Zyzool Mira Travel

Selamat datang ke Blog Zyzool Mira Travel.
Kami Zyzool & Mira merupakan blogger yang mengembara bersama anak kami Ayra, Afya & Aafy.

Kami suka berkongsi tips & bercerita kisah pengembaraan kami di sini.

Semoga perkongsian kami bermanfaat!

Zyzool Mira Travel

 

Kisah kami 5 Beranak

Kisah Kami Berdua

Hai kami Zyzool & Mira merupakan pasangan suami isteri yang sukakan pengembaraan yang adventure. Kami bermula dengan mendaki gunung bersama ketika muda remaja. Eeewah.. Kami mula travel backpacking berdua. Destinasi honeymoon kami ke Semarang, Indonesia.

Baca selanjutnya di sini:

Hehe setelah berkahwin Mira slow down naik gunung kerana fokus pada anak kami. Bagi kami anak kecil belum sesuai lagi mendaki gunung. 

Dari situ kami mula untuk travel melihat keindahan alam dengan anak kecil kami. Penat seperti mendaki gunung tapi kali ini bersama anak kecil. Tapi penat ini adalah penat yang membahagiakan.

Baca selanjutnya di sini:

Mira & Zyzool copy
“Remember that happiness is a way of travel, not a destination.”

– Kebahagiaan kita berbeza

Travel Anak Sorang

 

Kisah kami 5 Beranak

Masa anak sorang kami mulakan dengan mengembara ke Sabah. Masa tu Ayra 5 bulan (2014). Nervous juga tapi alhamdulillah Ayra pon suka travel hehehe.

Kemudian kami meneruskan pengembaraan kami ke Korea (2015). Hehehe kalut-kalut juga sebab travel diy kan. Tapi seronok walaupun ada sesat-sesat sikit hahahaha. Banyak yang kami belajar sewaktu travel bersama anak seorang.

Lepas itu kami ke Bandung (2016) pula. Bila anak kecil bawah 2 tahun ni senang travel dengan baby carrier. Di samping travel boleh juga menguruskan badan hehehe.

Tak lama lepas tu kami ke Hong Kong (2016)! Tak sangka perkongsian kami di facebook tular. Bermula dari situ Zyzool galakkan untuk Mira menulis di blog. Maka dari situlah bermulanya branding Zyzool Mira Travel.

Tips Percutian Hong Kong

Baca selanjutnya di sini:

Travel Anak Dua

 

Kisah kami 5 Beranak

Lepas dah dapat anak kedua Afya, kami mengorak langkah lebih jauh. Sempena hadiah melahirkan Afya, Zyzool hadiahkan tiket ke Tokyo, Jepun. Ketika itu Afya 7 bulan. Memang seronok kami explore Tokyo, Jepun ketika itu. Nak-nak pulak muka Afya macam muka anak Jepun hahahaha ramai penduduk Jepun yang tegur anak kami Afya.

Baca selanjutnya di sini:

Kemudian kami ke Gold Coast Australia. Negara ke-3 Afya & ke-7 Ayra. Kalau diberi masa, wang & kesempatan memang Mira nak travel ke Gold Coast lagi. Seronok! Pengangkutan senang! Barang pon murah walaupun selepas dah convert.

Baca selanjutnya di sini:

Awal tahun 2018 kami ke Brunei Darussalam. Seronoknya explore negara Brunei. Makanan murah! Nasi Katok hanya $1. Bawa $50 gi pasar malam bawa balik macam-macam makanan!!!

Baca selanjutnya di sini:

Lepastu rezeki kami ke Seoul Korea lagi. Kali ini lebih lama 10 hari. Memang puas dapat menerokai Korea. Second time untuk Ayra. 1st time untuk Afya. Afya siap dapat duit raya lagi dari Halmoni (Nenek) kat sana. Hehehe entahlah kenan tengok cite mata sepet rasanya masa mengandung Afya. Pergi Korea ni pon ramai penduduk tegur Afya sebab muka Afya muka Korea katanya! Zyzool tu kalau putih pon kalah semua Oppa kat sana wakakakaka.

Zyzool, Mira, Ayra dan Afya di Bukchon Hanok Village, Seoul

Baca selanjutnya di sini:

Pada hujung tahun 2018 tiba-tiba Zyzool ajak kami sekeluarga travel backpacker dari Johor menuju Bangkok Thailand dengan hanya menggunakan pengangkutan awam terutamanya keretapi. Fuh sangat mencabar tapi pengalaman yang luar biasa!! Seronok jangan cakaplah. Naik keretapi dari Kulai pastu ke Gemas. Nak gi Padang Besar takde tiket pulak. Jadi dari Gemas pergi ke KL Sentral dulu. Pastu dari KL Sentral ke Tanjung Malim. Dah sampai Tanjung Malim bas express pon habis tiket hahahaha. Apalagi kiteorang naik bas lompat-lompat sampai ke Taiping. Dari Taiping baru ada tiket ETS ke Padanf Besar. Dari Padang Besar kami dah beli tiket siap-siap untuk terus menuju ke Bangkok.

Baca selanjutnya di sini:

Malaysian Family Travel Batam

Awal tahun 2019 kami ke Batam, Indonesia pula. Seronok tak travel ke Batam??? Bila kita travel bersama yang tersayang, dekat ke jauh ke memang amat menyeronokkan hehehe.

Baca selanjutnya di sini:

Kampar

Masa bulan puasa 2019 sebelum virus melanda dunia, kami merancang pula untuk berhari raya di kampung asal nenek Mira di Kuok, Kampar Indonesia. Jadi raya ke-5 bermula dari Melaka menuju ke Dumai Indonesia menaiki feri. Kemudian naik kereta ke Pekan Baru. Kemudian terus ke Kuok. Seronok rasanya pengembaraan mencari saudara di sana. Masa ni Mira tengah mengandungkan Aafy.

Baca selanjutnya di sini:

Pulangnya dari kembara ke Kelantan tak sangka mendapat jemputan dari TV AlHijrah untuk perkongsian travel backpacker bersama anak kecil. Pengalaman baru dan luar biasa buat kami anak-beranak.

Baca selanjutnya di sini:

Travel Anak Tiga

 

Kisah kami 5 Beranak

Haaaa alhamdulillah dah anak 3 kami masih meneruskan minat kami travel backpacker. Tetapi apakan daya sejurus Aafy lahir (Januari 2020) dan tamatnya pantang tup-tup virus melanda satu dunia. Negara kita ditutup buat pertama kalinya dalam sejarah Mac 2020. Jadi kami sekeluarga travel belakang rumah je hehehe. Pasang khemah belakang rumah pon anak-anak dah happy. Tetiba kerajaan benarkan keluar dalam kawasan jadi kami berkesempatan bawa Aafy berkhemah berdekatan di Pulau Mawar.

Malaysian Family Travel Pulau Mawar

Baca selanjutnya di sini:

Airport Staycation KLIA

Kemudian kami mendapat tajaan untuk merasai pengalaman Airport Staycation di Sama-Sama Hotel. Alhamdulillah pengalaman luar biasa bersama anak-anak tercinta. Tak sangka sampai featured dalam Harian Metro.

Baca selanjutnya di sini:

Kami berkesempatan juga berkhemah di beberapa tempat sekitar Johor. Memandang ketika itu kita dibenarkan keluar dari negeri. Sehinggalah kerajaan membenarkan merentas negeri. Kami sempat membeli tiket ke Langkawi penghujung tahun 2020. Balik je dari Langkawi sekali lagi tidak dibenarkan merentas negeri memandang virus kembali meyerang. Huhuhuhu. Dipendekkan cerita ketika dunia kembali pulih kami memulakan travel backpacker sekitar sini . Kami sekeluarga menjelajah Tanjung Pinang, Indonesia menaiki feri. Dan pada akhir tahun lepas alhamdulillah kami sekeluarga berjaya Jelajah Pulau Jawa, Indonesia. Tak sangka Kembara Trans Java kami mendapat liputan dan semoga perkongsian kami bermanfaat.

Kembara Trans Java Indonesia

Baca selanjutnya di sini:

Kembara 6 Beranak

 

Inshaa Allah Soon

Doakan dipermudahkan sehingga melahirkan. Dan melahirkan baby yang sihat sempurna 🥰

Buat ibu-ibu yang sedang TTC, semoga dikurniakan rezeki baby tahun ini ❤️

Inshaa Allah kembara 6 beranak soon!