9 Tempat Menarik di Semarang, Indonesia

Apa tempat menarik di Semarang? Best ke Semarang? Tetiba terkenang pula kita memori berbulan madu di Semarang, Indonesia tahun 2012. Main terjah ke Semarang berdua dengan Zyzool. Dengan tak ada itinerari bagai. Dah la masa tu pengalaman pertama kali ke Indonesia. Hahaha.. Sampai sana baru plan nak ke mana. Sebenarnya banyak tempat menarik yang korang boleh kunjungi jika travel ke Semarang. Jom Mira kongsikan.

Tiket Air Asia Murah!

Berbulan Madu di Semarang

Seronok betul waktu beli tiket tu. First time lah katakan nak spend time together dengan suami tercinta. Hihi kebetulan masa tu Air Asia buat penerbangan pertama kali ke Semarang. Jadi harga tiket promo masa tu kami dapat hanya RM150 pergi balik. Murah betul!

Kiteorang pergi berbulan madu di Semarang tu ngam-ngam sehari selepas majlis resepsi kami. Fuh memang lepak habis haha. Ayah Mira nampak agak risau, yelah tetiba anak dah kawin pastu tetiba nak lepaskan anak dia travel berdua dengan suami. Boleh ke mereka survive ni? Hehehe berbekal doa & diiringi restu dari family kami pon ke Semarang, Indonesia.

Berbulan Madu di Semarang

Setiba je kami di sana kami ambil teksi Bluebird ke hotel kami. Zyzool booked untuk sehari je pastu kami plan nak pindah hotel lain. Pemandu teksi macam pelik kenapa kami bercuti di Semarang. Katanya tiada benda yang menarik kat sini. Aduh kita yang dengar cam kuciwa la kan. Sampai je hotel dengan perasaan salah ke pilihan kami ke Semarang ni, kami bantai berehat tidur kepenatan rasa tak habis lagi dari majlis resepsi kawin tu. Memang penat sebab buat berturut-turut. Nikah pastu Majlis Resepsi belah Mira. Esoknya belah Zyzool pastu sambung photoshoot kawin. Esoknya terus gerak ke Semarang. Penat!! Tapi happy la sebab dapat kawin wakakaka. Malam lepas solat Maghrib kami terus keluar tinjau-tinjau nak cari makan dan tanya orang tempatan tempat menarik di sekitar Semarang.

Berbulan Madu di Semarang
Dah sampai Indonesia haruslah minum Teh Botol nih kan hihi

1. Simpang Lima

Kami menaiki teksi untuk ke tempat makan area Simpang Lima. Banyak juga info dari pemandu teksi yang kami dapat. Sebenarnya banyak tempat menarik di Kota Semarang ni. Cuma ramainya pelancong dari Indonesia sendiri. Memang kiteorang tak jumpa pon orang Malaysia kat sini. Zyzool pulak pandai cakap Jawa. Jadi mereka ingat Zyzool memang orang sana yang bawa isterinya orang luar berjalan-jalan di situ hahaha.

Tempat Menarik di Semarang
Zyzool bergambar di Masjid Raya Baiturrahman

Sampai je kat tengah bandar baru rasa, “Eh bestla Semarang ni sayang!” hahaha meriah juga. Sampai hati pemandu teksi sebelum ni cakap tak ada pape. Yelah maybe Semarang ni bukan tumpuan pelancong masa tu. Yang menjadi pilihan para traveller kan Yogja, Bandung & Jakarta.

Kiteorang makan McD sebab dah kelaparan dan tak tahu nak makan apa lagi masa tu. Excuse my tudung sarung hahaha. Zaman tu trend la tudung sarung nih wakakakaka.

Malaysian Family Travel Berbulan Madu di Semarang

Lepas makan kami jalan-jalan dalam Ciputra Mall tu. Cuci mata sambil tengok murah ke mahal barang-barang di sana. Hahaha jakun kan 1st time ke Indonesia la katakan. Hahaha. Jalan punya jalan Mira beli satu beg Eiger dan satu lagi untuk Ayah Mira beg bodypack! Murah sangat!! Tapi kalau sekarang ke Indonesia dah tak dapat harga murah macam dulu lagi.

Tempat Menarik di Semarang
Ciputra Mall
Tempat Menarik di Semarang
Over kan baru hari pertama dah shopping haha
Tayang sikit beg baru hehe

Hotel Pandanaran

Esoknya kami berpindah hotel kat tengah bandar. Hotel Pandanaran ni hotel yang berada dekat Simpang Lima dan kawasan POI. Jadi senang la kami berjalan kaki je ke sekitar kawasan tersebut.

Berbulan Madu di Semarang
Bergambar di hadapan Hotel Pandanaran
Hotel Pandanaran
View dari atas bilik kami di Hotel Pandanaran

Tak cukup duit pulak!

Memandangkan semalam dah shopping bag untuk Ayah, pastu rasa macam banyak benda best jadi Mira cakap kat Zyzool macam tak cukup je cash kat tangan haha. Nak beli gift buat keluarga macam dalam drama tu lagi nanti. Balik honeymoon ada hadiah untuk mama, adik-adik, mak, abah hahaha alasan baik punya. Drama sangat ko nih Mira hahaha. Wakakaka. Jadi kami ke PT. Supit untuk tukar duit. Yahoooo boleh shopping lagi haha.

PT Supir

2. Pasar Johar

Pastu kiteorang main terjah la cari POI di sekitar situ. Jalan punya jalan jumpalah Pasar Johar. Tanya punya tanya tudung bawal, wah murah convert dalam RM3 je kuikui harusla I beli kan. hihi time tu Mira nih tudung bawal lovers la.Sekarang? Pipi ku mengembang huhuh dah tak pakai tudung bawal.

Tempat Menarik di Semarang

Boleh tawar menawar di sini. Kiteorang memang dapat harga tempatan sebab Zyzool pandai cakap Jawa dan mereka memang ingat Zyzool orang tempatan. Hehe baju batik sepasang pon kami dapat dengan harga RM30 sahaja. Dua helai tau! Ouh lupa kat sini memang mereka cakap jawa. Semarang nih terletak di Pulau Jawa.

Pasar Johar
Kedai-kedai di Pasar Johar

3. Masjid Agung Semarang

Berhadapan Pasar Johar ni ada Masjid Agung. Kami singgah sini untuk solat jamak Zuhur & Asar. Ternyata raut wajah Zyzool muka Jawa asli! Haha mereka memang ingat kami orang sini sebab memang jarang ada pelancong luar. Lagipon penerbangan Air Asia ke Semarang pon baru pertama kali masa tu.

Masjid Agung Semarang
Jalan-jalan naik "becak"

4. Masjid Agung Jawa Tengah

Kami menaiki beca ke Masjid Agung Jawa Tengah ini. Kat sini mereka panggil becak. Seronok tengok suasana sekeliling sepanjang perjalanan kami ke sana. Masjid Agung ini adalah antara tempat tumpuan yang harus dilawati apabila ke Semarang. Besar betul masjid ini. Kemudian kami menjamu selera di atas menara di masjid ini.

Malaysian Family Travel Tempat Menarik di Semarang
Lompat lagi tinggi Zyzool
Tempat Menarik di Semarang
Makan di atas Menara

5. Masjid Agung Demak

Masjid Demak ni agak jauh sikit dari bandar Semarang. Kami menaiki teksi ke sana. Dalam satu jam perjalanan juga dari hotel kami. Balik pula kami menaiki bas. Masjid Demak ini merupakan antara masjid tertua di Indonesia. Masjid ini dibina oleh Sunan Kalijaga iaitu wali Allah SWT yang hidup pada abad ke-15. Ada kisah disebalik Masjid Demak ni. Menurut cerita rakyat, tiang utama dan atap masjid tersebut adalah hasil karya para wali, yaitu Sunan Ampel, Sunan Gunung Jati, Sunan Bonang, dan Sunan Kalijaga. Salah satu tiang tersebut dari Sunan Kalijaga, bukan diperbuat dari kayu utuh sebagaimana layaknya tiang utama, tetapi dari potongan kayu yang disusun dan diikat. Fuh!

Masjid Demak
Kubah Masjid berbentuk melengkung adaptasi dari kuil Hindu
Malaysian Family Travel Masjid Agung Demak
Seterusnya kami Museum Masjid Demak yang terletak bersebelah sahaja

6. Makam Sunan Kalijaga

Kemudian kami meneruskan Kembara Bulan Madu kami hehe ke Makam Sunan Kalijaga pula. Ramai yakmat umat manusia di sini. Makam ini merupakan peninggalan Sunan Kalijaga, salah satu dari Wali Songo yang menyebarkan agama Islam di Indonesia, khususnya Jawa.

Tempat Menarik di Semarang
Tempat Menarik di Semarang

7. Gedong Lawang Sewu

Kemudian kami ke Gedong Lawang Sewu. Seram jugak memula datang sini. Haha tapi kiteorang enjoy jelah. Dah balik tu kami google rupanya Lawang Sewu nih tempat paling berhantu kat Semarang haha. Adoi. Alhamdulillah takda pape yang terjadi. Cuma ada la rasa meremang sikit. Lawang Sewu ni bangunan lama pejabat & stesen keretapi Belanda. Kemudian datang Jepun dijadikan markas. Tahanan perang disiksa dan dibunuh di ruang bawah tanah gedong nih. Fuh. Hembusan angin masa kami ambil gambar di koridor bangunan nih memang boleh buat kita meremang bulu roma. Lawang Sewu, yang diterjemahkan sebagai “seribu pintu” patut dikunjungi jika anda ke Semarang. Lepas kami balik baru kami tahu yang Lawang Sewu ini juga merupakan lokasi pengambaran filem Ayat-ayat Cinta.

Tempat Menarik di Semarang

8. Sam Poo Kong Temple

Kami juga berkesempatan ke Klenteng Sam Poo Kong. Kelenteng Sam Po Kong ini merupakan tempat beristirahat Laksamana Cheng Ho. Laksamana Cheng Ho sememangnya sangat dekat dengan masyarakat kita khususnya ketika era Kesultanan Melayu Melaka sekitar kurun ke-15. Tempat ini antara yang mesti pergi jika ke Semarang.

Tempat Menarik di Semarang

9. Pantai Marina

Kalau travel dengan Zyzool nih tak sah kalau dia tak suruh kita exercise berjalan lebih 10,000 langkah. Paling-paling mesti kena capai 50,000 langkah sehari haha lepak! Kita naik angkut pastu berhenti tah mana-mana pastu guna maps jalan kaki cari Pantai Marina. Habis lemak-lemak gugur ke tanah haha. Memang dari dulu macam tula senam tanpa sedar masa travel hehe. Syiok juga layan pantai kat Semarang ni.

Lapangan Terbang Ahmad Yani

Sebelum balik sempat ambil gambar di sini untuk kenangan. Kecil je lapangan terbang di Semarang. Cukuplah 5 hari 4 malam berbulan madu di Kota Semarang! Semoga kita boleh bertemu lagi hehe. Semarang, mu tunggu gue datang!

Malaysian Family Travel Tempat Menarik di Semarang

Tak sangka kami berjaya travel berdua ketika itu. Dan yang paling kelakar main redah je. Dengan sendiri tak ambil supir. Pergh berani mu Zyzool & Mira ye. Alhamdulillah sampai anak dah 2 pon berani kui kui masuk anak ke-3 nih ketar-ketar dah kaki bila la boleh mengembara. Hihi. Tapi sekarang bila travel, itinerari tu confirm kena ada. Travel berdua dulu boleh la kita jaga kita berdua. Hehe sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Semarang. Tapi ini antara yang kami sempat lawati ketika berbulan madu di sana. Hehe until then…. Bila la kita boleh mula travel semula agaknya ya?

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments