7 Tips Percutian ke Brunei 4 hari 3 malam

Alhamdulillah kali ini Zyzool Mira Travel berkesempatan menerokai negara Serambi Mekah. Bukan Aceh ya tetapi BRUNEI DARUSSALAM. Walaupun negara Brunei bukan negara pilihan untuk para pelancong, tetapi seronok untuk mira kongsikan pengalaman kami ke Brunei baru-baru ini.

Jika korang tanya mira nak pergi lagi tak Brunei? Yes definitely mira nak datang lagi jika berkesempatan. Orangnya ramah-tamah. Makanan murah $1 sahaja!! Even makan di shopping mall harga tetap “pasar malam”. Air mineral $0.40 sahaja! Tukar duit kita dalam RM1.20 je!! Tak jauh beza jika kita convert ke mata wang kita. Malah ada barang yang jauh lebih murah dari harga di negara kita.

Nasi Katok = $1 tak kira la beli di pasar malam ke, di Jerudong Park ke atau di shopping mall harga tetap sama. Bak kata salah seorang penuntut di Universiti Brunei Darussalam “kalau lebih dari $1 tu bukan nasi katok la tu hehe…”

Taman Tema mereka iaitu Jerudong Park pon wajib untuk dilawati.

Jom mira share serba sedikit pengembaraan kami ke Bandar Seri Begawan, Brunei!

Di sini mira senaraikan anggaran KOS PERBELANJAAN untuk percutian kami di Brunei Darussalam

2 DEWASA + 1 KANAK-KANAK + 1 BAYI

  • Tiket Penerbangan : Return tiket RM740.10 (KLIA ke Bandar Seri Begawan)
  • Travel Insurance : RM88 sekeluarga
  • Penginapan : RM635.85 (4 hari 3 malam)
  • Pengangkutan : PERCUMA
  • Jerudong Park : Dewasa $20 (~RM60) Kanak-kanak $10 (~RM30)
  • Makan : RM120

TOTAL untuk kami sekeluarga 2 dewasa, 1 kanak-kanak & 1 bayi = RM1733.95

~SEORANG DALAM RM578

*Harga ni termasuk Ayra (5 tahun) sebab tiket penerbangan Ayra sama je macam kami.

Manakala Afya (~11 bulan) kebanyakkannya masih percuma.

1. Visa

Tidak perlu mohon visa untuk ke Brunei. Hanya perlu isikan borong putih yang akan diedarkan oleh pramugari iaitu EMBARKATION/DISEMBARKATION FORM seperti dibawah ini

Tips Brunei
Lengkapkan borang ini untuk Visa On Arrival
Tips Brunei
Berapa Amount Carried pon kena tuliskan di ruang bawah tu. Kebetulan kami tak tukar duit Brunei langsung kali ni. Hihihi bawak duit Singapore & Jepun. Adeh gamble sungguh. Tuliskan nilai mengikut currency yang anda bawa di ruangan tersebut.

2. Travel Insurance

Macam biasa jangan lupa untuk membeli Insuran Perjalanan. Yang ni tugas Zyzool hehehe. Kami beli travel insurance AXA Smart Traveller VIP pakej untuk kami 1 keluargaRM88 cover untuk kami berempat. Insuran ini meliputi trip cancellation, travel delay, missed departure, lost luggage dll. Malang tidak berbau. Lindungilah keluarga anda! 

3. Cash/Credit Card

Sebelum ni di jepun cuak-cuak kan sebab orang kata Jepun ni CASH ORIENTED padahal kat sana sekecik-kecik kiosk atau jual tepi-tepi jalan pon accept card. Boleh baca kat sini untuk percutian ke Tokyo Jepun. Tapi untuk ke Brunei ni susah betul nak cari info sama ada CASH OR CASHLESS ORIENTED. Memandangkan kami tak tukar langsung duit Brunei Dollar di Malaysia, maka sesampai sahaja kami di sana, kami terus cari ATM dan mengeluarkan duit di sana. Apa yang kami boleh katakan, tak semua kedai menerima pembayaran secara kad kredit kecuali di dalam Shopping Complex. Itu pun tak semua. Ada yang terima ada yang tidak. Senang cakap bawaklah cash siap-siap supaya takla kempunan tengok barang yang dihajati di depan mata. hehehe. Ouh ya di sana mereka panggil duit mereka macam kita di Malaysia. $1 = Satu Ringgit. Jangan pulak bile penjual kata “SATU RINGGIT kak” korang bagi RM1 pula hihihi.

Tips Brunei

4. Penginapan

Ok part penginapan ni Zyzool paskan kat Mira untuk cari tempat tinggal kami sepanjang di Brunei. Ok ni Mira bagi tips macamana nak pilih penginapan yang sesuai untuk korang kaki travel sendiri ni.

  • Memula korang download apa-apa apps maps yang korang suke. Macam Mira suka pakai apps MAPS.ME
  • Pastu korang pin point tempat yang bakal korang nak lawati
  • Then korang akan nampak hotel mana yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik sekitar itu. So dapat jimat tambang pengangkutan.
  • Listkan senarai hotel
  • Buat pilihan bijak! Hehehe

Jadi selepas mira dah pin point tempat-tempat yang perlu dilawati jika ke Brunei. Maka kami nampak adalah sesuai untuk kami tinggal di area tengah-tengah Bandar Seri Begawan.

Mula-mula pin point dulu tempat bakal korang lawati
Baru pin point pula hotel yang berdekatan dengan yang paling banyak tempat yang korang boleh lawati dalam "walking distance"
Untuk penginapan Zyzool dah tetapkan lingkungan RM150 per malam. Jadi ada 2 hotel yang sesuai dengan bajet kami ketika itu. Nak dijadikan cerita lepas Mira google punya google punya google rupa-rupanya punyalah susah nak cari pengangkutan kat sana.
Bergambar di hadapan pintu masuk The Capital Residence Suites. Hotel ini berdekatan dengan banyak tarikan utama di sana. Maka boleh berjalan kaki sahaja di sekitar iaitu Royal Regalia Museum, Mosjid Omar Ali, Tamu Kianggeh dan banyak lagi.
Jadi Mira cari lagi ada tak hotel yang bagi SHUTTLE PERCUMA serta berdekatan almost semua tempat menarik di sana. Terjumpa lah The Capital Residence Suites. Dengar nama hotel pon dah seram. Mesti mahal nih. Huhu.. Tengok-tengok harga ketika itu lepas discount dalam ~RM200 per malam. Lepas buat kira-kira, lagi jimat duduk sini sebab pengangkutan dah tak payah pikir. Terus kami booked hotel ini di Expedia. Nanti mira share lagi pasal hotel ni kat entry khas okey? Harga masa kami dapat ini agak murah compare dengan harga semasa. Sebab tu kena booked penginapan awal kalau anda dah confirm beli tiket flight.

Zyzool bergambar bersama Tuan Abdul Rani iaitu General Manager The Capital Residence Suites. Peramah orangnya. Setibanya kami di sini disambut oleh beliau & staff dan mereka telah upgrade bilik kami dari Standard Room ke Junior Suite. Kami sangat seronok dan selesa menginap di sini!!!

Baca selanjutnya di sini:

Tetapi jika anda yang merupakan solo traveller atau bujang traveller boleh lah try tinggal di Pusat Belia Hostel. Hanya RM30 semalam tetapi tak silap Mira sekarang hostel ini tengah tutup sehingga pertengahan tahun 2018. Berdekatan betul dengan tempat kami tinggal di sana. Namun begitu tidak sesuai untuk yang berkeluarga.

5. Pengangkutan

Macam Mira cerita atas tadi, punyalah susah nak cari pengangkutan kat sana. Uber & Grab pon takde sebab rakyat mereka semua ada kenderaan masing-masing. Bas Awam pon kadang-kadang tak mengikut masa jadual dan kebanyakkan digunakan oleh pekerja asing di sana. Kalau nampak bas awam alhamdulillah kerana tambangnya hanya $1-$3 sahaja dan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja. Tapi sepanjang mira kat sana memang jarang nampak bas awam kecuali bas pelancong. Ouh takleh jadi ni. Naik teksi confirm la mahal kan? TETAPI kalau mampu pon bayar teksi, payah nawww nak nampak teksi kat jalan raya! Hohoho.. Paling-paling mintalah pihak hotel untuk booked kan teksi untuk pergi ke attraction yang agak jauh dari hotel tempat anda menginap.

Nak sewa kereta pon boleh! Harga lingkungan $60 hingga $100 iaitu kalau convert dalam RM180 hingga RM300 untuk sehari. huhuhu..

Dalam kes kami tadi yang telah memilih hotel The Capital Residence Suites, kami tidak mempunyai masalah dan tiada pengeluaran wang untuk pengangkutan sepanjang di sana. SHUTTLE PERCUMA ke semua destinasi sekitar Bandar Seri Begawan, Brunei. Hanya nyatakan di lobi hotel sekurang-kurangnya sejam awal untuk mereka arrange pengangkutan untuk anda.

6. Tarikan Utama

Terdapat banyak tempat menarik untuk anda kunjungi di Bandar Seri Begawan, Brunei. Antara tempat tarikan yang kami kunjungi di sana adalah:

  • Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
  • Royal Regalia Museum
  • Pasar Gadong
  • Jerudong Park
  • Malay Technology Museum
  • Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Mosque
  • Tamu Kianggeh
  • Kampong Ayer
  • Mercu Dirgahayu 60
Tips Brunei

7. Makanan

Ni yang paling best bila anda kunjungi Brunei. Pelbagai pilihan kuih muih dan makanan terdapat di sini dengan harga yang murah & berpatutan. Kebanyakannya hanya $1 sahaja. Terutamanya di Pasar Malam Gadong macam-macam makanan yang sedap untuk dirasai. Antaranya Nasi Katok, Ayam Salai, Kuih Melaya dan pelbagai kuih muih dijual dengan harga $1 untuk 5 biji. Kami juga dapat merasai Ambuyat Goreng di Jerudong Park. Sangat sedap dimakan ketika panas dicicah dengan kuah kacang. Hanya $1 untuk 4pcs. Setiap pagi pula kami dapat free breakfast di hotel. Makanan di situ juga sedap dan sesuai dengan kita selera orang Malaysia. hihihi
Tips Brunei

Masa kami ke Pasar Gadong ni kami mencari mana lah payung-payung yang banyak seperti kawasan pasar malam tu. Kami mencari seperti gambar google yang diambil oleh pelancong ke sana. Terus tanya kat penjual di situ, “Ini Pasar Gadong ke??” Iya kata mereka. Pastu baru jumpa signboard kat gambar atas ini. Hehe. Bangunan itu baru dibina tahun lepas Oktober 2017 oleh Sultan Brunei untuk keselesaaan rakyat baginda berniaga. Pasar Malam Gadong di buka setiap hari bermula jam 3 petang hingga 11 malam.  Namun begitu bagi makanan yang menjadi tumpuan biasanya jam 8 malam dah habis.

Tamu Kianggeh adalah seperti Pasar Tani. Di buka setiap hari seawal 6 pagi hingga 12 tengahari. Tapi kalau nak tengok suasana adalah seronok untuk datang pada hari Jumaat. Kebanyakkan penjual adalah mereka yang berusia. Jadi makanan lebih rasa dan sedap. Pelbagai kuih-muih dan makanan kering di jual di sini.

Jadi ini antara tips yang kami dapatkan kongsikan. Nanti ada kesempatan Zyzool dan Mira share lagi okey?

Jika ada pertanyaan & nak itinerari kami di Brunei feel free untuk komen di bawah ya atau terus download di link di bawah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga info ini:

5 2 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

26 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
athirahbahrum

hi i would like to ask, yang hotel tu macamana nak deal airport transfer pickup masa kita sampai ye? tq

athirahbahrum

thank you Mira ^^

Akma

Hi, can i get your trip itinerary? Planned to go there this may. Thanks!

asmah

Hai..boleh bagi iti penuh?saya akan kesana april ni…

anne

salam, saya cek hotel tu semlm rm700?

Zyzool

Mula-mula masa booking kami ambil bilik biasa je tapi bila mereka tahu ada anak kecil dan bilik Junior Suite ada kosong, mereka upgrade bilik kami. Mungkin sebab tu juga harga bilik Junior Suite tu RM700.

aishah

Hai .. boleh tahu harga souvenir kat sana mahal ka??

Zyzool

Dalam anggaran 1-3 B$ ~RM3-10

atinnabila91

Salam… Blh x nk mintak iti penuh… Link tu xdpt masuk…

Zyzool

Ok, boleh download di link baru ni:

https://zyzoolmiratravel.com/itinerari-brunei-4-hari-3-malam/

Rozana

Salam.free shuttle tu die hantar and ambil balik kat tmpat sama ke?

Zyzool

Ye perlu maklumkan pada pemandu yang akan hantar nak ambil semula jam berapa dan di mana

Ain Rahman

Cantik gambar. Pakai gopro ke. 😊

Zyzool

Ye betul

Mohd Shukry

Assalamualaikum. Seronok pak cik baca tulisan anak Mira ni. Dah banyak tempat juga pergi melancong ye. Pak cik masa muda tak dapat buat semua ni. Tahun ni sebelum pencen nak cuba juga travel sendiri. Terima kasih.

ASL Tour

Ternyata terdapat Chireng di Brunei

di mana lokasi jualannya ?

benar-benar merindukan masakan Bandung. Lama di Brunei tetapi tidak pernah makan chireng

Zyzool

Berdekatan Jerudong Park bapak

Danisha

Salam. Baru tgk blog awak. Memg seronok. Tgh bercita2 nk kesana.

Eddey

Macam seronok jer melancong kat brunei , lepas baca blog mirah ni😅..
Pada hal… Jarak tempat saya tinggal untuk ke brunei cuma 189KM jer…
Saya tak terfikir pon nak melancong ke brunei….😅
Rasa nya lepas wabak covid19 ni da puli sepenuh nya… Rasa nak melancong kat brunei lah… Bawa kereta sendiri…. Klu saya nk jimat lagi, tidur dalam kereta jer la… X perlu sewa hotel…🤣🤣🤣