penatkan? Jadi bawa jelah stroller untuk kebaikkan bersama. Kalau rasa leceh-leceh tu lagi leceh kalau anak cranky sebab penat. Korang punya mood bercuti pon out. Last-last percutian berikutnya tinggalkan anak kat parents korang. Eh? hihihi
7. Travel as lightly as possible!!
Hurm…. Backpack satu. Handbag satu.. Pastu ada lagi shoulder bag satu.. luggage bag satu.. pastu plastik bag.. Pastu tak cukup letak dalam plastik hitam huaaaa. Pastu anak lagi.. Halah-halah… Pastu ada yang tertinggal. Pastu banyak kerja plak nak gi cari.. Pastu moody.. Pastu stress.. Pastu marah-marah.. Adeh…. Bila travel dengan anak jangan bawak beg banyak sangat ya. Beli terus luggage beg yang besar tu.. Sumbat semua dalam tu. Pastu bawak la beg extra letak dalam luggage beg tu incase ter”shopping” banyak, kan dah ada beg spare. hihihi
8. Anda juga wajib gembira!!
Haaa ni yang paling penting.. Korang nak pastikan anak gembira memanjang tapi korang plak yang stress. Hahahaha make sure diri korang tu dulu gembira then automatik senang je nak gembirakan anak sendiri!!
Semoga perkongsian ini bermanfaat & jangan lupa sentiasa berhati-hati apabila travel ke negara orang. Doa sentiasa semoga sentiasa dipermudahkan urusan ketika travel.