6 cara ke Singapura dengan menaiki bas!

Tahukah anda boleh ke negara Singapura dengan hanya RM6.60 sahaja untuk perjalanan balik hari dengan menaiki pengangkutan bas awam?Ramai yang mesej mira bagitau seronok tengok kami bercuti tapi risau nak bercuti sendiri ke luar negara. Katanya tak ada keberanian lagi nak melancong ke negara luar ala backpackers ni.
  • Risau tak familiar kat negara orang
  • Risau makanan macamana nanti
  • Risau anak meragam jalan jauh
  • Risau dengan bahasa negara mereka
  • Risau duit tak cukup
  • Risau tetibe kad debit tak boleh guna kat luar negara
  • Risau tak lepas ke luar negara sebab BLACKLIST?
Aduh banyak betul kan kena pikir bila kita nak melancong ke negara luar ni. Lagilah bila semua sendiri tanpa travel guide plak tu. Huhuhu..Ok apa kata korang test dulu ke negara jiran kita iaitu Singapura???Mungkin ramai yang dah tahu yelah negara jiran je pon kan? Tapi ada juga yang masih tak tahu dan ada yang takde keberanian nak gi Singapore dengan sendiri. Ok izinkan mira share tips ke Singapura untuk memudahkan korang pergi ke sana sendiri nanti. Tak cuba tak tahu kan?Kali ini mira ambil yang mudah dulu kita pergi ke Woodlands balik hari sahaja. Next time mira share camna pula kalau nak pergi Singapura 3 hari 2 malam pula okey?

Cara ke Singapura dengan menaiki bas

Berikut merupakan urutan perjalanan dari JB Sentral ke Singapura :

JB Sentral > JB CIQ > Bas JB CIQ > Woodlands CIQ >
Bas Woodlands CIQ > Singapore

1. JB Sentral

Berrmula dengan JB Sentral. Korang bolehlah parking dulu kereta korang dekat JBCC ke, City Square ke, JB Sentral ke atau mana-mana parking di sekitar JB Sentral tersebut. Atau minta uber atau grab car hantar korang ke JB Sentral. Jalan je dari bangunan JB Sentral ke JB CIQ ikut tanda arah ke Bangunan Sultan Iskandar/Woodlands. Sebelum tu korang tukar la sikit duit singapore. Buat bekal mana tahu nak beli pape nanti kat sana. Kalau tak guna nanti tukar la balik ke duit Malaysia. So jangan lupa open siap-siap kad debit international dan tukar la paling-paling RM50 kat money changer. Dapat la dalam lebih kurang $16 huhuhuhu sikit je kan aduiii

2. JB CIQ

Ok ayuh kite bergerak ke arah JB CIQ. Anda akan nampak ada polis yang bertugas di hadapan Bangunan Sultan Iskandar. Keluarkan passport anda dan pastikan ada ditangan sewaktu lalu di depan polis tersebut. AMARAN : Jangan ambil gambar dalam bangunan ini atau anda akan disoal siasat oleh pegawai Imigresen. Beratur untuk cop passport di kaunter Passport Malaysia atau terus ke Autogate. Untuk kami yang ada anak ni kena beratur la kat kaunter. Kalau anda travel bujang terus je ke mesin Autogate. Alhamdulillah anda tak BLACKLIST kalau dapat lepasi pegawai Imigresen. hehe.. Kemudian jalan terus sahaja hingga ke Stesen Bus. Pilih Terminal 2 iaitu ke kanan untuk naik bas awam ke Woodlands, Kranji & Queen Street. Turun melalui escalator/lift dan cari bas anda.

3. Bas JB CIQ

Ada banyak bas untuk anda pilih. Ada dari syarikat Causeway, SBS Transit & SMRT.

  • Causeway CW1 to Kranji RM1.50
  • Causeway CW2 to Queens Street RM3.40
  • SBS Transit 160 to Jurong East via Kranji MRT RM1.60
  • SBS Transit 170 to Queens Street via Kranji MRT RM1.60
  • SMRT 950 to Woodlands RM1.60

Ok dalam keadaan kita tadi yang nak pergi Woodlands so naik bas SMRT 950 bayar RM1.60. Make sure sediakan tambang bas secukupnya sebab tiada pulangan baki ya. Nanti dah dapat tiket bas SIMPAN dan JANGAN HILANG Sebab kita akan guna balik tiket bas tu nanti. Sekarang anda boleh nikmatilah permandangan di dalam bas menghala ke Woodlands CIQ. Sekejap je pon. hihihi

Preparation sebelum ke Tokyo. Ummi nervous bercuti dengan dua anak pulak kali ni. Sebelum ni pon sama sebelum ke Korea kami bawa Ayra jalan ke Singapore. Orang kata warm up dulu hehehe.. So kita kasi test pergi Singapore pula bersama 2 orang anak hehehe

4. Woodlands CIQ

Bas akan berhentikan penumpang di Woodlands CIQ. Turun di sini dan bawa semua barang anda. JANGAN TINGGAL PAPE YA! Jalan naik escalator/lift dan anda akan masuk ke dalam untuk pengesahan masuk ke Singapura.

Ambil borang putih (VISA ON ARRIVAL) di tepi kanan dalam Woodlands CIQ sebelum beratur jumpa pegawai imigresen. Kalau memang korang plan akan masuk selalu boleh ambil kad putih tu siap-siap. So next timenak masuk Singapura dah senang dan tulis siap-siap di rumah.

Ok tulis lengkap borang tersebut dan kepilkan di passport anda. Bila dah lengkap tulis borang putih tu bersedia untuk beratur bertemu dengan pegawai imigresen Singapura pula hehe. Apabila selesai pegawai imigresen akan koyakkan sebahagian borang tersebut dan tinggalkan sebahagian dalam passport anda. JANGAN HILANGKAN BORANG PUTIH TU. Tu lah visa korang selama dalam Singapore tu. Ok TAHNIAH anda berjaya travel sendiri masuk ke Singapura. Welcome to SINGAPORE!

5. Bas Woodlands CIQ

Selepas berjaya melepasi imigresen dan cek bag, turun escalator/lift untuk ke hentian bas. Beratur di laluan syarikat bas anda beli tadi iaitu SMRT 950. Cari 950 dan beratur di situ! AMARAN : Jangan ambil gambar di kawasan ini atau anda akan disoal siasat dengan pegawai imigresen Singapura. Apabila bas tiba, tunjukkan tiket bas anda beli tadi (di point 3) kepada konduktor atau pemandu bas. Anda kini menuju ke Woodlands Temporary Interchange Bus.

6. Singapura (Woodlands)

Selamat tiba di Woodlands Temporary Interchange Bus iaitu hentian yang terakhir untuk route Bas SMRT 950.

Yeay anda berjaya sampai ke Singapura dengan hanya RM1.60!!!

Hehe so jelas tak macamana nak pergi ke Singapura dengan menaiki bas awam ni???

Dah sampai macamana nak balik nanti mira??

Hehehe sama je… ikut balik urutan tadi tapi terbalik. hohoho pahe ke idok?

Singapore > Bas ke Woodlands CIQ > Woodlands CIQ > Bas ke JB CIQ > JB CIQ > JB Sentral

Cari Hentian 950 semula iaitu di hujung sekali di Woodlands Temporary Interchange Bus untuk balik semula ke Malaysia iaitu Johor Bahru. hehehe

Cari hentian 950 di Woodlands Temporary Interchange Bus seperti gambar di atas

Tapi kalini disebabkan korang berada di Singapura mestilah guna currency SGD kan? hihihi sediakan duit tambang $1.60 ~ RM5 untuk pulang ke JB Sentral. Macam biasa tukar duit siap-siap sebab baki takkan diberikan kalau korang masukkan duit besar. Tiket bas SIMPAN! Kemudian sama je macam mira kongsi tadi. Cuma bila dah lepas dari Imigresen Malaysia di JB CIQ tu korang jalan la terus ke kereta korang parking pagi tadi. Pengembaraan korang ke luar negara ala backpack SELESAI! Hehehe

Sediakan duit ngam-ngam ya. Driver bas takkan bagi duit pulang! Pastu simpan nanti lepas Woodlands CIQ naik bas yang sama tunjuk tiket bas ni semula.

Dari Woodlands Temporary Interchange Bus ni korang jalan je cari Woodlands Square. Kat sini kami ke kedai Valu$ Shop yang jual barang-barang berharga $1 sahaja!! Berus gigi oral B hanya $1 untuk 3 batang. MURAHHHH!!! hahahaha korang explore la sendiri nanti bila korang pergi ke Woodlands Square okey?

Next time mira share kalau nak berjalan sekitar Singapura pula seperti Merlion Park, Esplanade, USS, Garden of The Bay, Mustafa Center, Arab Street dll! Tapi rasanya korang dah tahu asas ni boleh lah pergi sendiri kan? hihi

Minum air susu pisang sementara tunggu bas sampai! Reserved seat ada disediakan untuk ibu mengandung, parents yang bawa anak, orang tua & orang sakit.
Alhamdulillah selamat tiba di JB Sentral!

Pergi RM1.60. Balik $1.60 (~RM5) Total = RM6.60. Makanan bawak bekal dari rumah. hehehe.

So bolehlah share dengan kengkawan..

"Jom gi Singapore! RM6.60 je beb.." hahaha
Amirah Razali
MY Family Travel Blog

Akhir kata,

“Hujan emas di negeri orang…”

#sharelakalaubermanfaat #thankyou

4.7 3 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

14 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
MJ

Ambil travel ins tak?

Zyzool

Kami biasa ambil AXA Insurans dan kad kredit yang kami gunakan juga ada cover international travel untuk 1 keluarga.

Aiman Bazli

Kalau visa on arrival tu tempoh dia berapa hari ya?

Zyzool

antara 30-90 hari

nimazakirah

nak tanya. tiket tu blh beli on the spot ke?

syam

visa on arrival tu, kalau pergi satu family 4 orang, 3 dewsa dan 1 kanak2…kesemua kena isi atau satu dah memadai

AMIRUL

Boleh email itinerari ke Singapore? Sy bercadang nak bawak anak2 kecik jugak bulan 2 nanti..

Jie

Kalau Parking kete dekat jb ciq blh ke

Zyzool

Boleh juga.. Mana-mana yang ada kosong

Fatin Afifah

dekat sana memang no bus tu smrt 950 ke?