Breakfast di Kopi Tenggek

Kopi Tenggek

Kopi Tenggek, Tanjung Piai

So weekend haritu kiteorang 5 beranak try test sikit kat kedai makan yang tengah tular masa kini iaitu Kopi Tenggek di Tanjung Piai. Kami tiba dalam jam 10:30 pagi. Kawasan parking agak luas dan pelanggan dah memang ramai. Alhamdulillah meja makan yang disediakan memang banyak. Dapatlah kami meja kosong dengan mudah.

Langkah pesan menu di Kopi Tenggek

Jadi kami terus beratur untuk order. Cara-caranya ialah.. hahahha chewah

1. Korang beratur dulu

2. Order menu di kaunter

3. Nanti korang dapat kad nombor.

4. Tunggu nombor korang dipanggil.

5. Ambil order korang di tepi kaunter korang order tadi.

6. Silalah menjamu selera. Sebelum melantak jangan lupa amik gambar dulu hahaha pastu tag instagram.com/kopitenggekofficial hahahaha

7. Nikmatilah kopi tenggek korang tu

8. Dah selesai makan jangan lupa bayar di kaunter bayaran kat bahagian dalam.

Hahahaha senang je kan.. Tengah order tu yang lain jangan sibuk beratur jugak korang carilah tempat meja makan yang kosong sementara member beratur nak order makanan tu.

Menu di Kopi Tenggek

Antara makanan yang kami order adalah Nasi Kebontang Biasa, Nasi Kokokbek Kambing, Keropok Lekor Original, Telur Ayam Separuh Masak, Roti Steam Kaya dan semestinya Kopi Tenggek! Ada 2 pilihan Kopi Tenggek iaitu kosong & susu. Dua-dua kita order nak kasi test punya pasal!

Nasi Kebontang tu sedap! Sebenarnya nasi goreng dengan udang. Kalau ambil yang special dapat extra udang hehehe. Kalau pergi sini korang wajib try Nasi Kebontang ni!!

Nasi Kebontang Biasa 2 ekor udang. Yang special 4 ekor tak silap hehe

Kalau korang nak kopi pekat boleh try Kopi Tenggek Kosong. Caranya bila dapat kopi tu korang kena tunggu dia menitik sampai abis dalam gelas. Dan abis air tu penuhkan gelas, korang alihkan benda yang tenggek atas gelas tu ke piring yang disediakan. Haaaa begitulah cara-cara nak minum air kopi tenggek ni hahaha

Bertenggek atas tu tunggu air turun sepenuhnya. Tapi Mira kacau gak susu dalam gelas ni sebelum air turun sepenuhnya dalam gelas hihihi
Roti Steam Kaya pula rasa dia macam pau kaya. Lembuit je masuk mulut hehehe
Afya menikmati Keropok Lekor

Lekor Chips di Kopi Tenggek

Sebelum bayar tu kiteorang cuci mata jap tengok apa yang ada jual ole-ole nak bawa balik ni. Hihihi anak-anak ambil Lekor Chips. Ada 3 perisa iaitu Original, BBQ & Cheese. Harga 4 RM10. Apalagi terus ambil 4 pek. Pastu nampak kopok lekor frozen pon ada dijual di sini.

Keropok Lekor yang frozen pon ada dijual kat sini

So far okeylah rasa kopi kampung. Agak sedap taklah kick sangat tapi rarelah! Korang bolehlah try ajak keluarga ke sini dan nikmatilah Kopi Tenggek yang tengah popular masa kini di Tanjung Piai.

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments