• Reading time:10 min(s) read

Airport Staycation di Sama-Sama Hotel KLIA

Eh korang cuti-cuti pergi mana? Kiteorang cuti-cuti travel gi Airport KLIA guys! Haaa jangan terkejut! Airport KLIA juga boleh dijadikan destinasi percutian tau! Hehehe seronok betul dapat peluang untuk ke program Airport Staycation di KLIA baru-baru ini. Sebenarnya Airport Staycation sebelum ini mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi atas permintaan ramai, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad dengan kerjasama Sama-Sama Hotel KLIA meneruskan lagi program ini buat kali ke-2. Jadi mestilah kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman Airport Staycation di Sama-Sama Hotel yang julung-julung kali ditawarkan ini.

Airport Staycation KLIA

Yang bestnya untuk program Airport Staycation ini adalah kami berpeluang membuat lawatan eksklusif ke Airport Fire & Rescue (AFRS) yang terletak di airside. Apalagi tanpa berfikir panjang, terus kami membuat tempahan di talian yang diberikan dan alhamdulillah rezeki Ayra & Afya ada lagi 2 kekosongan ketika itu.

Harga pakej Airport Staycation ini adalah RM440 untuk keluarga bersama 2 anak bawah 11 tahun. Manakala Aafy pula percuma sebab umur bawah 1 tahun. Tapi bayi tidak dibenarkan ke AFRS atas sebab-sebab keselamatan. Jadi Zyzool yang temankan Aafy sementara Mira, Ayra & Afya nak jadi akak bomba airport jap. Hehehe

Airport Staycation di KLIA

Sebenarnya pukul 2 petang dah boleh check-in di Sama-Sama Hotel KLIA. Tapi kiteorang kan ke Pulau Tioman sebelum itu. Feri paling awal dari Pulau Tioman jam 7 pagi jadi sampai di Jeti Mersing jam 10 pagi. Terus je kami bertolak ke KLIA. Nervous juga tau sempat ke tak sempat nih sebab 2:45 petang dah kena ready untuk ke AFRS. Dalam kereta memang doa je dalam hati semoga dipermudahkan segalanya. Sikit-sikit tanya Zyzool, sempat ke tak nih sempat ke tak nih sayang. Huaaaa alhamdulillah ngam-ngam choi oi kul 2:30 petang kitaorang sampai di hotel dan nampak bas tengah tunggu peserta Airport Staycation.

Airport Fire & Rescue Servive (AFRS)

Alhamdulillah rupanya ada juga peserta yang belum tiba lagi. Jadi sempatlah kami anak-beranak bersiap-siap sebentar. Ada kod pakaian yang dimaklumkan kepada kami iaitu pakaian seluar panjang & t-shirt. Skirt & dress tidak dibenarkan dan haruslah memakai kasut.

Airport Staycation KLIA

Jam 2:45 petang kami bertiga bersedia berkumpul di Ballroom Sama-Sama Hotel untuk menaiki bas yang disediakan untuk ke Balai Bomba Malaysia Airport (AFRS). Siap dapat pakai safety vest jacket Malaysia Airport lagi! Sebenarnya tak semua orang boleh suka-suka masuk ke AFRS ni. Nak masuk ke sini perlu melalui Airport Security Inspection. Jadi kami semua perlu turun dari bas untuk memasuki kawasan airside dan menjalani pemeriksaan keselamatan & suhu badan. Kemudian dipakaikan tag pink di pergelangan tangan. Selepas itu barulah kami masuk semula ke dalam bas untuk ke Stesen AFRS.

Airport Staycation KLIA
Pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki kawasan airside

Sebaik tiba di AFRS, ada pertunjukkan “Selamat Datang” dari Abam Bomba. Hehe. Kemudian ada sedikit briefing dan kata-kata aluan dari Chief Hidayat Pegawai AFRS KLIA.

Airport Staycation KLIA
Unique welcome performance by "Perkasa"

Kalau ke sini Mira sarankan korang bawa kamera yang tahan lasak & boleh kena air sebab ada pertunjukkan demontrasi bagaimana Ultra Large Foam Tender Fire Truck (trak bomba airport) akan menyimbah air jika berlaku kebakaran di lapangan terbang. Dari jauh pon kami boleh rasa percikan air dari Fire Truck tersebut. Jauh betul perginya. Yelah kalau berlaku apa-apa kecemasan kebakaran kapal terbang di lapangan terbang, senang kan Fire Truck nih nak simbah air untuk surutkan kebakaran. Ayra & Afya nih suka la dapat rasa macam hujan turun hihi.

Airport Staycation KLIA
Demonstrasi simbahan air dari Ultra Large Foam Tender Fire Truck

Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti dan merasai sendiri pengalaman menjadi anggota bomba & penyelamat AFRS. Ada 4 stesen aktiviti yang disediakan iaitu:

1. Donning Fire Suit

Untuk stesen yang pertama ini kami berpeluang menggayakan uniform & peralatan yang digunakan abang bomba. Hihi jadi izinkan akak jadi hakak bomba sekejap ya!

Airport Staycation KLIA
Station 1: Donning Fire Suit
Airport Staycation KLIA
Ayra bergambar bersama Pegawai AFRS Tuan Nizam & Tuan Syahidan Tawal

2. Fire Truck Joy Ride

Di stesen ke-2 pula kami dapat menaiki trak bomba dan di bawa berpusing di sekitar stesen. Wow canggih betul Ultra Large Foam Tender Fire Truck ini !

Airport Staycation KLIA
Station 2: Fire Truck Joy Ride
Airport Staycation KLIA
Ayra bergambar dalam Fire Truck
Airport Staycation KLIA
Fire Truck Airport ini warna dia hijau kekuningan

3. Fire Extinguisher Training

Seterusnya kami ke stesen ke-3. Di sini kami diajar cara-cara untuk menggunakan alatan pemadam kebakaran.

Airport Staycation KLIA
Station 3: Fire Extinguisher Training

Ayra berpeluang memadamkan kebakaran dengan menggunakan powder fire extinguisher. Di stesen ini kami diingatkan menggunakan kata kunci PASS iaitu Pull, Aim, Squeeze & Sweep the fire apabila menggunakan alat pemadam kebakaran.

4. Fire Escape

Dan di stesen terakhir ini pula kami menjalani simulasi menyelamatkan diri dari bangunan yang terbakar.

Airport Staycation KLIA
Station 4: Fire Escape
Airport Staycation KLIA

Pada mulanya risau juga Afya takut gelap sebab dalam bangunan ini memang sangat gelap dan kami perlu mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari kebakaran. Rupanya Ayra & Afya suka dan berjaya menjalani simulasi “The Great Escape” ini.

Airport Staycation KLIA
Mencari jalan keluar dalam simulasi "The Great Escape"

Seronok betul Ayra & Afya. Bukan takat diaorang je seronok. Hahahaha mak dia pon sama naik seronok jugak! Hahaha.. Yelah pengalaman baru dan tak semua orang boleh merasai pengalaman menjadi akak bomba di airport ni haaa. Best sangat!

Airport Staycation KLIA
Bergambar kenangan di Fire Truck Malaysia Airport.

Terasa masa berlalu dengan sangat pantas. Tahu-tahu je selesai aktiviti di AFRS dan kami semua bergerak pulang ke Sama-Sama Hotel semula.

Thank you Abam Bomba!

Check-in di Sama-Sama Hotel

Setibanya di Sama-Sama Hotel kami terus check-in di lobi hotel. Zyzool dan Aafy setia menunggu kami di lobi. Tak sabarnya nak baring rehatkan badan. Hihi.

Airport Staycation KLIA
Tentatif program Airport Staycation diberikan sewaktu check-in

Teruja betul Ayra & Afya nak masuk bilik hotel. Amboi-amboi sampai je bilik terus mereka happy sebab bilik air ada bath tub! Hahahaha aduhai la anak-anak dara nih kan. Apalagi berendam la semua anak-anak termasuklah si kecik Aafy pon join sama main air dalam bath tub. Hehehe kemudian kami terus berehat untuk persediaan aktiviti Airport Staycation pada esok hari.

Airport Staycation KLIA
Ok katil dah memanggil-manggil hehe
Afya dah kepenatan hihi
Airport Staycation KLIA

Breakfast in bed!

Keesokkan hari seawal jam 7 pagi staf Sama-Sama Hotel menghantar sarapan pagi di bilik. Hihihi soo sedap! Inilah set makanan kami iaitu American Breakfast. Hidangan telur omelette bersama hash brown patato, sauteed mushrooms & grilled tomato. Manakala sajian minuman pula adalah coffee & apple juice. Ayra & Afya menikmati sebakul roti yang mempunyai toast, rolls croissants and danish pastries dihidang bersama butter and jam. Alhamdulilah!

Airport Staycation KLIA

Little Chef Cilik

Kemudian pada pukul 10 pagi, kami mengikuti program Little Chef Cilik di Level 1 Sama-Sama Hotel. Ayra & Afya siap dapat pakai apron dan chef hat lagi. Memang betul-betul jadi chef ni.

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari Puan Rohanna Ibrahim iaitu Director of Sales Marketing, Sama-Sama Hotel. Seterusnya Chef Ahmad Tarmizi iaitu Pastry Chef menunjukkan demo dekorasi kek yang disediakan. 

Selepas itu semua kanak-kanak berpeluang mendeco kek mereka sendiri. Power juga Ayra sapu krim di kek hehe. Afya pula tunggu turn nak tabur sprinkle dan letak buah & biskut di atas kek.

Tekun betul budak berdua nih

Selepas selesai mendeco kek, pihak hotel siap packing kek dan membenarkan semua peserta untuk membawa pulang apron dan chef hat tersebut. Sijil penyertaan juga diberikan kepada semua peserta. Bertambah seronoklah Ayra & Afya tak sabar nak makan kek yang mereka deco tu. Hehe. Kemudian kami semua dijamu dengan ice-cream oleh pihak hotel. Thank you Sama-Sama Hotel!

Bergambar bersama Chef Ahmad Farhan, Chef Ahmad Tarmizi & Chef Ahmad Farhan.
Bergambar bersama Puan Rohanna. Kami dimaklumkan akan ada lagi program Airport Staycation pada pertengahan bulan hadapan!
Airport Staycation KLIA
Terima kasih Sama-Sama Hotel!

Mandi-manda di Swimming Pool

Yang bestnya untuk Airport Staycation ini kami dapat late check-out jam 3 petang. Apalagi berendamlah anak-anak di swimming pool sampai kecut tangan hehehe.

Bapaknya pon tidak ketinggalan turut serta sekali swimming dengan anak-anak. Memang betul-betul cutilah kat KLIA ni.

Airport Staycation KLIA
Zyzool posing untuk Majalah Mango hihi

Sama-Sama Buggy

Nama pon Airport Staycation kan? Tak sah la kalau tak jalan-jalan kat KLIA. Hihihi. Dari Sama-Sama Hotel agak-agak kalau korang nak exercise boleh je berjalan kaki sebab ada jambatan laluan penjalan kaki disediakan ke Terminal KLIA. Tapi buat apa susah-susah kalau hotel ada sediakan buggy kan? Hihihi. Nak balik ke hotel pon sama. Korang tunggu je kat Level 2 Terminal KLIA nanti ada buggy yang akan pick up. Wah naik buggy pon budak-budak nih suka sangat. Hihihi

Airport Staycation KLIA

KLIA Crazy Sale!

Ok yang ni Mira suka!! KLIA ada buat Crazy Sale! Macam-macam barang yang dijual dengan harga yang tak masuk akal! Antaranya minyak wangi, bag tangan, bag luggage, coklat, barangan kecantikan & banyak lagi. Setiap masa limit 200 orang je boleh ada dalam KLIA Crazy Sale ni. Jadi kena beratur untuk tunggu giliran masuk jika dah penuh 200 dalam kawasan Crazy Sale tu. Tapi khas untuk peserta Airport Staycation KLIA, kami ada laluan khas dan tak perlu beratur. Boleh terus ke laluan Fast Lane dan masuk untuk shopping!! Yeay!!

Airport Staycation KLIA
Airport Staycation KLIA

Mira sempat borong coklat untuk family & friends buat jadi ole-ole. Kata bercuti kan! Bercuti kat airport KLIA pon syiok ooooo. Hihihi

Airport Staycation KLIA

Terima kasih Sama-Sama Hotel & Malaysia Airports! Kami sekeluarga happy bercuti di KLIA!! Tak kisahlah jauh ke dekat, bila bercuti bersama keluarga pasti memberi keseronokan yang luar biasa! Lagi-lagi pengalaman yang berbeza di program Airport Staycation KLIA kali ini.

Korang yang berminat nak join Airport Staycation ini jangan risau. Dalam pertengahan bulan Oktober akan di buka lagi program Airport Staycation ini dan pastikan anda membuat tempahan segera kerana tempat yang disediakan adalah sangat-sangat terhad. Untuk info lebih lanjut korang boleh layari media sosial Malaysia Airports & Sama-Sama Hotel atau terus telefon di talian 03-87873333.

Malaysia Airports
Facebook: Malaysia Airports Official
Instagram: @malaysiaairports

Sama-Sama Hotels
Facebook: Sama-Sama Hotels
Instagram: @samasamahotels

 

Kami pasti tidak akan melupakan keseronokkan bercuti ketika Airport Staycation di KLIA kerana ia memberi kami pengalaman yang amat berbeza & menyeronokkan. Bukan sahaja untuk anak-anak, malah kami ibu bapa juga dapat merehatkan diri sebentar dari rutin harian. Thank you so much Malaysia Airports & Sama-Sama Hotel for this opportunity! Tak sabar nak tunggu next Airport Staycation!

Bila orang tanya..
“Ko cuti gi mana haritu?”
“Kiteorang cuti-cuti kat airport!!” Ahaks
5 3 votes
Click a star to rate.
  • 81
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Kha

Ni post yang masuk majalah tu kan? Hahaha

Beatnya Mira! Berapa umur minimum untuk join yang bomba tu? Harap lepasni ada promo macam ni lagi