Review Filem Badla 2019

Sebenarnya dah lama Mira nak review filem-filem yang dah Mira tonton. Tapi ada je kekangan masa tu ekekke. Disamping suka travel I juga suka menonton cerita. Tak kisahla cita hollywood ke, bollywood ke, korea ke semua I layan. Janji jalan cerita tak lambat. Ok so harini Mira nak kongsikan review bagi filem Badla (2019).

Filem BADLA (2019) misteri Pembunuhan Arjun

Info Filem

  • Tarikh Siaran: 8 Mac 2019
  • Pelakon Utama: Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu
  • Genre: Drama, Crime, Thriller
  • Language: Indian
  • Duration: 120 Minutes

Sinopsis Filem

Naina Sethi (Tapsee Pannu) seorang usahawan muda ditangkap polis atas tuduhan membunuh teman lelakinya, Arjun Kapoor (Tony Luke). Polis menemui mereka di dalam bilik hotel yang terkunci di mana Naina Sethi ketika itu berada bersama kekasihnya yang sudah mati di dalam bilik air di dalam hotel tersebut. Jimmy Punjabi (Manav Kaul) peguam peribadi Naina berusaha mencari  peguam hebat untuk Naina kerana Naina diperangkap pada hari kejadian.

Datangla Badal Gupta (Amitabh Bachchan) peguam yang diminta oleh Jimmy untuk menangani kes Naina ini. Jadi Badal ni mintala Naina untuk ceritakan kisah sebenar yang apa berlaku.

Badla
Naina bersama peguam Badal Gupta

Sebenarnya Naina ni sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Tetapi diam-diam dia menjalin hubungan terlarang dengan Arjun ni juga suami orang. Aduh berang nang nang sungguh. Jadi si Naina ni menipu si suami yang beliau ke Paris atas urusan kerja padahal pergi bercuti dengan teman lelaki dia di Scotland.

Sebenarnya Naina dah mula rasa bersalah kat suami dia jadi dia minta putus dengan Arjun dalam kereta masa tu dalam perjalanan pulang dari bercuti tu. Tengah bincang pasal relationship mereka tetiba Naina terlanggar kereta lain sebab ada rusa melintas masa tu. Naina nak telefon polis tapi Arjun tak bagi. Naina seorang usahawan berjaya mana Arjun jurufoto terkenal. Mereka berdua sedang dalam kemuncak kejayaan dalam kerjaya mereka dan tak nak insiden ini menggangu reputasi.

Badla 2019
Sedutan dalam Balda - Naina bersama keluarganya

Jadi Arjun minta supaya Naina ikut sahaja perancangan dia. Naina yang dah gelabah dan kemas ni terpedaya dan ikut jelah apa yang Arjun buat & suruh.

Jadi Arjun pergilah check keadaan pemandu yang dilanggar mereka tadi. Arjun beritahu kepada Naina yang pemandu tu dah meninggal dunia. Lagilah si Naina ni kecut perut kan? Jadi Arjun minta Naina buang mayat dan hapuskan bukti tu dan Arjun betulkan kereta Naina. Jadi Naina drive kereta yang dia langgar tu dah tolak kereta tu kedalam paya bersama mayat pemandu kenderaan tersebut.

Kemudian mereka berdua berjanji takkan jumpa dah. Naina jalani hidup macam biasa sehinggalah dia menerima blackmail bagitahu yang perbuatan jahat mereka akan didedahkan kalau tak bagi 10,000 ribu pound. Aduh ada orang tahu la pulak!

Jadi untuk menjaga reputasi beliau dia pon setuju untuk bertemu dengan orang yang hantar blackmail ni di sebuah hotel. Tiba di bilik hotel Naina menerima mesej untuk siap sedia duit tersebut. Tengah nak siap-siap tu Naina kena pukul kat kepala pastu Arjun pula kena pukul sampai mati. Naina di tangkap atas tuduhan membunuh  yang diceritakan kepada Badal Gupta.

Peguam terhebat Badal Gupta rasa tak berapa yakin dengan statement Naina. Haaa kat sini la ada plot twist nya. Memang best dan tak sangka betul! Nak crack misteri siapa pembunuh sebenar Arjun tu perghh berliku betul. Hihih… Selebihnya korang kena tonton la cerita ni. Filem ini korang boleh juga tengok di Netflix

Review Filem

Bagi Mira cerita nih memang best dan kepala pon akan jadi macam peguam Badal Gupta tu berpikir siapa la yang salah ni. Apakah kebenaran yang membenarkan???? Hahaha Keseluruhannya korang wajib la tengok cerita nih. Memang tak mengecewakan. Filem ini juga sebenarnya adaptasi dari filem dari Spanish – The Invisible Thief  (Contratiempo)

Moral of the Story

Janganlah berselingkuh dengan pasangan anda. Mendapat namanya wakakaka

Trailer Filem

Rating Filem

4.5/5
Spread the love

Leave a Reply

Close Menu