14 Tips Percutian ke Hong Kong Bersama Anak Kecil

Hong Kong merupakan negara yang agak mudah untuk kita explore walaupun anda baru pertama kali travel sendiri. Berbanding Jepun, pengangkutan di Hong Kong sangat straightforward. Inshaa Allah anda tidak akan sesat di sana. Hong Kong juga merupakan destinasi terbaik buat family travel. Ini adalah kerana terdapat Disneyland di sana. Iaitu taman tema idaman kita semua. Hihi. Seronok sebenarnya bila bercuti bersama anak kecil nih. Melihat keleteh mereka buat kita rasa bahagia. Inilah masanya kita meluangkan masa berkualiti bersama anak. Lagi-lagi ibu bapa yang dua-dua pon kerja. Jumpa anak pon kadang-kadang sekejap je anak dah mengantuk nak tido. Kanak-kanak nih sekejap je kecil nanti dah besar dah tak nak manja-manja. Jadi kita manfaatlah sebaiknya masa mereka ketika kecil ini. Jom Mira kongsikan 14 Tips Percutian ke Hong Kong bersama Anak Kecil.

Baca lagi info di sini:
Tips Percutian Hong Kong

1. Keperluan bayi anda jangan di lupa.. hehe lampin pakai buang, tisu basah, baju seluar, baju sejuk, stokin dll (*long john jangan lupeee kalau gi tempat yang sejuk amat)

2. Make sure naik kapal terbang lampin semua dah wangi & baby selesa..

3. Time kapal terbang nak depart tu bagilah baby atau anak korang MENYUSU.. sebab apa??? Sambil baby menyusu nanti dia akan telan air liur dan tak rasa telinga berdengung.. pernah tak korang naik kapal terbang tibe2 ada baby nangis tak semena2??? sebab xselesa telinga kebiasaanya.. so sebelum dia rasa tak selesa kita siap-siap dah suakan susu ok? Dulu first time Ayra naik kapal terbang 5 bulan memang berkesan… Time 1 tahun 1/2 pon berkesan… dah 2 tahun 1/2 nih relaks dah naik kapal terbang selamba je hihihi… Oh ya boleh bagi botol susu anak anda kepada pramugari/ra untuk minta air panas ya

4. Stroller kena declare time check in.. Free je tapi akan dapat tag sama seperti beg yang korang check in.. Dari Malaysia kalau naik AA stroller haruslah dalam keadaan lipat dan letakkan di luar pintu masuk kapal terbang… Bila sampai stroller akan di letakkan samada di luar pintu kapal terbang seperti anda tinggalkan atau di baggage claim.. boleh tanya pada pramugari/ra waktu landed..

5. Nak bawa BABY CARRIER je ke or STROLLER??? Nih terpulang la pada mak-mak & pak-pak sekalian… time Ayra 5 bulan & 1 tahun 1/2 memang mak pak Ayra selesa bawa baby carrier je bila bercuti nih…. di samping baby body to body dan hangat boleh juga membantu membuangkan lemak-lemak di badan kira exercise tanpa sengaja.. hihihi.. Tapi this time kami decide bawak stroller baby carrier… Alhamdulillah nampaknya anak lebih selesa dengan stroller.. baring macam tidur di rumah… hehe dan… kat Disneyland & Ocean Park memang friendly stroller.. setiap permainan disediakan tempat untuk PARKING STROLLER… time nak masuk ke Disneyland korang akan diberi TAG khas untuk di gantung di stroller memasing! Di setiap stesen MTR juga disediakan lift.. So don’t worry!!

Tips Percutian Hong Kong

6. Tapi kalau korang pergi THE PEAK & NGONG PING 360 disarankan cukuplah bawa BABY CARRIER sahaja!! Sebab korang akan naik turun tangga untuk menuju ke The Peak.. Pastu naik tram The Peak yang memang agak payah lah dengan ramai orang dan nak pegang anak & stroller memang kena lipat.. di Ngong Ping pon sama juga.. Stroller haruslah dilipat apabila nak masuk ke Cabin Cable Car.. so bawak baby carrier letak di dalam backpack lebih mudah & pantas.. guna apabila perlu heh!

Tips Percutian Hong Kong

7. Kebiasaanya apabila travel baby akan cepat penat.. kita yang besooo nih pon akan rasa lenguh & penat lagilah anak kita.. so make sure kalau nak pergi ke Taman Tema pastikan anak anda tido awal (biasanya kalau time bercuti anak excited susah nak tidur awal) hihihi atau sebelum kita sampai ke destinasi bagilah anak kita rehat secukupnya supaya dia ceria dan happy nak main di Taman Tema tersebut. Dalam kes kali nih sesampai nya kami di HK esoknya ke Disneyland.. Ayra memang kami bagi tido & rehat secukupnya… Bangun-bangun dia terkesima nape boleh tetibe Mickey & Minnie Mouse ada depan mata dia.. hehe happy tapi terkejut kot… (p/s: Ayah dia pon sama.. hihi)

8. Jangan lupa ambil MAPS di kaunter sebelum memasuki Disneyland dan Ocean Park.. So korang boleh decide nak pergi mana dulu.. kalau macam kami yang bawa anak 2 tahun 1/2 kami dah siap2 tanda dan pangkah mana yang Ayra boleh main mana yang tak boleh… mana perlu pergi dahulu mana yang kemudian… Memang 1 hari tak cukup dengan melayan kerenah anak lagi tapi alhamdulillah memang seronok dan kami berjaya susun aktiviti & masa kami supaya tiket masuk ke Taman Tema ini setimpal dengan tiket kami bayar… hehehe..

9. Di Disneyland HK… Make sure korang alert pukul berapa PARADE start… ada 2 kali taw… pukul 3 petang & 7:30 malam… yang waktu malam siap ada lampu-lampu bagai… so make sure pilih tempat siap-siap sebelum berlangsungnya parade tu… Anak pon happy tengok karakter mereka yang selalu nampak kat TV now in real life.. hihihi… happy-happy terkejut.. Malam jam 8:30 malam akan ada percikkan bunga api di Sleeping Beauty Castle.. so kalau pergi Disneyland tu nikmatilah seharian di situ.. confirm still tak puas lagih hehe… macam cepat je masa berlalu..

Tips Percutian Hong Kong

10. Korang taw tak ada TOYS STREET kat sana.. ada dalam beberapa buah kedai di Tai Yuen Street memang jual original toys sama seperti yang di jual di kedai jual mainan yang glamer tuu.. tapi separuh harga je!!! Nangis kita tengok… Patung mainan Ayra yang sama di beli di Kedai Mainan Ternama di Malaysia RM99 tapi boleh dapat 98HKD di sana iaitu bersamaan RM49.30.. jadi apa lagi maknya pon beli mainan Leap Frog yang memang benar bila dah sampai di Malaysia dan bandingkan harga memang jauh murah alhamdulillah hihihi… boleh lah belikan anak satu permainan supaya bile korang nak cari barang dia ralit ngan permainan mereka.. kih kih kih

11. Jangan lupa bawa BAJU SEJUK untuk anak bila naik ke The Peak, Ngong Ping & Ocean Park ya! hahaha kalau kulit macam mak pak Ayra yang memang suke sejuk2 kental nih tak perlu lah bawak baju sejuk tuh.. hahaha…

12. Oh ya pilih la hari WEEKDAY untuk ke Taman Tema dalam itinerary korang nanti ya! Beratur tak panjang pon.. hihi jimat masa & boleh main macam-macam permainan.. So Yeahhhh!

13. Siap-siap la bawak KUDAPAN seperti coklat atau biskut untuk anak anda sebab kalau cuaca sejuk memang cepat lapar…

14. BABY ROOM ada je kat mana-mana.. So don’t worry ye mak-mak sekalian..

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua ibu bapa yang bakal bercuti bersama anak kecil ke Hong Kong. Biarlah penat sikit asal kebahagian dikongsi bersama.

Baca lagi info di sini:
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments