9 Tips Membawa Bayi Travel Musim Sejuk​

Nak bawa bayi anda travel ketika musim sejuk? Banyak persediaan yang perlu kita ambil kira jika ingin membawa bayi travel ketika musim sejuk.

“Mira, i teringin la main salji!! Ok tak i nak bawa my baby travel musim winter?”

Hui hui shuuusah i nak jawab ni

Kalau i cakap tak boleh!! Hahaha “Zyzool Mira Travel ni dengki lettew kita nak gi main salji….” hahahaha..

Actually it depends. Dah impian dari kecik nak main salji teruskanla niat anda tu… tapi banyak preparation korang kena sediakan before travel musim sejuk ni bersama anak kecil.

Kita yang bawak diri sendiri ni senang. Sejuk? Kita cakap.. Lapar? Kita cari makan.. Panas? Kita bukak baju.. Bila travel dengan anak lagi-lagi yang tak boleh bercakap lagi tu haaaa yang tu korang kena extra preparation.

I rasa i pernah share before ni, masa kami travel naik ETS last year ada baby nangis nonstop dalam train. Mak ayah dia buat macam-macam kat baby tu. Bagi susu tak nak, tidokan makin nangis.. Last-last Zyzool suh i pergi ambil that baby dan pelukkan baby tu dengan baju sejuk Zyzool. Terus baby tu tertido. Terbuai dengan bau nyaman baju tu barangkali.

Haaa tu baru sejuk aircond dalam train ETS dalam Malaysia hehe.

Mira dan anak memakai baju sejuk di restoran Korea

9 Tips Membawa Bayi Travel Musim Sejuk

1. Ambil Tahu Suhu Semasa

Benda pertama sekali, check weather forecast untuk tarikh korang nak travel tu. Jangan main agak-agak je ok!

Sejuk 5°C dengan sejuk -5°C tu lain macam tau. Bila dah tahu suhu, senang la korang nak plan baju apa nak bawak. Tak la sampai sana baru nak gelabah cari kedai jual baju sejuk hehe.

Tips membawa bayi travel musim sejuk - Zyzool Mira sekeluarga di Seoul musim luruh
Masa kami ke Seoul musim luruh (autumn) pun dah kena bersiap baju sejuk tau

2. Sediakan Pakaian Yang Sesuai

Lepas tahu suhu, korang imagine la sejuk tu yang macamana. Pastu baru packing baju anak ikut suhu tu.

Anak kecik ni tak macam kita. Sejuk sikit dia tak boleh nak cakap “Mama, sejukla!” Haaa jadi kita la yang kena pandai-pandai sediakan.

Ayra dan Afya memakai jaket musim sejuk pink sedondon di Seoul
Ayra dan Afya dengan jaket pink sedondon. Mak dia memang suka matching-matching hahaha

3. Cek Tangan & Tapak Kaki Si Kecil

Ni tips paling simple tapi ramai terlepas pandang. Sentuh tangan dan tapak kaki anak korang.

Kalau hangat, maknanya baju yang korang pakaikan kat mereka tu dah ngam. Kalau sejuk macam ais… haaa cepat-cepat tambah layer!

Mira mendukung bayi dalam baby carrier di stesen subway Seoul
Bila baby dalam carrier macam ni, senang je nak cek tangan dan kaki dia

4. Jangan Over Sangat Tebal

Tapi jangan pulak sampai over! Ada mak ayah yang risau sangat, sampai bungkus anak macam popia. Hahaha.

Bila terlalu tebal, tangan anak akan berpeluh.. kemudian tak lama dia akan kesejukkan balik hasil dari peluh tadi. Fuhhh. Jadi biar cukup-cukup je ye.

Zyzool dan Mira berjalan outdoor sambil mendukung bayi dalam carrier
Berjalan outdoor sambil dukung Afya. Badan mak pun dah jadi heater free untuk baby hehe

5. Pakaikan Topi Buat Si Kecil

Body heat banyak terbebas dari kepala. Jadi topi tu wajib ok!

Pilih yang lembut dan selesa, supaya si kecil tak rimas sampai asyik nak tarik-tarik topi tu. Kalau comel sekali, bonus la untuk gambar Instagram hehe.

Bayi memakai topi beanie pink ketika travel musim sejuk di Korea
Afya dengan topi beanie pink dia masa kami makan kat restoran Korea

6. Pastikan Telinga Sentiasa Tertutup

Telinga ni antara bahagian yang paling cepat rasa sejuk. Bila berjalan outdoor, pastikan telinga anak korang sentiasa tertutup untuk mengelakkan frostbite!

Topi yang ada penutup telinga atau hood jaket pun dah banyak membantu.

Zyzool Mira sekeluarga di Snow Town Dreamworld Thailand
Sejuknya Snow Town kat Dream World! Afya siap pakai hood tutup kepala dan telinga

7. Pilih Mittens Berbanding Glove

Pakaikan mittens berbanding glove supaya jari-jari anak anda dapat bergesel dan menghasilkan kehangatan yang nyaman. Peh bahasa melayu ku haha.

Senang cerita, dalam mittens jari duduk sekali, jadi lagi panas. Untuk baby pulak, mittens ni senang nak sarung. Tak payah nak masukkan jari satu-satu sambil anak meronta hahaha.

Ayra memakai beanie, sarung tangan dan jaket musim sejuk
Ayra lengkap dengan beanie, sarung tangan dan jaket. Siap posing lagi tu!

8. Layer, Layer, Layer

Mulakan dengan bodysuit/onesie, kemudian pakaikan fleece. Bagusnya fleece yang sampai kaki terus. Baru pakaikan baju sejuk.

Kelebihan pakai berlapis ni, bila masuk dalam bangunan yang ada heater, senang je nak buka satu-satu. Tak la anak berpeluh dalam mall.

Zyzool Mira sekeluarga berpakaian berlapis di N Seoul Tower
Kami sekeluarga di N Seoul Tower. Semua orang berlapis-lapis baju hahaha

9. Kurangkan Waktu Berjalan Outdoor

Last but not least, kurangkan waktu berjalan outdoor. Tak payah la nak kejar semua tempat dalam itinerary tu.

Selang-selikan dengan aktiviti indoor macam shopping mall, muzium atau kafe. Mak ayah pun boleh panaskan badan sekali hehe.

Zyzool Mira sekeluarga membeli-belah indoor di Seoul
Lepak indoor sambil shopping. Anak selesa, mak ayah pun happy

Ni sikit la tips kita bagi, kalau ikutkan berjela lagi hehehe. Yang penting persediaan kena rapi. Bila si kecil selesa, mak ayah pun boleh enjoy main salji dengan tenang.

Till then.. Pilihan di tangan anda ✈️

💬 Jom borak

Ada soalan atau pengalaman nak kongsi?

Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.

Tinggalkan komen ↓
✉️ Langgan percuma

Jangan ketinggalan kisah kembara kami

Dapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.