Maeklong Railway Market, Bangkok Thailand

Maeklong Railway Market ialah pasar di wilayah Samut Songkhram, kira-kira sejam lebih perjalanan dari pusat Bangkok. Keunikannya, peniaga membuka gerai betul-betul di atas landasan, dan setiap kali keretapi hampir tiba, payung dan barang jualan ditarik ke tepi dalam masa beberapa saat sahaja.

Kemaskini November 2026

  • Wajib isi TDAC (Thailand Digital Arrival Card) secara online dan percuma dalam 3 hari sebelum tiba di Thailand.
  • Jadual keretapi yang melalui Maeklong Railway Market boleh berubah. Semak jadual terkini sebelum pergi supaya sempat tengok keretapi lalu.

Pengalaman kami di Maeklong Railway Market

Kiteorang bangun pagi-pagi nak kejar tengok train lalu dekat Maeklong Railway Market di Bangkok.

Seawal 6:30 pagi bergerak ke Maeklong Railway Market.

Afya syiok masih dibuai mimpi dalam Boba 4g. Sini tak sesuai eh bawa stroller.

Seronok betul tengok suasana train lalu tengah-tengah pasar nih hehe Suasana pengalaman yang luar biasa! Kalau Zyzool ajak lagi backpack ke Bangkok, Thailand confirm i nak pergi sini lagiiiii

Don’t Forget to LIKE, SHARE & SUBSCRIBE guys!!

Keretapi melalui tengah gerai Maeklong Railway Market

Tips bawa anak kecil ke pasar keretapi ini

  • Datang awal pagi. Kami bertolak dari Bangkok jam 6:30 pagi supaya sempat tengok keretapi pertama lalu dan suasana belum terlalu sesak.
  • Tinggalkan stroller. Lorong pasar sangat sempit, jadi lebih mudah dukung anak dengan baby carrier seperti yang kami buat untuk Afya.
  • Semak jadual keretapi. Keretapi lalu beberapa kali sehari dan jadualnya boleh berubah. Semak dahulu di laman rasmi State Railway of Thailand atau dengan pemandu van.
  • Gabungkan dengan Damnoen Saduak. Kebanyakan pakej van dari Bangkok membawa ke Damnoen Saduak Floating Market selepas Maeklong, jadi satu pagi cukup untuk kedua-duanya.
  • Berdiri di belakang garisan. Bila peniaga mula menarik payung, itu tanda keretapi dah dekat. Pegang anak kuat-kuat dan beri laluan.
Zyzool Mira sekeluarga di gerai tepi landasan pasar Maeklong
💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.