• Reading time:2 min(s) read

Top 30 Malaysia Travel Blog by Feedspot

Top 30 Malaysia Travel Blog by Feedspot

Alhamdulillah Zyzool Mira Travel tersenarai dalam Top 30 Malaysia Travel Blog di blog feedspot! Semuanya bermula dengan suka-suka. Zyzool setupkan blog Zyzool Mira Travel ini sebagai satu platform untuk kami berkongsi pengalaman dan pengembaraan kami mengembara bersama keluarga kecil kami. Sebelum ini Kembara 4 Beranak inshaa Allah dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki kami akan mengembara 5 Beranak pula hihi.

Top 30 Malaysia Travel Blog

Buat masa ini kami akan kekal tenang mengembara dalam rumah hihi sehingga Covid-19 reda dan akan mengembara dalam negara untuk pembangunan ekonomi negara kita Malaysia. Sebenarnya banyak lagi tips travel yang Mira nak kongsikan dengan korang. Cerpen KTMB dan pengembaraan ke Kelantan pon tak habis cerita lagi hehe. Almaklumlah tetiba ada baby nih kena pandai timing masa nak menaip wakakaka #alasan. Hehe inshaa Allah ada masa Mira akan kongsikan lagi tips travel buat anda semua.

Main masak-masak la kita sementara tak boleh travel ni. Hihi yang penting anak-anak happy walaupun hanya travel belakang rumah hehe

Top 200 Family Travel Blog

Sebelum ni 2017 kami pernah kongsikan yang kami tersenarai dalam Top 200 Family Travel Blog. Alhamdulillah kalini dalam Top 30 Malaysia Travel Blog pula. Kalau ikutkan perancangan tahun ini banyak juga tempat yang ingin kami terokai namun begitu kita hanya merancang. Memandangkan wabak Covid-19 yang sedang menular, kami tangguhkan pengembaraan kami sementara waktu sehingga disahkan selamat. Tak lari gunung dikejar. Kita risaukan coronavirus yang mengejar. Jadi lebih baik kita semua #dudukrumahdiamdiam jadi tak dapatlah dia kejar. Cukuplah main kejar-kejar bersama keluarga sekitar rumah… eh apa ko merepek nih Mira hahaha.

Kembara 5 Beranak tak ada lagi hihihi.. Insha Allah soon!

Thank You Feedspot!

Terima kasih Feedspot dan semua terutamanya pembaca setia Zyzool Mira Travel. You know who you are! Always support kami tak kira di sini dan juga di media sosial kami. Love u guys! Walaupun situasi sekarang tak mengizinkan untuk kami mengembara inshaa Allah kami akan kongsikan input-input yang berguna buat tatapan anda semua. Semoga dunia segera bebas dari Covid-19 dan kita semua boleh meneruskan pengembaraan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Stay Safe Everyone!

0 0 vote
Click a star to rate.
  • 262
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Khai

Tahniah Zyzool Mira & family! – khai kakijalans