8 Tips Percutian ke Hong Kong 7 Hari 6 Malam

Dikemas kiniNovember 2026. Kami tambah info terkini supaya korang yang nak ke Hong Kong tak terlepas perubahan baru.

Kami berdua bersama Ayra redah je ke Hong Kong kali ni hihihi.. Alhamdulillah kami berjaya di bandaraya Hong Kong selama 7 hari 6 malam… Kami kongsikan Tips Percutian Hong Kong ini untuk panduan dan rujukan semua.

Lately nih viral pasal bagusnya bawak anak travel kan?? Maybe tips nih ada yang dah tahu tapi meh sini kita share jugalah serba sikit pengalaman kita bawa anak travel ala backpackers & tips-tips berkaitan sepanjang kami berada di Hong Kong.. hihi

📅 Tempoh7 hari 6 malamApril 2016
👨‍👩‍👧 SiapaZyzool, Mira dan AyraAyra bawah 3 tahun
💰 BajetRM1,681.75 seorangTak termasuk souvenir dan shopping
🏨 PenginapanTsim Sha Tsui dan Yau Ma TeiTempah di Agoda

Bajet kami seorang (2016)

Tiket kapal terbang AirAsia KLIA2 ke HKRM276.40
Penginapan 7 hari 6 malamRM511.50
Pengangkutan: MTR, bas, Ding Ding Tram, Star Ferry, Airport ExpressRM157.30
Disneyland HKRM271.00
The Peak 3 in 1 Combo (The Peak, Madame Tussauds, Sky Terrace)RM140.80
Crystal Cabin Ngong PingRM128.25
Ocean ParkRM164.60
Makanan (bawa dari Malaysia)RM31.90
Jumlah seorangRM1,681.75

Semua tiket Ayra free sebab bawah 3 tahun hihihi kecuali tiket kapal terbang (tiket Ayra sama harga sebab dah lebih 2 tahun.. huhu). Bajet ni tak termasuk souvenirs, nafsu makan & nafsu shopping la ye hehe.

Kemas kini 2026: Harga di atas ialah harga kami tahun 2016. Harga tiket taman tema dan tambang sekarang dah banyak naik. Kami letak harga terkini dalam setiap tips di bawah.

1Visa

Tak perlu mohon visa untuk ke HK. Masa kami pergi dulu, dalam kapal terbang pramugari/ra akan edarkan kad arrival pada setiap pelancong. Kad tu ada 3 helai iaitu arrival card, departure card dan specimen. Pegawai imigresen akan ambil arrival card dan tinggalkan departure card dan specimen disertakan dengan 1 resit kebenaran untuk berada di Hong Kong. Simpan leklok taw dalam passport.

Kad arrival Hong Kong 2016Kad arrival Hong Kong 2016

Kemas kini 2026: Berita baik untuk korang: sejak 16 Oktober 2024, pelawat ke Hong Kong tak perlu lagi isi arrival card atau departure card. Terus beratur di lorong “Visitors” je. Pemegang pasport Malaysia boleh masuk Hong Kong tanpa visa sehingga 90 hari. Pastikan pasport masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan ya.

2Internet

Mesti nak post-postkan dan whatsapp orang tersayang kan sewaktu di sana kan?? hehe Ok untuk internet boleh beli simkad dari kedai 1O1O. Keluar je dari Arrival Hall terus belok kanan nanti korang akan nampak kedai 1O1O di sebelah kanan anda.

Harga sim kad yang dicadang oleh kedai tu masa kami pergi ialah 118HKD untuk 5GB data selama 8 hari, dengan 48HKD untuk panggilan tempatan dan antarabangsa. Semua pengaktifan dibuat dalam kurang dari 5 minit. Make sure telefon anda dalam “flight mode” so bil atau prepaid anda tak cekik darah nak membayoo nanti huhuhu….

Kedai 1O1O di Hong Kong International AirportKedai 1O1O di Hong Kong International Airport

Kemas kini 2026: Kedai 1O1O masih ada di Arrival Hall dan jual sim kad pelancong CSL Discover Hong Kong. Pakej sekarang lebih banyak data, dari sekitar HKD88 hingga HKD118. Bawa pasport sebab Hong Kong wajibkan pendaftaran nama sebenar untuk sim kad. Kalau telefon korang sokong eSIM, boleh juga beli eSIM online sebelum terbang.

3ATM Card

Tetibe jejak je HK rasa sindrom nak shopping membuak-buak pulak kan.. duit tukar ciput je la pulaksss.. Don’t worry MESIN ATM kan ada?? hahaha Kalau nak keluar duit dengan segera, keluar dari Arrival Hall belok kiri… HSBC Bank ada di sebelah kiri anda.

Rate kami keluarkan duit ketika itu ialah 1000HKD = RM523 dengan kad debit Maybank yang diaktifkan untuk penggunaan antarabangsa. Jangan lupa aktifkan debit card anda untuk international di Malaysia supaya boleh digunakan di mana-mana mesin ATM di Hong Kong.

Mesin ATM HSBC di airport Hong Kong

Kemas kini 2026: Kadar tukaran di atas ialah kadar 2016, jadi semak kadar terkini sebelum keluarkan duit. Sekarang MTR dan banyak kedai terima kad contactless Visa, Mastercard dan UnionPay, jadi tak perlu bawa tunai banyak sangat.

4Taman Tema

Kalau nak beli tiket Disneyland, Ocean Park, The Peak dan Ngong Ping 360 yang murah, masa kami pergi boleh beli di China Travel Service (CTS) betul-betul berhadapan Arrival Hall. Tempat ni hanya terima urusniaga secara tunai sahaja. Kalau nak guna kad boleh beli online atau walk in ya hihi.

Kemas kini 2026: Harga tiket terkini:
• Disneyland: tiket 1 hari ikut tarikh (Tier 1 hingga Tier 4). Dewasa HKD669 hingga HKD939, kanak-kanak dari HKD499.
• Ocean Park: dewasa HKD538, kanak-kanak 3 hingga 11 tahun HKD269.
• Ngong Ping 360: pergi balik dewasa Standard Cabin sekitar HKD270 hingga HKD295, Crystal Cabin sekitar HKD350 hingga HKD365.
Anak bawah 3 tahun masih percuma. Beli online awal dan semak harga di laman rasmi masing-masing sebelum pergi.

5Octopus Card

Ni macam Touch & Go la kiranya… Kalau nak beli Octopus Card, berhadapan Arrival Hall ada laluan ke Airport Express. Lalu lorong tersebut dan cari kaunter Airport Express. Octopus Card boleh dibeli di situ untuk digunakan semasa naik train, tram, bas, ferry dll.

Masa kami pergi, harga Octopus Card 150HKD untuk dewasa, iaitu 100HKD nilai dalam kad dan 50HKD deposit. Untuk kanak-kanak 3 hingga 11 tahun kad berharga 70HKD. Jangan lupa pulangkan Octopus Card sebelum balik ke Malaysia, dan korang akan dapat balik deposit 50HKD & baki dalam kad tolak 9HKD sewa.. hehe paham-paham kan je lah ye.. hihi

Octopus Card Hong Kong

Kemas kini 2026: Sekarang ada beberapa pilihan lain:
• Tourist Octopus berharga HKD39 tanpa deposit dan tanpa nilai tersimpan. Kad ni korang simpan sebagai cenderamata.
• Octopus dalam iPhone boleh ditambah melalui Octopus App for Tourists. Deposit tetap HKD50.
• Tap kad bank terus di gate MTR warna biru muda. MTR terima kad contactless Visa, Mastercard dan UnionPay, dan sejak Jun 2026 Airport Express pun dah boleh.

6Pengangkutan

MTR, bas, Star Ferry, Ding Ding Tram & Airport Express antara pengangkutan yang kami naik di HK. Dari airport nak ke tempat tinggal boleh naik sama ada bas atau Airport Express.

Nak naik bas, turun tangga depan kaunter Airport Express dan terus ke kiri menuruni lorong untuk ke Bus Terminus. Kami nak ke Chungking Mansions di Tsim Sha Tsui, jadi pergi ke bas A21 dan tap Octopus Card berdekatan driver bas. Kena 33HKD sorang berbanding Airport Express 100HKD. Tapi balik kami naik juga Airport Express… saja nak rasa pengalaman lain pula kan? hehe Alhamdulillah dapat diskaun dengan Octopus Card, hanya 88HKD sahaja.

Bas dan Airport Express di Hong Kong

Kemas kini 2026: Tambang bas A21 sekarang sekitar HKD35. Tambang Airport Express dari airport ke stesen Kowloon pula HKD105 dengan Octopus atau HKD115 tiket biasa. Kalau pergi 2 hingga 4 orang, beli Group Ticket Airport Express sebab harga seorang jadi lebih murah.

7Peta Bergerak

Mana tau kalau sesat ke hapa kat sana kan.. hihi Jangan lupa download siap-siap di Malaysia apps peta yang boleh digunakan ketika offline. Inshaa Allah akan sentiasa di jalan yang benar… hihi

Kemas kini 2026: Google Maps boleh simpan peta Hong Kong untuk guna offline. Download juga app MTR Mobile untuk semak laluan dan jadual train.

8Botol Air

Jangan lupa bawak botol air eh.. Kalau dah lupa sangat pon beli la air mineral kat sana pastu bawalah dalam backpack anda… hihihi Seperti biasa toilet di HK juga tiada paip.. so guna botol air untuk membasuh apa-apa yang patut.. heh!

Makanan halal di Hong Kong

  • 🍳
    Masak sendiri. Hahaha ikut budget korang.. Suami kita siap bawak 4 pek Brahim’s, maggi, mee sedap, bubur segera, kaya & roti. Tak lupa cooking set & stove yang biasa suami bawak gi hiking. Butane gas boleh dibeli di sana dengan harga 8HKD lebih kurang RM4 la, dekat Hotel Yesinn, Yau Ma Tei.
  • 🍛
    Chungking Mansions, Tsim Sha Tsui. Berlambak makanan halal. Kat sini hati kena kental, memang ramai akan paksa korang pergi makan kat restoran mereka. Senyum & cakap it’s ok. Kami makan di Restoran Syed Bukhara. Nasi lemak 30HKD, roti canai 2 keping 20HKD, laju je Ayra habiskan hihihi.
  • 🏰
    Disneyland HK. Masa kami pergi ada 2 tempat iaitu Tahitian Terrace di Adventureland dan Explorer’s Club di Mystic Point. Makanan luar tak dibenarkan, tapi kami beratur di laluan staf perempuan, cakap makanan untuk anak & sedekahkan senyuman paling manis.. Alhamdulillah lepas bawa roti & kaya hihi.
  • 🐼
    Ocean Park. Masa tu baru kenalkan kiosk halal Lakeside Snacks dengan nasi ayam, satay & ayam tandoori. Boleh tahan juga rasanya.. hihi
  • 🚡
    Ngong Ping. Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria. Suami pilih Nasi Beriyani Ayam, Mira order Fish & Chip. Yummeh.. Alhamdulillah..
  • 🕌
    Islamic Canteen, Masjid Ammar, Wan Chai. Tingkat 5 dalam masjid. Dim sum sekitar 20HKD 1 bakul, pilih je nak yang mana nanti mereka catat di bil. Nasi goreng pun ada. Jangan lupa ambil pencicah, lebih lazat rasanya.. hihi
  • 🌯
    Delicious Kebabs & Pizzeria, Yau Ma Tei. Chicken kebab dia sedap huhu.. Kami beli satu je sebab dah besar dan dia potong dua. Harga 55HKD.
  • 🍔
    Islam Food, Mongkok. Kalau dah penat berjalan & shopping, boleh la nikmati Veal Goulash (macam burger daging).
  • ✈️
    Airport HK. Sebelum berangkat ke Malaysia ada Popeyes Chicken & Biscuit di bahagian restricted area.
Makanan halal di Disneyland dan Ocean Park Hong KongMakanan halal di Disneyland dan Ocean Park Hong Kong
Dim sum halal Masjid Ammar dan kebab Yau Ma TeiDim sum halal Masjid Ammar dan kebab Yau Ma Tei

Kemas kini 2026:
• Disneyland: pada September 2025 Disneyland buka restoran Wayfinders’ Table bertema Moana di Adventureland, dengan sijil halal. Menu ada laksa makanan laut, kari dan pisang goreng.
• Ocean Park: sekarang ada lebih banyak outlet bersijil halal, termasuk The Bayview Restaurant (sejak Jun 2026), Café Ocean, Panda Café Food To Go dan Whiskers Express. Ocean Park juga menang anugerah Muslim-friendly Attraction of The Year 2026.
• Islamic Canteen: dibuka setiap hari dan dim sum dihidangkan waktu tengah hari sahaja. Alamatnya 5/F, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai. Hari Jumaat biasanya sangat ramai.
Kedai kecil kadang-kadang tutup atau pindah, jadi semak Google Maps dulu sebelum pergi ya.

Misi mencari souvenirs di Hong Kong

  • 🛍️
    Ladies Market. Macam-macam ada, keychain, fridge magnet, pendrive, powerbank, beg, dompet dll… Rambang mata!! Tips: memang kena tawar kaw-kaw. Kalau dia letak 200HKD, cuba letak separuh harga.. hehe
  • 🏮
    Temple Street Market. Sama macam Ladies Market tapi penjual dia lebih berumur.
  • 💚
    Jade Market. Untuk yang sukakan jade. Ada gelang, rantai dan cincin.
  • 👗
    Argyle Centre. Macam-macam fesyen baju wanita. Boleh tawar juga. Kalau rasa tak berbaloi berlalu lah pergi.. pasti mereka akan menarik anda semula… hehe
  • 👟
    Sneakers Street, Fa Yuen Street. Peminat kasut memang boleh rambang mata, yang limited edition semua boleh cari kat sini.
  • 📷
    Apliu Street, Sham Shui Po. Berlambak barang elektronik, action camera, GoPro, DSLR, monopod, tripod, cable.. memacam lah.
  • 🧸
    Toys Street, Tai Yuen Street. Figurine, Lego, Disney toys dan Mattel yang original dengan harga wholesale.
  • 🏖️
    Stanley Market. Agak jauh sedikit, berdekatan pantai. Kena naik bas untuk ke sini.
  • 🏰
    Disney Store. Kalau ada yang tak terbeli di Disneyland, boleh ke Disney Store di Airport HK. Yang paling besar di dalam restricted area.
  • 🗻
    Peak Market. Betul-betul keluar dari Peak Tram. Keychain, fridge magnet & poskad murah, tak boleh tawar tapi tetap murah.
Toys Street dan Peak Market Hong KongToys Street dan Peak Market Hong Kong

Solat di Hong Kong

  • 🏰
    Hong Kong Disneyland. Pergi ke City Hall dan tanya di kaunter. Mereka akan sediakan bilik khas untuk solat. Wuduk di tandas sebelah kanan City Hall.
  • 🐬
    Ocean Park. Masa kami pergi, kami guna baby room yang besar & selesa. Sekarang Ocean Park dah sediakan ruang solat khas.
  • 🕌
    Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui.
  • 🕌
    Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick di Wan Chai.
  • ✈️
    Airport HK. Ada prayer room di non-restricted area & restricted area.
  • 🛏️
    Di bilik masing-masing! heh
Tempat solat di Disneyland dan Masjid Ammar Hong KongTempat solat di Disneyland dan Masjid Ammar Hong Kong

Tempat tinggal di Hong Kong

Joyous Guest House, Chungking Mansions, Tsim Sha TsuiRM165.48 / malam
Hotel Yesinn, Yau Ma TeiRM173 / malam

Chungking Mansions ada beratus guest house.. hihi tinggal google je nak stay mana. Dua-dua tempat ni kami booked di Agoda. Harga di atas harga tahun 2016 ya.

Hope serba sikit membantu korang semua! Untuk full itinerary boleh comment kat bawah ya 🙂 Okeylah gerak lu pape roger.. hihihi

>

This Post Has 8 Comments

  1. Nell Mohd Tamin

    assalam pls send me itinery to HK..nmpak cam sempoi..tq

  2. shahizan

    salam … please send me itinery to HK 🙂

  3. Fikry

    salam thanks for the iti
    send saya full iti juga please…thank you!

    1. Avatar photo
      Amirah Razali

      Waalaikumussalam.. Saya ada kongsikan itinerari hong kong di blog ini 🙂

  4. sally

    wahhh…thanks sharing good info

    1. Avatar photo
      Amirah Razali

      hehe semoga bermanfaat ya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.