Pulau Kukup, Pontian Johor

Pulau Kukup Pontian

Pulau Kukup di Pontian, Johor

Sebenarnya pikir-pikir juga nak pergi jalan mana bersama keluarga ni eh? Rancangan awal nak berkhemah di Bentong Pahang. Tapi dengan Covid-19 makin meningkat semula di sekitar Kuala Lumpur & Selangor & Sabah rasa nak jalan jauh-jauh risau kan. Nak camping di sekitar Johor pulak tak jumpa tempat yang menarik. Demand pulak harga tapak camping sekarang sejak-sejak orang tak boleh travel luar negara ni. Jadi kami mengambil kesempatan untuk explore kawasan sekitar yang kami diami ni jelah. Atas saranan dari Abang Hudairi dari Pontian Outdoor Community, tu yang kami terus ke Pulau Kukup di Pontian, Johor .

Terminal Feri Antarabangsa Kukup ​

Selama Mira membesar di Johor ni sebenarnya tak pernah lagi jejak kaki ke Pulau Kukup. Hihihi apatah lagi Zyzool yang memang kampung di Pontian juga tak pernah langsung ke sana. Jadi memang tak ada idea langsung macam mana pulau ini sebenarnya. So ayuhlah kita explore apa sebenarnya yang ada di sana?

Lepas solat Zuhur kami terus cari parking di area Terminal Feri Antarabangsa Kukup. Harga parking hanya RM2 sahaja seharian. Lepas parking kami terus bergerak ke Terminal Feri. Terus ada bot di Jeti Kukup yang terletak di bahagian kanan Terminal Feri. Sebenarnya kalau bukan kerana Covid-19, Terminal Feri Antarabangsa Kukup ini agak sibuk kerana ramai yang ke Tanjung Balai, Indonesia dari sini. Mira pernahlah rancang dengan Zyzool nak ke Tanjung Balai ini juga tapi belum berkesempatan lagi. Memandang sempadan masih tutup jadi terminal ini memang lengang. Senang cite sunyi abis la. Masa kami naik bot tu pon hanya kami sekeluarga dan seorang lagi penumpang.

Lepas solat Zuhur kami terus cari parking di area Terminal Feri Antarabangsa Kukup. Harga parking hanya RM2 sahaja seharian. Lepas parking kami terus bergerak ke Terminal Feri. Terus ada bot di Jeti Kukup yang terletak di bahagian kanan Terminal Feri. Sebenarnya kalau bukan kerana Covid-19, Terminal Feri Antarabangsa Kukup ini agak sibuk kerana ramai yang ke Tanjung Balai, Indonesia dari sini. Mira pernahlah rancang dengan Zyzool nak ke Tanjung Balai ini juga tapi belum berkesempatan lagi. Memandang sempadan masih tutup jadi terminal ini memang lengang. Senang cite sunyi abis la. Masa kami naik bot tu pon hanya kami sekeluarga dan seorang lagi penumpang.

Naik bot ke Pulau Kukup​

Harga tiket bot adalah RM10 sekepala untuk pergi balik. Ayra, Afya & Aafy tak perlu bayar. Santai-santai je bayar tiket tu bukanlah ada kaunter ke apa hihi. Naik bot dulu. Borak-borak dengan pakcik bot tu pastu bayarlah hehehe. Dalam kurang 10 minit dah sampailah ke Pulau Kukup yang tak berapa jauh ke tengah hehe.

Pulau Kukup Pontian

Ada apa di Pulau Kukup?​

Bila sampai je di Jeti Pulau Kukup nampak eh cam kecil je. Terus naik tangga nampak ada kaunter jual tiket ke Taman Negara Johor. Ouh bila tengok keadaan sekitar barulah ku tahu kalau gi Pulau Kukup ini maksudnya ke salah satu Taman Negara yang terdapat di Johor. hihihi. Bukanlah macam Pulau Tioman ada rumah kedai-kedai pastu chalet peranginan. Nope! Pulau ini tidak berpenghuni!! Pulau Kukup ini adalah Taman Negara yang meliputi hutan paya bakau yang berada di tengah-tengah laut hehehe.

Taman Negara Pulau Kukup​

Harga Tiket Taman Negara untuk dewasa adalah RM5 manakala kanak-kanak RM3. Korang pusing la Taman Negara sepuasnya. Kami sekeluarga berjaya mengelilingi Pulau Kukup lebih kurang 2 jam. Ambil gambar.. Mengenali pelbagai jenis pokok paya bakau. Ayra dan Afya memang suka sangat. Masing-masing tak ada pon yang complain penat. So I assume semua orang pon happy la kan? Hihihi. Don’t worry kalau tercirit ke nak terkucil ke tandas disediakan. Surau juga disediakan. Cuma kalau lapar tu bawak la bekal. Memang tak ada kedai makan. Hutan Paya Bakau semata-mata kat sini. Hihihi. Untuk info lebih lanjut mengenai Taman Negara Pulau Kukup korang boleh layari www.johorparks.com.my

Kembali ke Kukup, Pontian​

Pukul 5 kami kembali menaiki bot untuk pulang semula ke Kukup. Balik tu uncle bot bawa kami pusing-pusing di sekitar Pulau Kukup. Nampak dekat betul Tanjung Balai Indonesia. Tapi apakan daya belum masanya kita semua travel ke luar negara.

4 6 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zatie Wanderer

Saja nak mengkomen pjg skit tgh bosan2 kat rumah ni… 2017 kot, pernah hajat nak buat route Kukup -> Tanjung Balai -> Batam -> Tanjung Pinang -> Singapore selama 8-10 hari. So saja pi survey harga tiket feri kat terminal kukup dan ambik foto utk buat review. Kebetulan ada kat kg di benut. Mcm best je kan sbb kat situ boleh “travel oversea” dan laluan agak rare bagi pengembara msia beg galas. Tapi hajat masih tergantung smpi skrg sbb setiap kali balik kg atau ke arah selatan Msia, tak lain tak bukan hanya balik kg semata2 dan tak kesempatan nak… Read more »

Zyzool

Terima kasih tuan atas sokongan selama ni.. Moga kita semua dapat kembali mengejar impian kita semua untuk menikmati keindahan alam ini.. Aamiin