Transit di Airport Bahrain Bawa 4 Anak: Voucher Makan Gulf Air, Food Garden dan Games Area

Assalamualaikum semua! Dalam perjalanan Umrah DIY kami 6 beranak, kami transit di airport Bahrain selama 10 jam sebelum terbang ke Jeddah. Ramai tanya macam mana nak isi masa transit panjang dengan anak-anak, jadi Mira kongsikan semua dalam post ni. Cerita penuh pasal flight dan tiket ada dalam post Naik Gulf Air ke Jeddah, Transit di Bahrain Bawa 4 Anak.

AirportBahrain International AirportHab utama Gulf Air
Transit10 jam 40 minit11.14 malam hingga 10.05 pagi
PenerbanganGF166 → GF171Singapura → Bahrain → Jeddah
Kos makanRM0Guna voucher Gulf Air (Disember 2025)
Keluarga Zyzool Mira Travel transit di Bahrain International Airport
Baru sampai Bahrain International Airport. Badan masih ikut waktu Malaysia, 4 pagi! Huhu.

Bila dapat voucher makan Gulf Air?

Ni soalan paling ramai tanya. Dari pengalaman kami, kalau transit 7 hingga 8 jam ke atas biasanya dapat 1 meal voucher. Kalau transit sampai 12 jam, boleh dapat 2 meal voucher. Voucher ni untuk setiap penumpang, termasuk anak-anak.

Tips: Syarat terkini ikut Gulf Air, jadi tanya di kaunter transfer sebaik sampai Bahrain.

Makan di Food Garden

Voucher boleh guna di Food Garden dalam airport. Mira dan Zyzool ambil set coffee di Jaipur Indo Asian, iaitu sandwich ayam, sandwich roti pandan hijau dan kopi panas. Duit Bahrain ni darab 11 dengan duit kita, jadi kalau convert, set Zyzool lebih kurang RM67 dan set Mira RM69. Rezeki makan free!

Set coffee Jaipur Indo Asian di airport BahrainSandwich ayam Jaipur di airport BahrainSandwich roti pandan Jaipur di airport Bahrain
Set coffee Jaipur Indo Asian yang kami ambil guna voucher
Set coffee Zyzool≈ RM67
Set coffee Mira≈ RM69
Kami bayarRM0 (voucher Gulf Air)

Anak-anak pun dapat voucher sendiri. Apa lagi, terus pilih KFC, dan KFC mereka pun free! Hehe.

KFC di Food Garden airport Bahrain
Value Deal KFC airport Bahrain
Menu KFC di airport Bahrain

Harga KFC di airport Bahrain (Harga Disember 2025)

Value Deal (Rizo, 2 strips, air)BHD 2.400 ≈ RM26
Chicken & Rice MealBHD 3.000 ≈ RM33
Twister comboBHD 3.100 ≈ RM34
Zinger comboBHD 3.500 ≈ RM39
Dinner Meal 3 ketulBHD 3.900 ≈ RM43
Bucket 9 ketulBHD 9.900 ≈ RM109

Games area untuk anak-anak

Lepas makan, kami explore airport Bahrain. Ada games area untuk anak-anak, siap ada PS lagi! Jadi anak-anak tak rasa lama pun nak tunggu flight seterusnya.

Solat, mandi dan pakai ihram

Waktu Subuh, kami solat berjemaah di airport dan terjumpa satu keluarga dari London. Mereka pun buat umrah DIY macam kami. Sebelum terbang ke Jeddah, kami mandi dan tukar pakaian ihram di airport. Aryz pun dah siap pakai ihram!

Aryz pakai ihram di airport Bahrain
Aryz dah siap berihram sebelum terbang ke Jeddah

Tips transit di airport Bahrain dengan anak-anak

  • 🎫
    Tanya pasal voucher di kaunter transfer sebaik sampai.
  • 🧥
    Bawa baju sejuk untuk anak-anak. Kami sampai waktu malam bulan Disember, dan malam musim sejuk di Bahrain memang sejuk.
  • 💤
    Bawa bantal leher supaya anak-anak boleh tidur dengan selesa masa transit.
  • 🧴
    Bawa toiletries saiz kecil kalau nak mandi dan pakai ihram di airport.
  • 👶
    Bagi anak-anak tidur dulu, kemudian baru explore dan makan.

Pengalaman transit di airport Bahrain dengan 4 anak rupanya tak susah mana. Ada makan free, ada tempat main dan ada tempat solat. Semoga perkongsian ni membantu korang yang nak transit di Bahrain!

Kisah seterusnya: Dari Bahrain kami terbang ke Jeddah dan naik Haramain Train ke Makkah. Baca Dari Jeddah ke Makkah Naik Haramain Train: Detik Pertama Kami di Tanah Haram.

#ZyzoolMiraTravel #MYFamilyTravel #DahSampai

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.