
Kami Zyzool & Mira adalah pasangan suami isteri dari Malaysia yang suka mengembara.
Alhamdulillah dikurniakan tiga anak iaitu
Ayra (7+ tahun)
Afya (3+ tahun)
Aafy (10 bulan)
Dulu sebelum kahwin kami rajin mendaki gunung. Time mendaki nih kite nampak perangai asal pasangan kita. Hihihi. Ok Mira rindu sangat nak naik gunung. Disamping boleh tengok nature boleh keep fit tanpa sedar.
Lepas kahwin Zyzool masih meneruskan minat mendaki gunung. Tetapi Mira dah stop sebab menyusukan anak. Nak tinggalkan tak sampai hati. Nak bawa mendaki macam tak sesuai lagi. Huhu bertabahlah ye! Tunggu anak-anak dah besar boleh mula mendaki gunung semula. Hihihi

Actually dari kecil Mira dah mengembara bersama keluarga Mira ke England. Mira pernah kongsikan di IG: @zyzoolmiratravel
Lepas tu Mira pernah membawa diri seorang ke Australia.
Ok yang tu cerita lain. Hehehe

Honeymoon!
Start dari kahwin kami main redah ke Semarang, Indonesia. Kebetulan ketika itu dapat tiket flight murah. So berbulan madu lah kami ke sana. Masa tu kami berdua. Tak kisah lah main redah sahaja. Hihi Kemudian kami berdua redah pula ke Sabah. Dengan beg hiking memang mudah ke mana sahaja dengan pantas.
Hehe masih berdua kan?


Anak sorang!
Ayra masuk 5 bulan kami test ke Sabah lagi sekali. Yang ni memang Mira buat research banyak-banyak since ini kali pertama bawa anak sendiri naik flight kan?
Alhamdulillah Ayra sangat behave!
Next kami panaskan badan backpack ke Singapura. Latihan kami sebelum ke Seoul, Korea. Mira test ber”babywearing” masa ke sana.
Untuk percutian kami ke Seoul, Korea banyak juga yang kami belajar. Kebetulan baru habis musim sejuk ketika itu. Tapi rupanya kesejukkannya masih dirasai.
Alhamdulillah kami berasa yakin untuk mengembara bersama anak kami.
Kemudian kami ke Bandung, Indonesia pula. Masih ber”babywearing” Ayra ketika ini.
Lepas tu kami dah makin selesa dan panjangkan langkah kami mengembara ke Hong Kong pula.
Ketika ini kami rancang membawa “stroller“. Apa lagi kasi test dulu pergi Singapore! Hihi.
Anak dua!
Selepas melahirkan Afya pula makin banyak negara yang kami lawati antaranya, Jepun, Brunei, Gold Coast Australia, kembali ke Korea dan juga mengembara ke Bangkok Thailand. Dan tak sangka selepas kembara Bangkok kami masuk surat khabar Harian Metro dan kemudian di panggil untuk perkongsian travel bersama ank kecil di TV Al-Hijrah.

Baby Boy 2020
Alhamdulillah tahun ini kami dikurniakan dengan cahaya mata ketiga itu Aafy bin Azizul. Lepas habis pantang tup-tup PKP so bila boleh kembara berlima ni? Semoga Covid-19 segera hilang di muka bumi ini dan kita semua boleh mengembara seperti dahulu kala. Ouh aku rindu untuk travel!
Read More: Baby Boy 2020
Eh panjang pula cerita kisah kami ni.
Kalau nak tahu lebih lanjut & tak nak ketinggalan post kami, jangan lupa subscribe ya!
Kalau anda berminat melancong sendiri ala bekpek jangan lupa follow kami ya!
Semoga perkongsiaan kami memberi manfaat pada anda semua 🙂
Salam Perkenalan!
What you need to know
About Us
Kami hanya ingin berkongsi kisah pengembaraan kami bersama anak kecil kami.
my family travel blog
Our background
Objektif kami mengembara bersama anak adalah untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t serta mengenali budaya negara luar. Di samping itu dapat mengeratkan lagi ukhwah kami sekeluarga.
Siapa cakap dah ada anak tak boleh travel? Hehe.
The most affordable price
let's start your journey!
The people
Our Team
Kita perkenalkan team member Zyzool Mira Travel hihihi… Bermula kami berdua kemudian kembara 3 beranak… 4 beranak.. Now latest (2021) kembara 5 beranak.
ikuti kami di media sosial