Hari Pertama Bercuti di Hong Kong

  • Post author:
  • Reading time:7 mins read
  • Post published:7 April 2016
  • Post comments:0 Comments

Ketibaan di Hong Kong International Airport

Alhamdulillah, selamat sudah kami sampai ke Hong Kong International Airport jam 8.35 malam 6 April 2016. Beza waktu Hong Kong dan Malaysia hampir sama je cuma waktu solat lebih awal 1 jam++ macam kat Sabah & Sarawak. Jom kami kongsikan kisah Hari Pertama di Hong Kong.

Sampai-sampai je kami nak ambil stroller macam biasa di luar pintu kapal terbang tapi dimaklumkan stroller tu nanti di hantar ke tempat pengambilan beg. Nak ke tempat pengambilan beg tu kena naik train turun dari tempat kita keluar kapal terbang. Keluar di tempat train berhenti kali kedua. Lepas keluar tu baru ada semakan pasport di imigresen. Di imigresen, pegawai imigresen akan semak arrival card yang akan diberikan masa dalam kapal terbang lagi. Semua orang perlu isi kad tu secara individu. Kad tu ada 3 helai iaitu arrival copy, departure copy dan specimen/manual copy. Bila kita isi yg arrival copy tu, yg departure tu akan tertulis sekali kecuali bahagian flight no, destination dan signature. Lepas beliau semak kad tu, beliau akan ambil arrival card dan tinggalkan departure card dan specimen disertakan dengan 1 resit kebenaran/visa kot untuk boleh berada di Hong Kong ni selama 3 bulan.

Tips Percutian Hong Kong

Lepas urusan imigresen barulah pergi ambil beg pas pintu imigresen tu. Beg kami di kaunter 1 dan tempat ambil stroller ada di sebelah kaunter 1. Pastu terus keluar arrival hall akan terus ke kanan dan terus berada di tingkat 5. Pertama kami cari sim card. Kalau baca2 di blog, kedai 1010 ni berada di tingkat 7, tapi bila terus ke kanan di tingkat 5 ni nampak kedai 1010 ni. Mungkin dah pindah tngkat 5 ni kot. Harga sim kad yang dicadangkan oleh kedai tu ialah 118HKD untuk 5GB data selama 8 hari. Boleh guna 48HKD untuk panggilan tempatan dan antarabangsa. Semua pengaktifan akan dibuat oleh staf di situ dalam kurang dari 5 minit.

Tips Percutian Hong Kong

Untuk ATM, HSBC bank ada semasa keluar arrival hall di sebelah kiri dalam aras yang sama. Rate kami keluarkan duit untuk semalam setelah disemak online ialah 1000HKD = RM523 dengan gunakan kad debit Maybank yang diaktifkan untuk penggunaan antarabangsa.

Tiket-tiket Taman Tema

Kalau nak beli tiket Disneyland, Ocean Park, The Peak dan Ngong Ping 360 yang murah boleh beli di China Travel Services (CTS) berhadapan arrival hall di aras yang sama. Tempat ni hanya terima urusniaga secara TUNAI sahaja. Kalau nak guna kad boleh beli online atau walk in. Rujuk pada gambar untuk harga.

Tips Percutian Hong Kong

Octopus Card

Kalau nak beli Octopus Card, berhadapan arrival hall ada laluan ke airport express. Jalan lalu lorong tu dan cari kaunter airport express dan octopus card boleh beli di situ untuk guna masa naik train, tram, bas, ferry dll. Harga Octopus Card 150HKD untuk dewasa dalam kad ada 100HKD dan 50HKD sebagai deposit. Untuk kanak-kanak antara 3-11 tahun kad berharga 70HKD. Deposit dipulangkan lepas kita pulang kad tu ditempat sama kemudian.

Tips Percutian Hong Kong

Bas ke Hotel

Nak naik bas, turun tangga depan kaunter airport express ni dan terus ke kiri menuruni lorong untuk ke Bus Terminus. Kami nak ke Tsim Sha Tsui jadi tap Octopus Card pada bas A21 dan dikenakan 33HKD seorang.

Tips Percutian Hong Kong
Tips Percutian Hong Kong
Skrin akan menunjukkan lokasi terkini bas

Berhenti di Terminal 14 dan bermalam la kami di Chungking Mansion selama 2 malam yang sempat kami tempah dari Agoda dengan perjalanan lebih kurang 50m ke arah kiri bila turun dari bas. Makanan halal banyak di sini kena dengan selera kami-kami ni.

Suasana dalam bilik. Padat dan sesuai untuk keluarga kecil seperti kami 
 

Hari seterusnya cadangan kami nak ke Disneyland Hong Kong dan market-market sekitar lepas tengok bunga api malam. Nantikan fakta2 seterusnya lepas ni.

P/s: kami berjalan 12,402 langkah harini dengan jarak +-7km. Hari berikutnya? Target lebih 20k.

Baca lagi info di sini:
5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments