Kembara Trans Java Indonesia

Alhamdulillah kami 5 beranak berjaya travel backpack Kembara Trans Java Indonesia (menjelajah Pulau Jawa) selama 16 hari cuti sekolah tempoh hari.

Surabaya – Malang – Bromo – Yogyakarta – Bandung – Bogor – Jakarta

Pengembaraan Trans Java Indonesia ini bermula dengan Surabaya & berakhir di Jakarta. Antara intercity kami naik Kereta Api Indonesia (KAI). Manakala berjalan sekitar kota kiteorang naik gojek & grab (mana yang murah).

Baca juga info ini:

Kembara Trans Java Indonesia bermula dari Surabaya

Harga tiket penerbangan dari Johor Bahru ke Surabaya = RM277 seorang

Masa nak mulakan planning Kembara Trans Java Indonesia ni kiteorang tengok harga tiket flight mana yang murah. Tak tahu nak mula dari Jakarta atau Surabaya.

Bila check harga flight jumpa harga tiket yang agak rendah ke Surabaya berbanding ke Pulau Jawa yang lain. Jadi kami terus beli tiket sehala dahulu iaitu dari Airport Johor Bahru ke Surabaya.

Lepas tu tengok-tengok belek-belek, hari balik dari Jakarta ke JB atau KL agak mahal maybe cuti sekolah kan. Tapi 5 hari sebelum bertolak dapat harga tiket yang agak rendah juga berbanding hari sebelumnya jadi kami terus beli tiket balik dari Jakarta ke JB.

KOTA SURABAYA ~ Kota Pahlawan

Memandangkan kami travel backpack bersama anak kecil jadi pengembaraan kami lebih santai dan banyak tertumpu ke tempat yang sesuai dengan anak kecil. Kami stay di Surabaya selama 3 hari 2 malam. Berikut antara tempat yang kami lawati sewaktu di Surabaya:

  • Masjid Agung Sunan Ampel
  • Kampung Arab
  • Tugu Pahlawan
  • Patung Suro & Boyo
  • Monumen Kapal Selam
  • Kebun Binatang Surabaya
  • Trans Studio Mini
  • Tunjungan Plaza

Nanti details Mira post part by part ok. Hehehehe ni Mira share roughly dulu pengembaraan Trans Java kiteorang selama 16 hari.

KOTA MALANG ~ Kota Bunga

Kembara Trans Java Indonesia

Dari Surabaya kami menaiki keretapi ke Malang. Harga tiket IDR25,000 ~ RM8. Perjalanan dalam 2 jam 15 minit. Kami enjoy tengok view gunung-ganang di sepanjang perjalanan kami menuju ke Kota Malang. Berikut adalah antara tempat yang kami lawati sewaktu di Malang:

  • Alun-Alun Tugu Malang
  • Selecta Park
  • Trans Studio Mini
  • Pecel Kawi

Dah alang-alang ke Malang tak sah pula kalau tak teruskan pengembaraan ke Bromo. Jadi keesokkkan harinya kami jelajah Bromo. Pakej kami beli di Klook. Harga untuk weekdays lebih murah berbanding weekend. Jadi rancang itinerari anda supaya dapat harga yang lebih berbaloi. Pakej Mount Bromo Sunrise Tour meliputi:

  • Mt. Penanjakan
  • Gunung Batok
  • Kawah Gunung Bromo
  • Pasir Berbisik
  • Savanna Hill / Bukit Teletubbies
Kembara Trans Java Indonesia
Di Puncak Penanjakan Bromo

KOTA JOGJA ~ Kota Gudeg

Dari Malang ke Yogyakarta kami menaiki keretapi seawal pagi. Harga tiket kelas ekonomi adalah IDR290,000 ~ RM85/org. Perjalanan memakan masa 6 jam 20 minit. Dari Stasiun Yogyakarta kami berjalan sekitar 8 minit menuju ke penginapan kami.

Kembara Trans Java Indonesia
Di Punthuk Setumbu antara lokasi Ada Apa Dengan Cinta 2

Antara tempat yang kami lawati sewaktu di Yogyakarta adalah:

  • Malioboro
  • Punthuk Setumbu
  • Borobudur
  • Hutan Pinus Pengger
  • HeHa Sky View
  • Titik Nol Yogyakarta

10 kali tengok video reel kat atas ni 10 kali gak air mata ni bercucuran huhuhu nanti Mira kongsikan kat details Yogyakarta ya!

KOTA BANDUNG ~ Kota Kembang

Ni jauh sikit antara semua. Dari Jogja ke Bandung menaiki keretapi selama 7 jam 42 minit. Harga tiket kelas ekonomi adalah IDR290,000 ~ RM85/org. Train ni feel dia macam naik KTM kat Malaysia. Sempat solat Jamak Maghrib-Isyak dalam musola kereta api.

Kembara Trans Java Indonesia
Makan di Restoran Alas Daun beralaskan daun hehhe

Antara tempat yang kami sempat jelajah adalah:

  • Pasar Baru
  • 23 Paskal
  • Floating Market Lembang
  • Farmhouse Susu Lembang
  • Cihampelas
  • Masjid Agung Trans Studio

KOTA BOGOR ~ Kota Hujan

Untuk ke Bogor dari Bandung perlu ke Jakarta dahulu. Jadi dari Bandung kami menaiki keretapi ke Jakarta selama 2 jam 40 minit. Harga tiket bagi kelas ekonomi adalah IDR150,000 ~ RM43/org.

View dalam semua kereta api di Indonesia memang cantik-cantik tapi yang ni yang paling awesome. Kita akan melalui Jembatan Cisomang iaitu Jambatan Keretapi Tertinggi di Indonesia. Fuh nampak scary tapi view memang superb mashaa Allah alhamdulillah.

Bila tiba di Stasiun Gambir Jakarta kami perlu tukar ke Stasiun Gondangdia. Jadi dari Stasiun Gambir kami menaiki Grab menuju ke Stasiun Gondangdia. Beli kad E-Money iaitu kad seakan TnG. Just tap & go menaiki komuter dari Stasiun Gondangdia ke Bogor dalam IDR6,000 ~ RM2/org yang memakan masa kurang lebih 1 jam.

Kembara Trans Java Indonesia

Hampir setiap hari Bogor pasti dilanda hujan, bahkan ketika musim kemarau sekalipun. Jadi jangan lupa sediakan payung sebelum Bogor. Hehehe atau jangan lupa bawa poncho ketika berjalan sekitar Bogor. Kota Bogor ini juga merupakan kediaman rasmi Presiden Indonesia.

Antara tempat yang kami sempat jelajah di Kota Bogor adalah:

  • JungleLand Adventure Theme Park
  • Alun-alun Bogor
  • Pasar Anyar
  • Kebun Raya
  • Botani Square
  • Mall BTM Bogor
  • Taman Budaya Sentul
  • Tugu Kujang

KOTA JAKARTA ~ Kota Metropolitan

Dari Kota Bogor dah dekat nak malam. Pastu barang dah makin banyak hehehe jadi kami terus order Grab untuk terus ke hotel kami di Jakarta. Ada kisah juga ni nanti Mira kongsikan di post khas Jakarta nanti ya.

Perjalanan dalam 45 minit je. Harga Grab dalam IDR252,000 ~ RM73

Di Jakarta kami sempat explore selama 3 hari 2 malam di:

  • Pasar Baru
  • Monumen Nasional (Monas)
  • Tanah Abang
  • Thamrin City Mall
  • Trans Studio Mini aka Kidscity
  • Hard Rock Cafe Jakarta

Berakhirnya Kembara Trans Java Indonesia

Maka berakhirlah pengembaraan kami menjelajah Trans Java Indonesia selama 16 hari. Kami pulang menaiki penerbangan Air Asia dari Jakarta terus ke Johor Bahru dalam RM430 seorang.

Mira kongsikan tambahan info Kembara Trans Java Indonesia kami tempoh hari antaranya:

  1. INSURANCE
    • Lindungilah pengembaraan anda dengan Travel insurance hehehe. Kiteorang ambil Etiqa TripCare 360 Takaful + Covid-19 (Premium) untuk 16 hari = RM407.09. Jadi bolehlah travel dengan peace of mind inshaa Allah.
  2. APPS PeduliLindungi
    • Install siap-siap kat Malaysia. Kadang ada certain tempat nak masuk masih kena scan dengan app PeduliLindungi.
  3. Grab & Gojek
    • Install siap-siap juga di Malaysia jadi boleh linkkan terus dengan kad debit or kredit kita.
    • Bandingkan yang mana murah baru tempah. Kadang grab murah kadang gojek yang murah.
    • Parking & Tol tak termasuk dalam kos so nanti pemandu akan minta samada nak bayar cash atau masuk dalam aplikasi.
  4. INTERNET
    • Roaming dengan Digi agak murah atau boleh beli E-Sim Indonesia di shopee https://shope.ee/4V486WeswU
  5. ATM CARD
    • Tetiba dah sampai Indonesia sindrom nak shopping membuak-buak pulak kan tapi tukar duit rupiah sikit je hehehe. Don’t worry korang boleh keluarkan duit kat Setor Tarik Tunai (CDM) atau Tarikan Tunai (ATM) kat sana.
    • Yang penting jangan lupa untuk aktifkan kad bank anda untuk pengeluaran antarabangsa.
    • Cas setiap transaksi RM10. Bagusnya terus keluar banyaklah hahahaha. Cari BNI ATM untuk pengeluaran sehingga 2.5 juta per transaksi sebab ada certain bank benarkan pengeluaran max 1 juta sahaja.
  6. KERETA API INDONESIA (KAI)
    • Ada banyak cara nak beli tiket train Kereta Api Indonesia (KAI) antaranya di apps KAI Access, Traveloka & Tiket.com.
    • Boleh beli siap-siap lepastu jangan lupa pergi Kaunter Intercity Train Check-in di Stasiun Kereta Api untuk print boarding pass.
    • Boleh juga beli tiket train di Indonesia.
    • Beli di app KAI Access kemudian buat pembayaran di Indomaret.
    • Ambillah peluang untuk menikmati view sepanjang dalam keretapi.
    • Memang awesome & cantik keindahannya gunung-ganang, sawah padi & kawasan tinggi.
  7. PAKAIAN
    • Kalau plan untuk ke Bromo jangan lupa bawa baju tebal. Sejuk kat Puncak Penanjakan boleh jatuh sampai 4°c.
    • Pakai tebal untuk anak kecil. Bawa sarung tangan & topi supaya anak-anak selesa.
    • Nak beli kat situ pon ada je yang jual.
  8. VAKSIN
    • Pastikan ada bukti vaksinasi. Masa landed di Airport Surabaya mereka cek.
    • Naik train pon agak ketat mereka nak tengok bukti 2 dose vaksin + 1 dose booster.

"Berapa total hangus korang Kembara Trans Java Indonesia?"

Ni soalan yang ramai tertunggu-tunggu kami jawab kan hehehe. Sebenarnya untuk anggaran kasar iaitu pengangkutan + penginapan + pakej Bromo selama 16 hari 6 kota tu dalam RM1800 seorang! Tambahlah dalam RM1000 lagi untuk shopping souvenir + makan minum inshaa Allah total RM2800 seorang dah cukup untuk travel backpack 16 hari 6 kota tersebut.

"RM2800 seorang dah cukup untuk Kembara Trans Java selama 16 hari 6 kota"

Tapi dalam kes kami tempoh hari. Dengan makan sedap-sedap pastu beli pulak luggage baru warna kuning tu sebab beli barang pastu tak muat bag kan hahaha. Anak-anak nak plush toys. Beli jajan kat Indomaret. Lepak Kopi Kenangan nak tunggu naik train haaaa. Setiap kota beli tshirt anak-beranak sebab kena catu berat kan masa awal pergi tu hahaha. Jadi total perbelanjaan bersih kami selama 16 hari itu adalah RM16,000. Seorang dalam RM3200!! Tapi sebenarnya ini terlebih cukup sebab siap beli 2 kodi = 40 set sejadah travel untuk keluarga & kenalan dan banyak lagi souvenir lain hahaha. Maka nafsu terlebih tu atas kawalan anda sendiri hahahaha.

Korang boleh ikut kesesuaian bajet korang!! Tapi RM1800 tu kena ada untuk laksanakan Kembara Trans Java Indonesia selama 16 hari 6 kota ni haaa gitew.

Video reels boleh tengok di www.instagram.com/zyzoolmiratravel

Akhir kata,
Hujan emas di negara orang
Sekali sekala dapat hujan emas pon syiok juga kan? hehe sehingga kita berjumpa lagi di post seterusnya.

5 7 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments