14 Tips Travel Bersama Anak Kecil

14 Tips Travel Bersama Anak Kecil

Kalau solo traveller, kita dengan diri sendiri je. Kalau bangun lambat pon boleh lari nak kejar flight. Kalau bercuti dengan rakan-rakan bujang paling-paling kita sakit hati sebab kawan kita make up ambil masa berjam-jam. Paling senang tinggalkan jelah travel partner tu. Hahahaha okey kita gurau je.

Membawa anak bercuti memang memenatkan. Dengan nak melayan kerenah mereka lagi, nak kejar itinerari lagi, tetiba anak nangis lapar nak makan. Hihi. Mira percaya ibu ayah yang bawa anak bercuti nih memang HEBAT! Okey puji diri sendiri. Hohoho!

Anda yang baca nih adalah IBU BAPA HEBAT!! Mesti korang dah rancang nak bawa bersama anak anda bercuti nanti kan??

Ok Mira akan kongsikan serba sikit tips sepanjang kami bawa Ayra & Afya bercuti.

1Pengurusan Masa

Ok kalau kita dah ada anak kita memang kena ambil masa lebih daripada kita bercuti tanpa anak. Kalau nak ke lapangan terbang, pastikan anda sampai awal. Manalah tahu dalam perjalanan bayi anda tetibe “poo poo” aduh! Pastu dah nak terkeluar plak tu tapi nak kena kejar flight. Mood spoil!

Anak-anak berehat di Terminal 3 Changi Airport
Sampai awal di Changi. Anak-anak sempat rehat sebelum naik flight.

2Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda

Untuk percutian ala backpack seperti kami memang kena rancang itinerari betul-betul. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Jangan lupa masukkan tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak anda pasti gembira sepanjang percutian itu nanti.

3Buat Tempahan Awal

Kalau bawa anak bercuti jangan lah mengada-ngada nak main redah je hotel. Pastu hotel tu penuh kena menapak plak ke hotel lain. Hotel tu pon penuh, anak dah melalak nak susu. Pandai la korang anak korang kan? Hehehe. Jangan lupa untuk tempah bassinet jika anak anda memerlukannya.

Daftar masuk Balai View Hotel, Karimun
Daftar masuk hotel yang dah ditempah awal. Tak perlu pusing cari bilik dengan anak-anak.

4Lakukan Latihan Percutian

Sebelum percutian sebenar, apakata korang try test stamina korang tu. Bawa anak anda bercuti dekat dahulu untuk uji tingkah laku mereka. Melalui latihan ini anda nampak apa yang perlu & tidak perlu anda bawa & lakukan dalam percutian sebenar.

5Backpack untuk Hand Luggage

Dah jadi mak orang nih lupakan la nak angkut bebanyak hand luggage ya. Mana nak tengok beg lagi, dukung anak lagi, tolak stroller lagi. Huhuhu.. Banyaknya barang kena bawa!! Ok apa kata untuk hand luggage korang bawa backpack je. Yang lain masuk kat check in bag yang terus besar. Jangan bawa banyak beg ya. Risau anda terlepas pandang nanti tertinggal satu kerja pulak nanti

Siap backpack di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru, Kembara Trans Java
Satu backpack seorang, tangan bebas untuk pimpin anak.

6Buku & Permainan Baru

Sebelum bercuti, Mira suka belikan buku aktiviti baru untuk Ayra. In case Ayra boring dalam flight dia boleh buat latihan dalam buku aktiviti tersebut. Manakala untuk Afya, Mira bawa mainan yang akan menarik perhatian Afya di dalam kapal terbang.

Muka depan buku poket Kembara Haramain untuk anak-anak yang dibawa ketika umrah
Buku aktiviti kecil yang kami bawa untuk anak-anak masa umrah.

7“Baby Food”

Jangan lupa bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak anda. Kita tak tahu bila masa mereka tiba-tiba rasa lapar dan nak makan kan?

Mira dan Aryz menikmati snek dalam Haramain Train ke Makkah
Snek dalam kereta api. Perut kenyang, anak pun tenang.

8Stroller atau Baby Carrier

Yang ni korang kena decide nak bawa stroller atau baby carrier. Anak berapa tahun? Sesuai bawa baby carrier atau stroller? Atau kedua-duanya sekali? Macam kami yang dah ada dua nih, memang kami terpaksa bawa kedua-duanya. Hahaha bertabahlah!

Tips Tokyo
Bawa Baby Gear pilihan anda.

9“Baby Wipes”

Just be prepared!! Hehehe macam-macam kegunaan baby wipes ni taw. Even anak dah besar, baby wipes ni boleh digunakan bila tangan anak kotor makan comot, lap meja yang kotor ke, anak tak mandi so boleh lapkan dengan baby wipes. Hehehe bawa jelah. Jangan lupa!

Family preparing for travel. Travel essentials on the wooden background. Top view, flat lay.
Gambar hiasan. Baby wipes dan barang kecil wajib ada dalam beg.

10Check in di kiosk/kaunter

Jika anda travel bersama anak kecil, anda haruslah check in di kiosk atau di kaunter. So make sure datang airport awal ya sebab korang tak boleh check in online.

Keluarga menunggu di pintu berlepas Lapangan Terbang Changi sebelum umrah
Datang awal ke airport supaya sempat check in di kaunter dengan tenang.

11Child Meal

Anda hanya boleh menempah Child Meals di online sahaja. Tempah dalam 2 minggu sebelum percutian anda kerana anda tidak boleh dapatkan Child Meal di dalam kapal terbang!

12“Family Travel Insurance”

Malang tidak berbau. Lindungi keluarga anda dengan membeli “Travel Insurance”

Senarai syarikat insurans perjalanan di Malaysia: Allianz, Etiqa, AIG, Tokio Marine, MSIG, Zurich, Tune Protect dan Generali
Antara syarikat yang menawarkan insurans perjalanan di Malaysia. Bandingkan perlindungan sebelum beli.

13Bertenang & Positif

Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi anak anda. Percaya & positif bahawa percutian bersama anak adalah menyeronokkan!

Aafy dan Aryz tidur dalam pesawat
Lepas penat, anak-anak lena dalam pesawat. Kami pun boleh bertenang.

14Nikmati Percutian Anda

Jangan lupa menikmati saat percutian anda bersama keluarga!

Percayalah anak anda sekeluarga akan mendapat pengalaman yang luar biasa melalui percutian ini. 

Anak-anak gembira dalam kereta api ke Jogja, Kembara Trans Java
Anak-anak gembira dalam kereta api ke Jogja. Saat macam ni yang kami kenang.
💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

This Post Has 2 Comments

  1. Shakirin

    Salam..Saya nak tnya..berapa umur anak yg duduk dlm stroller tu ya?

    1. Zyzool

      Salam.. dalam 4 tahun setengah..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.