60 Senarai Barang untuk Family Camping

Sementara tak boleh travel ke luar negara ini kita layan travel sambil camping bersama keluarga dalam Malaysia. Kalau 1st time camping bersama keluarga nih nervous jugak kan. Yelah kalau camping zaman anak dara dulu pikir barang untuk diri sendiri je hehe sekarang dah ada anak kena la ada senarai barang untuk family camping. Kang kalau tertinggal haru pula nak mencari tengah jalan hihi. Mira kongsikan 60 senarai barang-barang yang bersesuaian untuk family camping. Ada yang tak cukup lagi nanti kita kumpul slow-slow ok hehehe.

Baca lagi info di sini:

Barang Asas Camping

1. Khemah – Kalau nak camping haruslah ada khemah ye dak? Tak namanya camping la kalau tidur dalam hotel hehehe. Jadi bila korang plan nak beli khemah pastikan khemah itu sesuai la untuk keluarga korang. Jangan lupa untuk practice pasang & buka khemah dulu ya sebelum pergi camping trip. Ada banyak pilihan khemah yang di jual di pasaran antaranya Coleman, Quechua, Gelert dan banyak lagi di online shop. Tinggal korang pilih yang bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga & bajet anda. Kami yang baru berjinak-jinak ni memilih khemah Bazoongi Wira 4P.

2. Groundsheet – Yang ni kita gunakan untuk alas tempat camping kita. Jadi kalau malam takda sejuk sangat ada alas bawah khemah. Kalau hujan pon tak la lembap sangat plus jagakan bahagian bawah khemah. Ada banyak pilihan size groundsheet yang di jual di pasaran. Korang agak-agakla pilih yang bersesuai dengan lebar khemah korang. Kami mempunyai pelbagai jenis groundsheet. Ada yang kecik, besar hehehe macam-macam saiz yang kami kumpul bermula dari hiking zaman muda-mudi dulu sampai la sekarang adalah dalam 10 kot groundsheet kot wakakaka. Ni beli satu je dah cukup sebenarnya.

3. Flysheet – Yang ni pula pasang atas khemah. Boleh cover atas khemah. Kalau hujan pon tak basah khemah tu. Ranting jatuh pon tak rosakkan khemah kita. Terjaga la khemah kita.

Yang bawah warna biru tu groundsheet. Yang warna oren atas khemah tu flysheet.
Malaysian Family Travel Pulau Mawar
Yang ni groundsheet panjang dalam 20X10 memang cover dari depan sampai belakang khemah.

4. Hammock – Boleh baring & bersantai di tepi pantai. Memang tidur lenalah dalam hammock ni. Hehehe. Syiok tu sambil baring sambil dapat angin pantai. Boleh juga duduk sambil berbuai.

5. First Aid Kit Haaa yang ni jangan dilupaain ya. Jadi kalau ada sebarang kecemasan dah sedia dah first aid kit dalam bag kan.

First Aid Kit kami sama macam gambar di atas (gambar sumber google)

6. Tali – Tali pon penting juga. Macam-macam boleh guna dengan tali. Antaranya untuk ikat fly atau pasang hammock & juga boleh jadi tempat sidai baju basah.

7. Pisau – Bawa pisau pocket yang kecil tu dah memadai. Banyak kegunaan tu lagi-lagi bila kita sangat memerlukan nanti. Atau pon mana tahu beli buah mangga tepi jalan hehe boleh lah makan kat campsite nanti. Mak pak tu make sure simpan elok-elok pisau ini & berhati-hati ya.

8. Sleeping Bags – Selesa la sikit ada sleeping bag kan. Kalau risau sejuk malam-malam boleh bawa extra selimut.

9. Portable Crib – Kalau ada baby boleh juga nak bawa baby crib ni.

Malaysian Family Travel Pulau Mawar
Ayra & Afya punya sleeping bags sama. Masing-masing pon nak design butterfly ini & Portable Crib's Aafy

10. Sleeping Mat – Haaa yang ni pon jangan lupa bawa, kurang la rasa sejuk tu bila alaskan tempat tidur dengan sleeping mat.

11. Tilam Angin – Untuk rasa lebih selesa korang boleh la bawa tilam angin hihihi. Ok yang ni kiteorang belum ada lagi baru je ada. Hehe boleh masuk dalam list to buy ekeke. Tup-tup tengah kita menulis ni Zyzool dah order tilam angin! Pastu tahu-tahu eh dah sampai yeay tak sabar nak guna! Hahaha ok next camping trip kita review hahaha.

12. Pam Angin – Pam angin ni jangan lupa bawa pula kalau bawa tilam angin. Jenuh pulak nak meniup sampai esok pon tak siap lagi nanti hehe. Kami pakai manual pump sebab kalau dalam hutan takda letrik pon still boleh guna kan?

Laju juga guna pam angin ni. Dalam masa kurang 10 minit Zyzool pam tilam angin kami. Boleh juga guna untuk pam pelampung anak-anak.

13. Camping Pillow – Untuk lebih selesa, Camping Pillow pon ada jual di pasaran. Atau nak lagi senang angkut jelah bantal kat rumah tu. Hehehe

14. Headlamp or Lampu – Takkan memalam nak bergelapan kan. Hihi bawalah lampu lantern atau headlamp jadi senang nak bergerak ke sana ke sini waktu malam.

15. Semburan SeranggaRisau malam-malam ada nyamuk kan jadi prepare jelah bawa insect repellant atau mosquito repellant wristband untuk anak-anak.

16. Kerusi CampingBoleh je duduk atas groundsheet tapi lagi selesa kalau ada kerusi camping hihi saje je nk racun korang beli kan! Hihihi

Inilah Kerusi Camping Ayra & Afya sedondon dengan sleeping bags mereka.

17. Portable Fan – Taklah nak anak korang kepanasan bila panas terik & bahang malam nanti. Hihi saje je bako kan ekeke.

18. Daypack  Kalau dalam iti korang ada selitkan hiking ke bolehlah bawa backpack yang daypack. Senang letak barang dalam backpack kan. Lagi selesa nak bergerak.

Malaysian Family Travel Batam
Haa nilah daypack Mira haruslah warna pink supaya dari jauh korang dah tahu haaa tu Mira yang Zyzool Mira Travel tu wakakaka perasan!

Barang Penjagaan Diri

19. Pakaian – Bila packing baju untuk camping pastikan bawa baju yang sesuai untuk lasak. Jangan bawa baju yang korang risau akan kotor. Pastikan juga baju yang mencukupi mengikut bilangan hari.

20. Baju Tidur – Lepas dah kepenatan beraktiviti outdoor tu mesti nak pakaikan anak baju tidur yang bersih lepas mandi dan membuat aktiviti malam pula. Sebaiknya baju tidur lengan panjang untuk elak dari gigitan nyamuk.

21. Baju Hujan – Ni kalau nak buat aktiviti di sekitar tup-tup hujan pulek. Jadi bawa jelah siap-siap baju hujan ok!

22. Baju Mandi – Bawa baju mandi kalau camping di tepi pantai.

23. Baju Sejuk – Bawa je baju sejuk anak-anak kerana kita tak tahu suhu malam suatu tempat tu macamana.

24. Kasut  Bawa jenis kasut bersesuaian aktiviti anda nanti seperti kasut hiking atau water shoes untuk sukan air.

25. Selipar Jangan lupa juga bawa selipar untuk berjalan di tepi pantai atau ke tandas nanti.

26. Washbag  Letaklah toiletries dalam washbag korang. Jadi kalau mandi kat public toilet senang ada hook kat bag tu. Pastu washbag jenis waterproof pulak tu. Tak kisahlah air terpercik-percik kena kat bag hehe.

27. ToiletriesSama juga macam pergi travel atau balik kampung, jangan lupa bawa set toiletries anda seperti berus gigi, ubat gigi, sabun badan anak anda, shampu dalam botol yang kecil.

28. SunscreenJangan lupa bawa & sapu sunblocks/sunscreen bila buat aktiviti outdoor.

29. Tuala – Bawa tuala yang senang kering dan ringan.

30. Tudung Sarung – Untuk maknya tu senang bawa tudung sarung untuk tidur malam & untuk ke tandas awam.

31. Wipes  Kalau kawasan yang susah ada air, wipes ni banyak juga kegunaannya.

32. Diapers  Untuk anak-anak kecil tu jangan lupa bawa diapers mereka yang mencukupi. Kang busuk pula khemah korang hehe. Bawa extra lagi baik ok!

33. Swim Diapers  Bawa disposable swim diapers untuk anak anda berenang di pantai.

Baca lagi info di sini:

Dapur Camping

34. Camping Stove/Dapur LaptopMemang kecil je camping stove ni senang bawa ke mana-mana. Travel pon kiteorang angkut je stove ini. Atau boleh juga bawa dapur laptop lagi puas nak masak hehe.

35. Portable Gas Stove –Bawa camping stove/dapur laptop tapi tak bawa gasnya pon tak guna jugak haha.

Camping Stove
Ayra & Afya main masak-masak guna dapur laptop.

36. Set Sudu Garpu – Beli yang cutlery set atau spork = spoon & fork lagi senang. Sekeping je hihi.

Ni spork kami dari Gelert

37. Folding Cup – Senang pakai cawan lipat-lipat. Hihi tak makan ruang sangat dan tak risau jatuh. Confirm tak pecah. Hihihi

38. Cooking Set – Cooking set ni ada pelbagai jenis size pan dalam satu set. Siap ada yang ada cawan & sudip sekali. Senang la nak main masak-masak. Kalau takda ni korang angkut jelah kuali kat rumah. Apedehal kan? hihihi

39. Cooler Box – Kalau korang bawa bahan mentah untuk masak jadi adalah lebih baiknya letak dalam cooler box.

Ada banyak saiz cooler box di pasaran (gambar sumber google)

40. Water/Cooler Jug – Kalau nak buat air sejuk ke atau air sedap-sedap senang dalam jug kan. Korang boleh juga bawa cooler jug. Yang ni Mira baru je order Coleman Half Gallon Cooler Jug. Hehe kita beli senyap-senyap konon nak suprise kat Zyzool tapi once Zyzool dah baca blog ni jadi tak suprise dah wakakaka semua dah tahu la.

“Sayang.. I beli cooler jug ni sebab warna pink! Hahaha..”

Inilah cooler jug yang I beli sayang hehehe (gambar sumber google)

41. Mess Tin – Mess Tin ni tahan lasak. Kat sini la tempat makan. Inilah tempat masak air. Inilah tempat masak nasi memang sangat praktikal.

Inilah Mess Tin. Makan kat 4 Fingers tu dia guna mess tin lah

42. Tisu Dapur – Kot-kot la masak berminyak ke atau anak makan sepah tertumpah air ke. Jadi bawa jelah tisu dapur selamat.

43. Folding Table – Ni tak beli pon takpe ikut la selesa masing-masing. Nak makan atas groundsheet atau atas meja. Kita orang ni ngada-ngada nak makan atas meja ekekeke.

Ada 2 jenis Foldable Table ni. Satu kerusi dia attach dengan meja. Lagi satu macam kami punya berasingan.

44. Plastik Sampah  Ni yang paling penting ini. Jangan lupa bawa plastik sampah. Kot-kot kawasan campsite korang takda tong sampah kan. Janganlah buang merata-rata. Kita nak buat pahala keluar bercamping happykan keluarga tapi kita lupa terbuat dosa buang sampah merata-rata. Sama-samalah kita memelihara alam sekitar. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Zyzool Mira Travel eh? Hihihihi

Makanan Camping

45. MakananBawa beras & lauk kalau nak main masak-masak time camping nanti hehe. Kalau rajin bawa la ayam, daging, ikan. Letak bahan mentah ini dalam cooler box tu. Kalau malas nak masak, bawa makanan ready to eat jelah. Tuang air panas siap!

Baca lagi info di sini:

46. Kudap-kudapan – Bawa kudap-kudap (snacks) yang pelbagai. Jadi kalau lapar sementara tunggu masak tu anak-anak ada la makanan. Contoh seperti telur rebus, biskut, buah-buahan & coklat boleh dibawa sebagai snacks.

47. Spreads – Bawa spreads seperti Nutella, Strawberry Jam atau Peanut Butter & roti. Nak breakfast yang pantas pon boleh makan roti je.

48. S’Mores – What’s a camping trip without s’mores? Ni semua penangan Youtube tau. Kalau gi camping mesti kena ada s’mores hahaha. Ayra & Afya paling suka aktiviti buat s’mores. Jangan lupa untuk pack marshmallows, chocolate and biskut crackers.

49. Air – Kalau kawasan camping korang jauh dengan sumber air, bawalah air minum & air untuk kegunaan anda di campsite nanti.

trazy.com

50. Kopi/Air Coklat – Ni time bangun pagi-pagi dapat kopi panas oiii asyik! Malam-malam pula minum hot chocolate dengan anak-anak letak marshmallows pon asyik!!!!

Barang Tambahan untuk Anak-anak

51. Mainan – Pastikan bawa beberapa mainan untuk anak anda main untuk mengisi kekosongan sewaktu camping. Bawa mainan yang mudah & easy to go. Tapi kalau nak bawa mainan gabak pon kereta korang yang bawa kan. Hihihi

52. Buku – Bawa juga buku cerita/buku aktiviti untuk anak anda.

53. Set Permainan Istana Pasir – Kalau camping tepi pantai rugi lak tak bawa set mainan pasir ini untuk anak-anak.

Pulau Mawar Mersing

54. Pelampung – Camping tepi pantai boleh la bawa sekali pelampung buat anak anda.

55. Inflatable Baby Chair – Senang sikit ada kerusi baby ni hehe.

56. Kad UNOHaa yang ni boleh mainan seisi keluarga.

57. Layang-layang – Boleh juga bawa layang-layang. Main waktu petang time angin pantai kuat tu. Anak-anak mesti seronok sangat. Hihi

Ayra & Afya ada 3 jenis UNO. Frozen II ni salah satunya. Kalau travel we played UNO to kill time orang kata hihi

58. Camera – Boleh je nak pakai camera kat telefon. Atau boleh pakai camera khas lain seperti action camera/drone.

59. Alat Memancing – Ni kalau gi camping pastu ada kawasan memancing pulak tu hehe rugi tak bawa alat memancing!

60. Baby Carrier – Kalau ada anak bawah 2 tahun best pakai baby carrier sambil jalan tepi pantai atau hiking jadi lebih mudah.

Bonus!

*** Wagon Ni lagi satu kita tambahlah. Kami pon takda lagi wagon nih. Bagusnya ada wagon ni boleh la angkut barang-barang camping yang kita bawa dengan senang ke tapak khemah jika jauh dari tempat parking kereta. Hihihi. Kot-kot ada orang nak sponsor wagon kepada kami ekekeke kecik tapak tangan, groundsheet kami tadahkan hahaha berangan! Hehe sebenarnya kiteorang ok je angkut barang sikit-sikit ke tapak khemah. Zyzool kam gagah perkasa angkatkan (dipuji) hehehehe.

Yang ni wagon from Coleman

Banyak naw senarai ko bagi Mira!!!!! Botak kepala kalau beli sekali gus. Ekeke sebenarnya banyak je lagi gear untuk family camping tapi untuk permulaan, beli khemah dahulu. Sleeping bag pon boleh pakai selimut & alas apa yang ada kat rumah. Nanti barang yang lain tu boleh kumpul sikit-sikit bila makin seronok bercamping. Atau pon kalau tak nak beli khemah, korang boleh cari campsite yang ada penyewaan khemah. Lagi senang, tinggal tidur jelah dalam khemah tu macam korang sewa chalet. Hihihi tapi tak adventure la ekekeke. Saje je kita bako kita bako kan wakaka.

Oklah ini antara senarai barang untuk Family Camping. Nanti Mira update lagi kalau ada penambahan ok! Hope membantu korang yang baru nak berjinak-jinak family camping seperti kami. Happy Family Camping!

4.5 48 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
MUHAMMAD SANUSI BIN SA'AD

nice sharing. tqvm for info

Noorain Mohamad

Gigih sy baca tau🤭thanks Mira..very appreciated ur entry..sgt membantu sis ni yg 1st time nk p camping dgn family..last camping waktu sekolah menengah kot..bpuluh² thn sudah🤣
Mujur en suami kaki hutan,x lah neves sgt..hihihih

adianiez AIDA

wow! sgt teliti 🙂
saya camper baru.
baru je 2 kali camping. alhamdulillah…
tq for semua info.
nak beli la cooler jug.
bosan gak anak-anak dok minum kopi kan ha ha ha ha…