6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka-Dumai

Sampai je Terminal Feri Melaka tutuplah pulak. Esok buka pukul berapa ni? Cari dalam website pon tak jumpa. Huhuhu tulah yang terjadi pada kami tempoh hari. Jom Mira kongsikan 6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai Indonesia.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai

1. Tiket hanya boleh di beli di kaunter tiket sahaja.

Setakat tarikh yang kami beli tiket ini, memang kena beli tiket Melaka ke Dumai secara walk in sahaja. Kalau stay kat Melaka senang la nak beli kan? Kami yang jauh nih jenuh kena pergi ke Melaka baru beli tiket jadi rancang pembelian tiket anda.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

2. Pastikan anda membawa passport

Pastu tak boleh suka-suka je nak beli tiket feri. Korang kena bawa & bagi passport korang kepada kaunter. Nanti mereka akan keluarkan tiket feri buat anda. Ambil masa sikit. Sementara tunggu tiket bolehlah menjamu selera di kiosk makanan yang terdapat dalam Malacca International Ferry Terminal ini.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

3. Kaunter di buka dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Alkisah dari Johor ke Melaka kitaorang sampai dalam jam 5:30 petang. Pastu terus bergegas ke Terminal Ferry. Tup tup kul 6 dah tutup daaa. tanya kat pakcik guard tu jam berapa buka? Rupa-rupanya masa operasi hanya dari 7 pagi hingga 5 petang. Info ni tak dinyatakan dalam laman web mereka pun.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

4. Harga tiket

Harga tiket bagi dewasa adalah RM110 sehala manakala Rm170 pergi balik. Manakala tiket kanak-kanak adalah RM55 sehala Rm110 pergi balik​.

Memandangkan kami balik ikut jalan udara maka kami beli tiket sehala sahaja. Tapi pastikan tiket balik korang dah beli siap-siap ok. Kalau tak lepas kat imigresen jangan salahkan den. heheh

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

5. Caj Boarding

Ok korang kena sediakan duit tambahan iaitu caj boarding & lain-lain. Yang ini ikut kepala. Kalau pergi 5 orang jadi setiap orang kena bayar tambahan RM25.

6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka Dumai

6. Berada awal di Balai Berlepas

Sila berada di Balas Berlepas 30 minit sebelum waktu keberangkatan. Kalau tak nak ketinggalan feri pastikan korang berada je di Terminal Feri tersebut. 

Dengan 6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai ni dah cukup untuk korang yakin diri mengembara ke Dumai Indonesia melalui jalan laut.

Edit Column Edit Text Editor Sampai je Terminal Feri Melaka tutuplah pulak. Esok buka pukul berapa ni? Cari dalam website pon tak jumpa. Huhuhu tulah yang terjadi pada kami tempoh hari. Jom Mira kongsikan 6 Tips Membeli Tiket Feri Melaka ke Dumai Indonesia.

Hehehe ouh ya lupa! Yang paling penting duit nak mengembara tu kenalah menabung dari sekarang! Hehee Happy Travel ✈️

>

This Post Has 19 Comments

  1. Rhuhaida bt Shahareen

    Assalamualaikum Kak Mira,

    Boleh ceritakan brapa jam perjalanan atas feri dan sampai je di terminal dumai tu akk ke mana and the rest of the trip? thanks in advance. really enjoy reading your blog, xoxo.

    1. Amirah Razali

      Waalaikumussalam. Thank you!! Perjalanan dalam feri ke Dumai dalam masa 2 jam 30 minit ke 3 jam. Kami stay satu malam di Dumai & berjalan di sekitar Dumai sebelum meneruskan perjalanan kami ke Pekanbaru 😊

      1. nordin mddan nordin

        Salam ..amirah nk tanya..dari dumai ke pekan baru andan naik apa?..kereta atau kapalterbang…t.kasih

        1. Zyzool

          Salam, kami naik kijang

      2. Aluf

        RM170 tu tiket pergi dan balik ya.. saya nak pergi la nanti lepas Covid. Apa nama stesen feri ni

        1. Zyzool

          Tiket untuk sehala.. Malacca International Ferry Terminal.. Moga dipermudahkan segalanya

  2. Fatihah

    Jadual feri macam mana ya ? Sehari ada berapa kali feri ke dumai ?

    1. Amirah Razali

      3 kali sehari

      1. Faizzudin Shalihin

        Assalamualaikum. waktu die pukul brape eh 3 kali tu?

  3. miza

    Puan
    perjalanan laut dia menyeramkan tak puan…? maksud saya bergelora sangat tak?

    1. Amirah Razali

      Hujan rintik-rintik.. air bergelora… hehe doa banyak-banyak puan 😊

  4. Azleen

    Salam puan.. tq info yang sangat berguna … nk tanya , kat terminal feri tu boleh parking kereta untuk 2/3 hari semasa kita ke dumai … terima kasih

    1. Amirah Razali

      Waalaikumussalam, ada tempat parking yang disediakan

  5. nazree said

    Boleh pergi balik hari ke ke dumai

    1. Amirah Razali

      Boleh tapi penat dalam ferry je hehe

  6. Hadah

    Salam kak. Dari dumai ke pekan rabu ambil masa berapa jam ye?

    1. Mira

      Waalaikumussalam, 5 jam ☺️

  7. Emy

    Hi, bagaimana kalau saya membawa kucing ? Boleh ?

    1. Zyzool

      Boleh rujuk kepada peraturan jabatan laut Malaysia. Berdasarkan laman web mereka sepatutnya tidak dibenarkan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.