36 Tips Backpack ke Bangkok Thailand

Dah lama Zyzool ajak Mira backpack ke Bangkok Thailand. Ermmm masa tu tak terbukak lagi hati iolsss nak naik train ke Bangkok. Tapi kalini Zyzool betul-betul insist kita backpack ke Bangkok dari JB. Apalagi jom pack bag gabak yom!!!! Siap cakap lagi kat Zyzool “I takda benda kot nak beli kat Bangkok so jimat la duit tak banyak keluar nanti…” Sekali dah sampai sana amik kauuuuuuu.. Wakakakaka! Seronok rupanya bercuti di Bangkok! Nape la orang tak pernah kongsikan The Beauty of Bangkok!! Perasaan dia macam korang bercuti ke Korea taw. Cuma Bangkok nih panas yang amat! Hehehe Ok jom Mira kongsikan 36 Tips Backpack ke Bangkok Thailand kami pada akhir tahun lepas.

1. Pengangkutan ke Bangkok Thailand

Banyak cara nak ke Bangkok ni. Paling pantas dengan menaiki Kapal Terbang. Zasss sampai. Tapi disebabkan pengembaraan ini bukanlah semata-mata destinasinya tapi lebih kepada pengalaman backpack kami anak beranak dari JB ke Bangkok. Maka kami decide untuk naik keretapi dari JB sampai la ke Padang Besar. Banyak juga onak liku dari JB ke Padang Besar nih hahaha. Dari Padang Besar kami menaiki Thai Railways Train terus ke Bangkok selama 18 jam. Lamanya 18 jam!! Ni nanti I share kat tips berikutnya ok. Lagi satu cara adalah memandu ke Bangkok. Ya ampun yang ni, dah la jauh perjalanan & kena isi minyak lagi. Minyak dah la mahal kat Thailand. So ikut korang la nak pilih naik pengangkutan apa ke Bangkok.

2. Tiket Keretapi ke Bangkok Thailand

Tiket Keretapi ni korang kena beli awal. Tak boleh beli on the spot. Sehari sekali je train ke Bangkok iaitu jam 5 petang (waktu Thailand). Korang boleh beli online di EASYBOOK!

3. Visa

Bebas visa (Visa-Free) bagi pelancong Malaysia ke Thailand selama 3 bulan. Korang boleh semak status visa di sini Passport Index

4. Kad Putih

Sampai awal ok di Stesen Padang Besar sebab banyak proses kena dilalui antaranya isi kad putih ini. Korang tanya je pegawai polis yang bertugas mana arah ke Thailand. Nanti pegawai polis akan bantu korang pergi ke makcik yang akan berikan kad putih ni. Lengkap borang tersebut selengkapnya ya! Oh ya jangan lupa ucapkan terima kasih kat pegawai polis tadi. Eh belajarla sentiasa ucapkan terima kasih ya!

5. Imigresen Thailand

Ok korang akan melalui Imigresen Malaysia & Thailand di Stesen Padang Besar ni. Selepas dah lengkapkan borang kad putih tadi terus beratur untuk cop passport. Muka pegawai imi Thailand ni garang taw. Korang relax je dan pamerkan muka korang yang honest tu ok. Ekekeke

6. Internet

Inilah tips paling utama untuk sentiasa update dengan peminatkan?? Wakakaka ada kew tu?? Heheh ok takyah susah-susah pening-pening beli je sim kad Thailand kat stesen Padang Besar lepas dah lalu Imigresen Thailand. Ada kiosk kecil yang menjual Simkad Thailand Dtac di situ. Alaaa beli nanti-nanti laaa? “Entah-entah mahal orang tu jual simkad Thailand kat situ…” Boleh je beli nanti pastu mereput la 18 jam perjalanan dalam keretapi nanti wakakaka. Dan sebenarnya simkad yang dijual di stesen padang besar tu murah berbanding beli di Bangkok. Alhamdulillah pilihan bijak! Coverage pon thorbaik!!

7. Waktu di Thailand

Walaupun Thailand ni sebelah je Malaysia tapi waktu dia lambat sejam ya. Kalau tiket keretapi dia jam 5 petang maksudnya jam 6 petang waktu kita. Tapi better pergi je awal stesen keretapi tu sekurang-kurangnya sentiasa bersedia dan takla ketinggalan ketapi.

8. Tukaran Duit

Jangan lupa tukar duit siap-siap kat Malaysia. Kalau tak sempat korang boleh tukar duit kat Stesen Padang Besar tu. Tukar dengan makcik yang bagi kad putih Thailand kat korang tu tadi. Haaa rate semasa! Okeylah kan? Hehehe

9. State Railways of Thailand

Inilah keretapi yang menghubungkan Malaysia ke Thailand. Agak selesa juga untuk perjalanan 18 jam dari Padang Besar ke Bangkok. Hanya ada 1 perjalanan sahaja dari Padang Besar ke Bangkok iaitu jam 5 petang (waktu Thailand) setiap hari. Jam 6 petang akan sampai di Hatyai. Jam 8 malam akan dipasangkan katil. So korang boleh la lepak baring sampai jam 8 pagi keesokkan paginya. Lepastu staff bertugas akan lipat balik katil tersebut. So 12 jam atas katil bakinya duduk. Meja pon ada korang kena pasang sendiri ada disediakan bawah tempat duduk dalam keretapi.

10. Makanan Halal dalam Keretapi

18 jam wei dalam keretapi pastu takkan nak menahan kelaparan sepanjang perjalanan? Oh i cannot!!! Ok korang boleh la beli pape cemil-cemilan sebelum berlepas tu. Lagipon ada Restoran Naseer kat tingkat atas Stesen Padang Besar tu. Bungkus je siap-siap nasi & nanti boleh lah makan dalam keretapi. Taklah menangis kelaparan nanti. Ekekeke…. Dah makan tapi lapar lagi la dalam keretapi??? Aduh memang kuat makan ya? Hahaha nanti masa keretapi berhenti jap kat Stesen Hatyai akan ada awek-aweks naik jual makanan. Haaa kat stesen ni makanan yang di jual Halal. Kalau masih kelaparan boleh la beli Pulut Ayam & air Matcha dari mereka. Bayar pakai duit Thailand ya! Hehehe kalau lapar lagi entah la ek perut korang kan pandai la korang pujuk ekekeke…Takpon boleh je beli dalam keretapi. Ada pekerja yang akan ambil order ketika keretapi mula bergerak.

11. Stesen Hua Lamphong

Stesen Hua Lamphong ni macam KL sentral laaa. Dari Padang Besar ke Bangkok akan berhenti di Stesen Hua Lamphong. Kalau korang nak gi Hua Hin dari Bangkok nih naik dari stesen sini juga. Nak gi Lopburi pon dari sini juga.

12. Penginapan

Murah je penginapan di Bangkok. Korang boleh dapat lingkungan RM50 satu malam. Mur mur je kan? Lagi lah kalau korang bujang traveller. Boleh duduk hostel RM25 je satu malam

13. MRT

Ada ketapi MRT taw kat Bangkok. Haaa senang la nak bergerak ke sana ke mari kan? Beli je coin setiap kali perjalanan. Tak berbaloi beli kad sebab tak da benefit & harga samaje pakai kad atau beli coin setiap kali perjalanan.

14. BTS Subway

Berlainan pula dengan BTS Subway. Korang boleh beli kad rabbit reload macam Touch & Go untuk BTS. Harga lebih murah bila menggunakan rabbit card berbanding beli paper ticket setiap kali perjalanan. Yang peliknya MRT & BTS ni tak geng. Company lain-lain. Jadi BTS pakai kad lain. MRT pakai kad lain.

15. Grab Car

Ni cara paling senang & mudah & tak penat! Hahaha kat Bangkok ok naik Grab Car. Takda zon merah & boleh je naik di mana-mana tidak seperti di Indonesia. So jangan risau tempah je Grab Car jika kawasan yang bakal anda pergi tu takda pengangkutan keretapi atau nak pergi dengan lebih pantas.

16. Tuk Tuk

Ermmm.. Yang ni banyak sangat scam yang Mira baca. Ada yang tipu harga. Mula-mula cakap sekian-sekian harga pastu dah sampai rupanya dia kira perjam la. Boleh je kalau korang nak merasa naik Tuk Tuk ni tapi atas waspada masing-masing ya.

Malaysian Family Travel Bangkok

17. Free Shuttle Boat

Ni best!! Ada free shuttle boat disediakan di Bangkok. Korang beratur dan naik je. PERCUMA weh!!! Macam naik keretapi juga ada stesen-stesen dia berhenti. Kiteorang sempat naik di ICON Siam menuju Sathorn Pier.

Banyak tempat menarik di Bangkok. Yang Mira senaraikan ni antara tempat yang sempat kami jelajahi ketika di Bangkok Thailand.

18. Dream World Thailand

Seharian kami jelajah Dream World ni. Haruslah Ayra & Afya happy jalan-jalan kat sini. Pelbagai permainan disediakan di sini yang sesuai untuk anak kami. Di samping itu kiteorang dapat tikat masuk ke Snowtown. Nak ke Dream World ni korang kena naik Grab, sebab agak jauh dari bandar Bangkok kira-kira 40 minit juga naik kereta.

Dreamworld

19. Chatuchak Weekend Market

Haaa yang suka shopping tu boleh la ke Chatuchak Market ni. Macam-macam hadooo.. Duit je nan hadooo. Hehehe pergi waktu hujung minggu seawal pagi. Memang puas la berjalan sebab besar sangat!!

Malaysian Family Travel Bangkok

20. Maeklong Railway Market

Kalau nak rasa ada keretapi lalu tengah-tengah pasar orang berniaga, korang wajib gi sini. Tapi makesure tahu jam berapa keretapi lalu. Memang rare habis!

Malaysian Family Travel Maeklong

21. Damnoen Saduak Floating Market

Lepas tu kami ke floating market. Sambil-sambil naik boat, shopping gitu hehehe. Seronok jugak!

Damnoen Saduak

22. Pratunam Market

Pon tempat shopping jugak! Macam-macam adooo.. Nak beli souvenir pon boleh beli di sini.

23. The Marvel Experience Thailand

Zyzool & Ayra sangat teruja pergi The Marvel Experience nih. Kalau nak baca details korang boleh klik link kat bawah ni.

Update 2020: The Marvel Experience dah tutup!

24. Sunflower Field Lopburi

Nilah sebab asal kenapa kami nak sangat ke Bangkok!! Nak mengejar sang matahari. Make sure kalau korang nak pergi Sunflower Field ni korang kena pergi musim yang sesuai iaitu bulan November hingga Januari sahaja.

25. Terminal 21

Terminal 21 ni seolah-olah sebuah lapangan terbang! Setiap aras diandaikan sebagai negara. Ada pintu-pintu pelepasan & ketibaan negara tersebut. Cantik sangat. Wajib pergi tandas setiap aras! So cantik!!!

26. MBK Mall

Kat sini ada makanan halal yang sedap! Yana Restaurant. Nak beli souvenir pon banyak di jual di sini.

27. Platinum Fashion Mall

Ni macam GM atau Kenanga Wholesale Center. Nak beli baju borong-borong boleh beli kat sini.

28. Siam Paragon

Siam Paragon ni macam Pavillion. Betul-betul kat tengah bandar. Macam-macam jenama terkenal di jual di sini.

29. ICON Siam

Pusat beli belah yang terkini di Bangkok. Makanan halal ada jual di sini macam pasar malam dalam mall. Tandas pon cantik!!

30. 7-Eleven

Tak sah gi Thailand kalau tak masuk 7-Eleven kan? Macam-macam makanan halal ada dijual di sini. Rambang mata nak beli kan?

31. Big C

Tapi kalau nak beli banyak-banyak untuk dijadikan souvenir boleh la beli di Big C. Lebih murah berbanding beli di 7-Eleven.

32. Tandas

Tandas kat Bangkok ni kalau rezeki dapatla yang ada pili paip. Ada juga yang tak da pili paip. Ikut lah nasib korang hahaha

33. Surau

Eh senang la nak cari surau kat Bangkok. Kat Dreamworld ada surau. Kat MBK Mall ada surau. Di Terminal Mall pon ada surau. Di Platinum Fashion Mall pon ada surau. Eh takda alasan ok susah nak solat di Bangkok!! Mengembara la sejauh mungkin tapi solat jangan lupa!!

34. Makanan Halal

Kalau dah surau senang je jumpa dah tentulah makanan halal juga senang nak cari di Bangkok. Don’t worry selera kitoooo

35. Kids Friendly

Sepanjang kami di Bangkok memang jalan dia kids friendly! Mesra stroller!! Lift juga disediakan di stesen-stesen keretapi. So no worries!!

36. Keropok Carada

Yeahhh finally!!! Siap dah 36 Tips Pengembaraan ke Bangkok Thailand. Banyak lagi tempat menarik korang boleh explore di Bangkok. Yang Mira kongsikan ni yang sempat kami jelajah ketika mengembara di Bangkok! Harap membantu korang yang bakal ke Bangkok Thailand!! Apa yang penting??

Hehehe nih tips tambahan!! Haaaa kalau gi Thailand jangan lupa beli kopok Carada ni!! Sedap wei!! Ngap ngap tahu-tahu habis!! Hahaha

4.1 15 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
NORLIZA ABD RAHMAN

Sgt bermanfaat. ada planning thun dpn nak pegi dgn family jugak. nk tahu roughly berapa total cost ye. tq.

fara

maaf nak tanya..utk budak umur berapa tak payah beli tiket keretapi tu?

sue

as salam, akak , kak su nk tanya klu dari kl ke hua hin ..naik train mcm mane, akak masih tak dapat cari blog yg ada citer naik train ke hua hin, bolh tlg , tq

amina

sgt² bermanfaat buat sy.. memang terbaik la sharing nie. boleh sy tau mcm mana dari bangkok city nak pegi ke sunflower field Lopburi ? (。♥‿♥。)

amina

terima kasih awk. doakan sy impian travel ke sane terlaksana. hehehe