Shopping di Luar Negara

Gold Coast
Setiap kali travel lagi-lagi ke negara jiran, Mira akan membayangkan betapa seronoknya mereka dapat membeli belah dengan harga yang murah. Murah dalam erti kata terhadap gaji mereka.
 
Yelah kalu gaji kat sini RM3000. Mereka di sana dapat 3000SGD tapi harga baju purata hanya $10 berbanding kat sini paling-paling murah harga baju RM49 sehelai zaman-zaman sebelum pandemik nih. Tu dah kira murah sangat la tu time tu. Kalau nak juga baju harga RM10 ada jual kat kedai bundle. Ni dululah zaman saya berniaga di butik.
 
Di Brunei juga sama… gaji seorang pensyarah muda 4800 BND. Makan tengari Nasi Katok hanya $1 murah tak murah??? Murah sangat!!! Kalau bawa $50 gi pasar malam tu.. penuh tangan beli makanan.. memang kekenyangan tahap membazir dah hehehe
 

Jadi apabila berpeluang ke Australia kami akan borong baju-baju anak. Serendah $2 sahaja sehelai ketika membeli di K-Mart. Zyzool juga tidak ketinggalan membeli baju berharga $6. Kalau di convert ke mata wang kita pon masih murah. Tapi ketika travel, Mira cuba tidak membandingkan kepada mata wang Malaysia.

Shopping jelah!! Hehe

Yelah contohnya kami membeli air mineral di sana $1 pastu saya convert ke mata wang kita RM3. Ish mulalah dalam kepala pikir harga air mineral kat malaysia lagi murah hanya RM1.20 je kecil macam nih. Sampai ke sudah la dahaga kat sana. Hehehe tapi don’t worry saya pernah kongsikan tips jimat ketika travel. Kalau dahaga masuk je dalam baby room ambil air kat water filter hehehe.
 
Maksudnya dengan gaji mereka di sana harga yg dijual adalah bersesuaian dan amat murah berbanding kita di sini Malaysia.
 

Di London, £50 boleh shopping makanan di supermarket penuh satu troli. Harga kentang goreng frozen hanya 99p berbanding kita RM14 satu plastik. Jauh betul beza. Sebab tu mereka mampu penuhkan troli dengan hanya berbelanja £50.

Pellentesque nec massa quis urna fringilla ullamcorper. Donec sodales eget justo a fringilla.

Sewaktu pandemik ni Zyzool ada ajak shopping baju kerja di satu outlet terkenal ni. Bukan outlet branded tapi harga mampu milik. Ingatkan nak beli la sehelai dua baju kerja baru. Paling-paling harga kemeja dalam RM69 yang kualiti elok sikit kan. Seluar kerja dalam RM79. Tup tup ada sale RM10 baju dan seluar kerja. Apalagi beli 10 helai pon masih dalam bajet!! Barulah terasa seperti shopping di oversea.
 
Baju kurung dah siap di shopee pula boleh dapat serendah RM39! Fuhhhh mana dapat kalau travel kat SG baju kurung berharga $10.
 
Macamana pon hujan emas di negara orang… hujan batu di negeri sendiri. Tu hanya rasa seorang pengembara yang sesekali ke sana. Rasa itu mungkin berbeza pula kalau kita menetap di situ.
 
Tapi sekali sekala memang seronok dapat emas kan hehehe
5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments