Last week kiteorang bercuti ke Desaru bersama keluarga Mira. Alhamdulillah last minute plan memang menjadi. Aleeya adik Mira je tak dapat join sebab da ada program U waktu tu. So far memang seronok memasing. Lebih-lebih lagi kiteorang dah lama tak bercuti satu family. Memang enjoylah kalini. Ayra, Afya & Aafy pon happy sebab dapat cuti dengan makcik & pakcik mereka. Antara tempat yang sempat kiteorang explore di Desaru adalah Desaru Fruit Farm.
Macam-macam pakej ada kat Desaru Fruit Farm ini. details korang boleh tengok kat website rasmi mereka kat link bawah ni.
Kiteorang amik pakej yang paling murah hahaha iaitu pakej Fruit Farm Tour with Fruit Box.
RM 40 seorang dewasa, RM 35 seorang kanak-kanak (3-11 tahun)
Pakej termasuk:
- Lawatan ladang buah-buahan yang komprehensif (45 minit – 1 jam)
- Lawatan pendidikan sambil berjalan
- Taman Herba
- Petak sayur
- Galeri pertanian
- Mini Zoo
- 1 kotak buah potong
- Aneka Buah Potong Segar
Beli tiket kat kaunter dalam kedai. Lepas je beli tiket hujan pon mulai turun hahahaha apalagi guider minta kami beli poncho (baju hujan) sebelum naik lori untuk ke kebun. Kiteorang beli yang paling murah juga dalam RM2.90 sehelai poncho tu. Kesannya senang terkoyak wakakakaka.
Lori bawa kami sampai ke kebun kemudian bermulalah lawatan pendidikan sambil berjalan dalam kehujanan. Hahaha basah lencun okey. Aryz je kering sebab berpayung. Maka marilah kita explore kebun Desaru Fruit Farm ni. Hahaha tak mampu nak fokus sangat sebab kesejukkan hujan. Tapi tahulah pokok Sukun berasal dari Afrika hihihi.
Nasib ada Mini Zoo dan alhamdulillah hujan dah reda. Anak-anak enjoy bagi makan haiwan kat sini. Satu baldi makanan haiwan tu RM30. Bagilah mereka makan kat arnab, kambing, unta & banyak lagi.
Sebelum balik guider kami Hisham bagi kami semua rasa pelbagai jenis madu. Makin lama madu di simpan makin gelap rupanya. Ada madu baby madu lama, madu tongkat ali, madu premium. Semua dia bagi rasa.
Kemudian kami ke kedai untuk beli souvenir dan juga buah segar yang baru dipetik. Satu plastik RM13 tapi beli 5 plastik jadi RM50 sahaja. antara buah yang MIra beli adalah limau, nangka, longan, jambu air & jambu batu. dan kat sini mereka agihkan satu bekas buah potong yang memang dalam pakej.
So semua enjoy menikmati buah-buah masing-masing. Kalau tanya Mira nak repeat tak ermmm rasanya buat masa ni dah cukup dulu lah hehehe