The Marvel Experience Thailand

Jealous taw!! Zyzool & Ayra je yang masuk main dalam The Marvel Experience Thailand ni. Kiranya macam latihan untuk jdi superhero & jadi sebahagian dari Avengers haa gitu..Kanak-kanak yang ketinggian 99cm ke bawah tak boleh masuk. Alkisahnya Mira & Afya stay kat luar je.. Tu yang iolss tershopping banyak plak kat Super Store Marvel tu.. hahaha  Afya pula main dalam Marvel Adventure Zone.. Jadi tak la bosan sementara nak tunggu Zyzool & Ayra dapat pertauliahan Avengers. Free shuttle bus disediakan dari Subway BTS Udom Sulk ke Mega Bangna. Dari Mega Bangna pon ada FREE shuttle bus ke The Marvel Experience Thailand.
Dalam shuttle bus ke The Marvel Experience Thailand

Klook.com

Tiket kami dah beli siap-siap di Klook.com. Korang kena cek kat online pukul berapa yang dalam Bahasa Inggeris. Sampai je kami terus ke kaunter untuk redeem tiket. Kami dapat 2 kupon free untuk redeem ice cream atau air minuman di Avengers Cafe.

Klook.com
Boleh redeem air atau aiskrim di Avengers Cafe

Korang hanya dibenarkan main sekali sahaja dalam masa 2 jam tersebut. Banyak juga aktiviti dalam The Marvel Experience ini. Yang pasti semua permainan & aktiviti korang dapat main. Akhir sekali korang kena pilih pintu 1 @ 2 dan dapat bergambar dengan karakter misteri dari Avengers. Ayra & Zyzool dapat bergambar bersama Spiderman

Marvel Adventure Zone

Sementara Ayra & Zyzool sedang berlatih menjadi Avengers (tengah bermain huhu) Mira & Afya menikmati permainan di Marvel Adventure Zone. Kawasan ini memang direka untuk kanak-kanak yang tak lepas tinggi untuk masuk bermain taman tema The Marvel Experience ini. Hihihi seronok Ayra mengeksplorasi kawasan ini.

Harga tiket adalah 350 Baht ~ RM45 untuk kanak-kanak. Manakala untuk penjaga adalah 100 Baht ~ RM13. Korang boleh keluar & masuk bila-bila masa. Hanya maklumkan pada staff yang bertugas.

Super Store

Selesai je Ayra & Zyzool mendapat pertauliahan mereka hahaha kami meneruskan agenda kami iaitu shopping lagik di Super Store!! Hehehe adeh rambang mata betul. Harga amat berpatutan. T-Shirt Marvel dijual dengan harga serendah RM45.

Redeem air for free!!

Avengers Cafe

Kemudian kami ke Avengers Cafe untuk redeem air minuman percuma & menikmati bekal makanan yang kami beli di 7 Elevan. Hihihi alhamdulillah staff mereka tak marah pon sebab tiada makanan halal dijual di sini. Alhamdulillah kenyang hehe!!

Nilah bekal kami makan bersama nasi putih

Tengah layan perut kelaparan ni boleh pulak 2 beranak ni saja tunjukkan kad Super Hero mereka! Ok dah boleh selamatkan orang awam la cenggini. Ummi jeles okey!!

Dah puas explore The Marvel Experience ni kami pon bergerak pulak ke pangkal jalan. Melampau ko shopping Mira!! Sebenarnya tu dah sorok sikit plastik kat belakang stroller Afya hahaha!!

Kalau bini cakap,

“Saya takda benda kot nanti nak beli kat sana…”

Dengar boleh percaya jangan! hahaha till then…

Happy Family Travel

Update: The Marvel Experience Thailand telah ditutup mulai 30 Januari 2019. Untuk info lanjut boleh baca di link ini. 

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments