• Reading time:6 min(s) read

Kembara Raya ke Kuok

Kembara Raya ke Kuok, Kampar Indonesia

Seronok betul dapat Kembara Raya ke Kuok tahun lepas. Nampak tak betapa sibuknya sampai setahun kemudian baru nak tulis. Hahaha.. Anggaplah masa tu “morning sickness” mengandungkan Aafy jadi sensitif sikit kalau menulis blog. Wakakaka alasan baik punya. Hihi..

Kuok?

Ok ada orang tanya, apa tu Kuok? Kuok tu kat mana? Macamana nak sebut perkatan Kuok tu? Hehehe… Sebutan dia sama macam korang sebut nama Robert Kuok, ahli perniagaan yang paling kaya di Malaysia. Ye yang korang hari-hari pakai tepung gandum buat welkam-welkam, minyak masak Seri Murni buat goreng ayam, gula buat air kopi, tengok wayang kat GSC Cinema haa tu antara business dia. Dulu orang panggil Raja Gula. Hehe gilos kaya kan tapi sesungguhnya Mira bukan la keturunan Robert Kuok yang kaya itu. Muka pon tak sama jauh sekali. Kalau Afya mungkin orang percaya hahaha. Kita keturunan kaya kasih sayang je wakakaka. Ok done merepek!

Kuok
Malaysian-born billionaire Robert Kuok (Sumber: Forbes)

Moyang Mira asal dari Kuok. Kuok ni terletak kat Kampar, Riau Indonesia. Ya, aku orang Kampar! Ada Mira kongsikan di sini. Kat sini orang tak familiar sangat Kuok tu kat mana. Kalau google perkataan Kuok pon memang sah-sah keluar pasal Robert Kuok ni je. Hihi. Ok jom la Mira kongsikan sikit kisah asal usulku.

Kembara Raya ke Kuok
Kembara Raya dari Melaka ke Dumai menaiki feri.

Kembara Raya

Ingat tak Kembara Raya yang lepas Mira ada kongsikan di instagram. Time tu sebenarnya Mira dah preggy kan Aafy, 2 bulan dalam kandungan. Mira senyap-senyap je sebab nanti ramai yang risau. Alhamdulillah Aafy pon rupanya kaki kembara juga. Steady je sepanjang pengembaraan kami menjejaki asal usul nenek Mira. Korang jangan tiru Mira tau. Ikut kondisi badan masing-masing dan tanya doktor, adakah fit untuk mengembara ketika hamil ok!

Kisahnya bermula dengan Zyzool la tetiba je dia ajak…

“Sayang, jom kita kembara raya ke Kuok nak tak?”
“Wah serius ke ni sayang? Mestilah nak!!”
“Seriuslah ni jom la kita pergi kampung wo”.

Wo tu panggilan untuk nenek Mira.

Kembara Raya ke Kuok
Bergambar di Rumah Tua.

Dalam keluarga Mira, adik Mira yang Angah tu je pernah ke Kuok teman Wo waktu tu balik jalan-jalan jumpa saudara mara di sana. Kiteorang memang tak pernah lagi jejak ke Kuok. Bila Angah cerita keadaan kat Kuok pon kitaorang tak boleh nak gambarkan macamana. Ouh ya, saudara mara yang pernah balik ke Kuok mesti kongsikan satu gambar rumah ni tau. Kiranya orang yang asal usul orang Kampar ni familiar dengan rumah ni. Rupanya itulah rumah peninggalan moyang Mira, Allahyarham H.M. Arif. Orang panggil Rumah Tua. Jadi Mira sangat teruja nak jejaki saudara mara di sana. Dan semestinya nak bergambar dengan Rumah Tua yang glamer ni haa hihi…

Read More: Aku Orang Kampar

Kisahnya...

Kisahnya begini, Moyang Arif ni kawan baik Raja Riau pada ketika itu. Beliau menjual terasi sebagai sumber pendapatan. Ouh terasi tu BELACAN ya hehe. Padanlah I suka sangat masukkan belacan dalam makanan. Sambal Belacan pon sooodap haha. Ok sambung! Zaman tu jual belacan memang kaya la. Sebab pedagang sana-sini cari Moyang Arif ni untuk beli terasi untuk menjadi perasa dalam makanan mereka.  Beliau juga berbisnes jual getah hingga ke Singapura. Sehinggakan beliau boleh membina sebuah rumah gah pada zaman itu. Simen rumah tu dari China. Atap genting pula dari Perancis. Zaman dulu dah rumah simen uolss huhu. Pekerja mahir pula didatangkan khas dari Singapura.

Kalau ikut dari cerita Wo, nak menggambarkan Moyang Arif ni tersangat kaya sehingga setiap kali orang datang dia akan masak satu kuali penuh makanan. Pangkat dia bagaikan Bendahara kepada Raja Riau.

Suatu ketika itu Moyang Arif bersama Raja Riau meluaskan lagi perniagaan mereka ke Kepulauan Melayu. Jadi dia bawa bersama 3 orang anak berhijrah ke Tanah Melayu. 2 anak lelaki iaitu Ahmad & Yahya dan seorang anak perempuan iaitu Kamilah iaitu Wo Mira. Dibelikan tanah untuk kegunaan anak-anak meneruskan hidup di Tanah Melayu. Begitulah kisah bagaimana Wo berhijrah ke Tanah Melayu.

Kembara ke Kuok

Jadi kiteorang 4 beranak ni decide rare sikit la nak ke Kuok ni hahaha. Sebenarnya nak mudah naik flight terus ke Pekanbaru. Kemudian naik Grab ke Kuok. Tapi kiteorang ni kan backpackers kental hahaha haruslah cabaran ke Kuok tu berliku sikit wakakaka. Maka dari Johor Bahru kiteorang naik bas ke Melaka. Kemudian dari Melaka kami menaiki feri ke Dumai. Kemudian dari Dumai naik Kijang (Toyota Unser) ke Pekanbaru. Dan dari Pekanbaru ke Kuok dengan Grab. Haaa wakakaka. Berpeluh tak dengar? Tu tak bagitau berapa jam lagi tu hahaha.

Kembara Raya ke Kuok
Bergambar kenangan bersama Etek Rani sekeluarga

Sampai di Kuok, Mira contact makcik saudara iaitu anak kepada adik nenek Mira yang kami panggil Etek Rani. Kat sana Etek tu maksudnya Makcik. Etek Rani ni sepupu Mak Mira sebab nenek kami adik-beradik. Sepanjang kami di sana anak saudara Etek Rani iaitu Mita & suaminya Masril yang bawa kami terokai asal usul kami.

Melayu Bawi

Baru Mira tahu kami ni dari suku kaum Melayu Bawi. Banyak juga suku orang Kampar ni antaranya Piliang, Domo, Patopang dll. Moyang Arif tu ketua suku Melayu Bawi. Ketua suku tu orang panggil Datuk Singo hehehe. Banyak jugak term baru belajar nih hihi. Cuma sayang Mira tak pandai loghat Kampar sangat, jadi ada perkataan yang Mira tak paham dan lambat sikit la nak hadam hehehe. Selalu dengar Wo cakap bila jumpa sedara mara. Tapi nak menyebut tu memang boleh tergeliat lidah hehe.

Kami berkesempatan juga ke majlis keramaian kaum Melayu Bawi sewaktu kami Kembara Raya ke Kuok tu. Meriah betul dapat menyaksikan suasana majlis di sana. Pengacara Majlis pun siap pakai baju pengantin lagi. Hihi

Panjang lagi kalau nak cerita ni. Nanti Mira akan kongsikan lagi dalam post day by day Kembara Raya ke Kuok ya. Stay tuned guys!

0 0 vote
Click a star to rate.
  • 10
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments