8 Tips Percutian ke Hong Kong 7 hari 6 malam

Kami berdua bersama Ayra redah je ke Hong Kong kali ni hihihi.. Alhamdulillah kami berjaya di bandaraya HONG KONG selama 7 hari 6 malam… Kami kongsikan Tips Percutian Hong Kong ini untuk panduan dan rujukan semua.

so nih kita senaraikan anggaran BUDGET kami seorang (PER PERSON) :

Flight Ticket : AA KLIA2 ke HK (tiket Ayra pon sama sebab dah lebih 2 tahun.. huhu) RM276.40
Penginapan : 7 hari 6 malam RM511.50
Pengangkutan : MRT, Bus, Ding Ding Tram, Star Ferry, Airport Express RM157.30
Disneyland HK : RM271
The Peak : 3 in 1 Combo (The Peak, Madame Tussaud & Sky Terrace) RM140.80
Crystal Cabin (Ngong Ping): RM128.25
Ocean Park : RM164.60
Makanan : RM31.90
(Dari Malaysia)

TOTAL RM1681.75 SEORANG (meliputi semua POI di Hong Kong tapi TAK TERMASUK souvenirs, nafsu makan & nafsu shopping la ye hehe)

Semua tiket Ayra free sebab bawah 3 tahun hihihi kecuali tiket kapal terbang (next year budget akan bertambah bertabahlah hahaha)

Lately nih viral pasal bagusnya bawak anak travel kan?? maybe tips nih ada yang dah tahu tapi meh sini kita share jugalah serba sikit pengalaman kita bawa anak travel ala backpackers tips-tips berkaitan sepanjang kami berada di Hong Kong.. hihi

1. Visa

Tak perlu mohon visa untuk ke HK tapi dalam kapal terbang pramugari/ra akan edarkan kad arrival pada setiap pelancong. Kad tu ada 3 helai iaitu arrival carddeparture card dan specimen/manual copy. Pegawai imigresen akan ambil arrival card dan tinggalkan departure card dan specimen disertakan dengan 1 resit kebenaran (kiranya inilah visanya) utk berada di Hong Kong ni selama 3 bulan. Simpan leklok taw dalam passport

Tips Percutian Hong Kong
Tips Percutian Hong Kong

2. Internet

Mesti nak post-postkan dan whatsapp orang tersayang kan sewaktu di sana kan?? hehe ok untuk internet boleh beli simkad dari Kedai 1010… Keluar je dari Arrival Hall terus belok kanan nanti korang akan nampak kedai 1010 di sebelah kanan anda.. Harga sim kad yang dicadang oleh kedai tu 118HKD untuk 5GB data selama 8 hari. Boleh guna 48HKD untuk panggilan tempatan dan antarabangsa. Semua pengaktifan akan dibuat dalam kurang dari 5 minit. Make sure telefon anda dalam “flight mode” so bill atau prepaid anda tak cekik darah nak membayoo nanti huhuhu….

Tips Percutian Hong Kong
Tips Percutian Hong Kong

3. ATM Card

Tetibe jejak je HK rasa sindrom nak shopping membuak-buak pulak kan.. duit tukar ciput je la pulaksss.. Don’t worry MESIN ATM kan ada?? hahaha Kalau nak keluar duit dengan segera.. keluar dari Arrival Hall belok kiri… HSBC Bank ada di sebelah kiri anda… Rate kami keluarkan duit ketika itu setelah disemak online ialah 1000HKD = RM523 dengan gunakan kad debit Maybank yang diaktifkan untuk penggunaan antarabangsa. Jangan lupa AKTIFKAN debit card anda international di MALAYSIA supaya boleh digunakan di mana-mana Mesin ATM di HONG KONG..

Tips Percutian Hong Kong

4. Taman Tema

Kalau nak beli tiket Disneyland, Ocean Park, The Peak dan Ngong Ping 360 yang MURAH boleh beli di CHINA TRAVEL SERVICES (CTS) betul-betul berhadapan Arrival Hall.. Tempat ni hanya terima urusniaga secara TUNAI sahaja. Kalau nak guna kad boleh beli online atau walk in ya hihi (Updated: Jangan lupa install OCEAN PARK APPS dan dapatkan diskaun 15% untuk tiket ke Ocean Park.. Kami tunjukkan apps tersebut ketika membuat pembelian tiket di kaunter Ocean Park HK. Tapi tak silap offer tu sampai hujung bulan ni je)

5. Octopus Card

Ni macam Touch & Go la kiranya… Kalau nak beli Octopus Card, berhadapan Arrival Hall ada laluan ke Airport Express. Lalu lorong tersebut dan cari kaunter Airport Express dan Octopus Card boleh beli di situ untuk digunakan semasa naik train, tram, bas, ferry dll. Harga Octopus Card 150HKD untuk dewasa dalam kad ada 100HKD dan 50HKD sebagai deposit. Untuk kanak-kanak antara 3-11 tahun kad berharga 70HKD. Jangan lupa pulangkan Octopus Card di tempat itu semula sebelum balik ke Malaysia dan korang akan dapat balik deposit 50HKD & nilai baki semasa dalam kad tersebut tolak 9HKD sewa.. hehe pahe ke tidok?? paham-paham kan je lah ye.. hihi

Tips Percutian Hong Kong

6. Pengangkutan

MTR, bas, Star Ferry, Ding Ding Tram & Airport Express antara pengangkutan yang kami naik di HK… Dari Airport HK nak ke tempat tinggal kami boleh naik samada bas atau Airport Express… Nak naik bas, turun tangga depan kaunter Airport Express dan terus ke kiri menuruni lorong untuk ke Bus Terminus. Kami nak ke Chungking Mansions di Tsim Sha Tsui jadi pergi ke bas stand A21 dan tapkan Octopus Card berdekatan driver bas dan dikenakan 33HKD sorang berbanding Airport Express 100HKD.. Tapi balik kami naik juga Airport Express… saja nak rasa pengalaman lain pula kan? hehe tapi alhamdulillah dapat discount dengan penggunaan Octopus Card hanya 88HKD sahaja..

Tips Percutian Hong Kong

7. Peta Bergerak

Mana tau kalau sesat ke hapa kat sana kan.. hihi jangan lupa untuk download sesiap di Malaysia TRIPOSO atau MAPS.ME apps atau mana-mana map apps yang boleh digunakan ketika offline… Inshaa Allah akan sentiasa di jalan yang benar… hihi

8. Botol Air

Jangan lupa bawak botol air eh.. Kalau dah lupa sangat pon beli la air mineral kat sana pastu bawalah dalam backpack anda… hihihi seperti biasa toilet di HK juga tiada paip.. so guna botol air untuk membasuh apa-apa yang patut.. heh!

MAKANAN HALAL DI HONG KONG

 1. MASAK SENDIRI hahaha ikut budget korang.. nak bawa makanan dari sini pack siap2 pon boleh.. suami kita siap bawak 4 pek Brahim’s, maggi, mee sedap, bubur segera, kaya & roti yang sedap dimakan begitu sahaja.. heh! Tak lupa tools memasak.. Cooking set & Stove Wild L7 yang biasa suami bawak gi hiking.. hihihi.. Butane Gas boleh dibeli disana dengan harga 8 HKD lebih kurang RM4 la.. Butane Gas tu suami beli dekat dengan Hotel Yesinn, Yau Ma Tei.. kalau nak lebih specific atau nak share location boleh contact Zyzool.

2. Tapi dah sampai negara orang kan jom la kita try sikit makanan halal kat sana kan? hihi actually memang senang je nak cari makanan halal kat sana.. Hari pertama & kedua kami tinggal di CHUNGKING MANSIONS.. berlambak makanan halal.. haaaa kat Chungking Mansions nih hati kena kental kena kuat.. memang ramai akan berpusu-pusu paksa korang pergi makan kat restoran mereka… Tetapkan hati lemparkan senyuman & cakap its ok.. So korang boleh tengok-tengok dulu nak makan kat restoran mana…. Kami makan di Restoran Syed Bukhara.. Agak-agak rindu Nasi Lemak ke bolehlah makan di situ dengan harga 30HKD… Ayra kami orderkan roti canai 2 keping 20HKD.. laju je abis taw hihihi… Suami order Nasi Beriyani Ayam…. Macam-macam pilihan makanan halal di Chungking Mansion ikut la budget korang ada yang ok harganya ada jugak yang mahal tak ingat.. hehe… selera kita duit kita.. pilihan di tangan anda..hihi

3. DISNEYLAND HK juga ada makanan halal.. ada 2 tempat iaitu di Tahitian Terrace di Adventure Land dan Explorer’s Club di Mystic Point.. sediakan duit je la.. hihi.. Ketika nak masuk ke Disneyland akan ada laluan spot check bekal makanan di bag & stroller anda.. Makanan luar memang tidak dibenarkan di bawa masuk.. Tetapi kebiasaanya mereka lebih bertimbang rasa kepada pelancong.. ikut rezeki juga.. tapi apa kata korang beratur di laluan staf perempuan yang akan check.. hihihi katakan pada mereka makanan untuk anak anda atau sedekahkan senyuman paling manis pada mereka… Inshaa Allah hati mereka akan lembut & kami berjaya membawa bekal roti sedap di makan begitu sahaja bersama kaya yg menjilat jari untuk dijadikan kudapan di Disneyland HK

Tips Percutian Hong Kong

4. OCEAN PARK baru je kenalkan satu kiosk makanan halal iaitu Lakeside Snacks. Terletak di bahagian kiri selepas masuk ke Ocean Park.. Antara menu yang disediakan Nasi Ayam, Satay & Ayam Tandoori.. Boleh tahan juga rasanya.. hihi

Tips Percutian Hong Kong

5. Di NGONG PING juga terdapat makanan halal iaitu Ebeeneezer’s Kebab & Pizzaria.. Macam-macam pilihan makanan ada.. Kebab, pizza, Nasi Beriyani, Fish & Chip… Suami pilih Nasi Beriyani Ayam.. Saya pula order Fish & Chip.. Yummeh.. Alhamdulillah..

6. Jangan lupa singgah ke Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick terletak di Wan Chai.. kami singgah di sini untuk solat dan menikmati dim sum halal di ISLAMIC CANTEEN yang terletak di tingkat 5 dalam masjid ini, sebelum menuju ke The Peak sebab sejalan.. Macam-macam pilihan dim sum ada di sini.. Anggaran 20HKD 1 bucket.. Pergi ke bahagian dim sum dan pilih je nak yang mana.. nanti mereka catatkan di bill anda.. oh ya kalau tak nak makan dim sum, nasi goreng pon ada.. cuma dim sum hanya disediakan dari jam 10 pagi hingga 3 petang sahaja! Jangan lupa ambil pencicah lebih lazat rasanya.. hihi

Tips Percutian Hong Kong

7. Berdekatan tempat kami tinggal hari ke 3 hingga ke 7 iaitu YAU MA TEI juga terdapat makanan halal iaitu Delicious Kebabs & Pizzeria.. Chicken kebab dia sedap huhu.. kami beli satu je sebab dah besar pon dan dia akan potong dua.. hihi dengan harga 55HKD.. hohoho

Tips Percutian Hong Kong

8. Kalau dah penat berjalan & shopping di MONGKOK.. boleh lah ke Islam Food dan nikmatilah Veal Goulash (macam burger daging)..

9. Sebelum berangkat ke Malaysia terdapat juga makanan halal di AIRPORT HK iaitu Popeyes Chicken & Biscuit di bahagian restricted area..

MISI MENCARI SOUVENIRS DI HONG KONG

1. LADIES MARKET : Macam-macam ada keychain, fridge magnet, pendrivepowerbank, beg, dompet dll… Rambang mata!! hahaha tips bile ke sini memang kena tawar kaw2.. kalau dia letak 200HKD korang cakap takpelah.. nanti mereka akan tanya nak berapa.. so try la letak separuh harga berkenaan.. hehe

2. TEMPLE STREET MARKET : Sama macam Ladies Market tapi penjual dia lebih berumur berbanding penjual di Ladies Market

3. JADE MARKET : Mereka yang sukakan jade boleh lah ke sini.. Macam-macam jenis ada gelang, rantai, cincin yang diperbuat dari jade

4. ARGYLE CENTRE : Macam-macam jenis fashion baju wanita ada di jual disini.. Kat sini pon boleh tawar-tawar juga.. kalau rasa tak berbaloi berlalu lah pergi.. pasti mereka akan menarik anda semula… hehe

5. SNEAKERS STREET : Terletak di Fa Yuen Street.. Macam-macam kasut ada di jual disini.. kalau peminat kasut tuh memang boleh rambang mata.. yang limited edition sume boleh carik kat sini

6. APLIU STREET : Terletak di Sham Sui Po.. Kat sini memang berlambak barang elektronik termasuk la Action Camera, SJCam, Go Pro, DSLR camera, wayar segala wayar.. monopod, tripod, usb cable, remote huhuhu.. memacam lah

7. TOYS STREET : Terletak di Tai Yuen Street.. Pelbagai jenis mainan terdapat di sini… Figurinelegodisney toysmattel toy yang original dengan harga wholesale..

Tips Percutian Hong Kong

8. STANLEY MARKET : agak jauh sedikit.. berdekatan pantai.. kena naik bas untuk ke sini.. juga terdapat pelbagai souvenirs dijual di sini

9. DISNEY STORE : Ada banyak Disney Store di Disneyland HK.. kalau agak-agak ada yang terngiang-ngiang di minda tapi tak terbeli di Disneyland boleh ke Disney Store di Airport HK.. ada 2 kedai di non-restricted area.. dan yang paling besar di kawasan dalam restricted area..

10. PEAK MARKET : Terletak di The Peak betul-betul keluar dari Peak Tram setibanya di The Peak… Keychain, fridge magnet & poskad murah kat sini dan tak boleh tawar tapi tetap murah

Tips Percutian Hong Kong

SOLAT DI HONG KONG

 1. Hong Kong Disneyland : Untuk solat boleh pergi ke City Hall dan tanya di kaunter. Mereka akan sediakan bilik khas utk solat. Wudu’ di tandas sebelah kanan City Hall.

Tips Percutian Hong Kong

2. Ocean Park : Sambil-sambil tukar lampin baby atau anak boleh lah gunakan ruang baby room untuk solat.. memang besar & selesa.

3. Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui

4. Masjid Ammar & Osman Ramju Saddick di Wan Chai

Tips Percutian Hong Kong

5. Airport HK juga ada menyediakan Prayer Room di non-restricted area & restricted area

6. Di bilik memasing! heh

TEMPAT TINGGAL DI HONG KONG

1. Chungking Mansions di Tsim Sha Tsui ada beratus guest house.. hihi tinggal google je nak stay mana.. kami stay di Joyous Guest House RM165.48 sehari

2. Hotel Yesinn di Yau Ma Tei RM173 sehari

3. Dua-dua tempat nih kami booked di Agoda.com heh!

Hope serba sikit membantu korang semua!

Untuk full itinerary boleh comment kat bawah ya 🙂

Okeylah gerak lu pape roger.. hihihi

Untuk Perjalanan kami dengan terperinci boleh semak di pautan di bawah:

Baca lagi info di sini:
5 2 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nell Mohd Tamin

assalam pls send me itinery to HK..nmpak cam sempoi..tq

shahizan

salam … please send me itinery to HK 🙂

trackback

… [Trackback]

[…] Read More: zyzoolmiratravel.com/tips-percutian-ke-hong-kong/ […]

Fikry

salam thanks for the iti
send saya full iti juga please…thank you!

sally

wahhh…thanks sharing good info