• Reading time:5 min(s) read

Aku Orang Kampar

Aku Urang Kampau!

Ya aku orang kampar! Zyzool asal orang Jawa, Mira pula orang Kampar. Tak aci kan orang Jawa kemain glamer tau. Kita ni orang Kampar tak glamer pon tau. Hihihi ini tidak adil! Paling-paling orang akan ingat kita ni orang Kampar, Perak kan? Tapi rasanya sekarang orang dah tahula orang kampau ni asal dari Indonesia.
Minta Grab berhenti jap di Bangkinang on the way nak ke Kuok tu untuk bergambar hahaha

Kampar, Indonesia

Memang orang Kampar, Perak tu banyaknya asal-usul dari Kampar, Indonesia sebab tu bila mereka datang Tanah Melayu mereka buka kawasan nama pon sama hihi. Dulu ramai orang Kampar datang ke Malaysia lalu jalan laut Selat Melaka. Ada yang ke Perak, Pahang dan Kedah. Nenek Mira berhijrah ke Kuantan, Pahang. Tapi sekarang orang Kampar ni merata-rata dah kat Malaysia ni. Orang Kampar ni terkenal dengan sifatnya yang pandai berdagang. Bahasa Kampar ni sekali dengar macam loghat minang (Negeri Sembilan) tapi banyak juga beza.

Kampar ni luas dan ada 21 mukim antaranya Bangkinang, Bangkinang Barat, Bangkinang Seberang, Kampar Kiri, Kampar Timur, Salo, Tapong dll. Mira pula asal usul dari Kuok di Bangkinang Barat, Kampar. Masa Kembara Raya ke Kuok tempoh hari baru Mira tahu yang Allahyarham moyang Mira merupakan orang kaya yang menjual terasi pada zaman dahulu. Haa terasi tu sebenarnya belacan la kalau kat sini. Padanlah den suko naw masukkan terasi dalam makanan hahaha. Mira nak sangat pergi rumah peninggalan almarhum moyang Mira iaitu Rumah Tua. Rumah Tua ni selalu orang kongsi di media sosial kerana merupakan salah satu rumah lama yang masih ada di sana. Rumah Tua tu pon bukan sebarang rumah.

Simen rumah tu dari China. Atap genting pula dari Perancis. Tukangnya pula didatangkan khas dari Singapura. Tahun 1930 rumah dah simen pergh kerlas gitew!

Aku Orang Kampar
Ni Mira jumpa @riauexpo kongsikan di instagram mereka

Moyang H.M. Arif bin Ismail

Allahyarham moyang Mira namanya H.M. Arif bin Ismail. Ada 12 orang anak bersama isterinya Hj. Maimunah binti Mohd Shah. Nenek Mira iaitu Kamilah binti M. Arif merupakan anak ke-10 dan satu-satunya yang masih ada lagi. Kitaorang Kampar ni panggil nenek kami Uwo. Korang ada tak yang panggil nenek korang Uwo? Yeah geng kampau la kito. Ekekeke apo ko poliek dengo nyo hahaha.. Hentam la labuuuu…

Aku Orang Kampar

Mira dah generasi ke-3 yang tinggal di Malaysia. Masa memula hijrah ke Malaysia tu hanya 3 beradik iaitu Uwo Kamilah nenek Mira, Datuk Ahmad dan Datuk Yahya. Yang lain di Kuok, Kampar. Jadi masa Kembara Raya tempoh hari Mira dapatlah kenal saudara mara di Kuok. Tapi sayang Mira tak pandai cakap bahasa Kampar. Boleh la paham sikit-sikit tapi nak cakap tu hahaha berbelit lidah den. Hihihi. Jangan cakap wakden, amak den pon tak reti cakap kampau. Ekekeke sorry ma! 

Aku Orang Kuok
Dari Pekanbaru ke Kuok menaiki Grab

Seronok sebenarnya bila dapat tahu & kenal salasilah keluarga ni. Masa kami sampai tu tahu-tahu saudara situ dah maklum kedatangan kami. Kemain cepat mereka spread the news.

“Cucu Uwo Puong dationg..”

Gitulah gamaknya den tak gheti nak cakap bahasa kampau. Hahaha. Mulanya pelik gak nape kat situ orang panggil Uwo den Uwo Puong. Rupanya Puong tu macam pangkat anak ke 10 la rasanya. Macam Along, Angah, Uda, Andak. Ke-10 jadi Puong kot. Walaupun baru pertama kali bertemu dilayan dengan sangat mesra. Huhu terharu sangat. Terima Kasih semua! Selama ni dengar cerita dari Uwo je kan. Sekarang dah jejak pon Kuok tempat asal-usul Uwo.

Aku Orang Kampar
Di rumah Etek Reni tempat kami bermalam 2 hari di Kuok

Rumah Tua

Ni antara rumah yang sempat kami singgah ketika Kembara Raya yang lalu. Antaranya rumah Mamak Izar, Mamak Iwar, Mamak Iwan dan Kak Uni. Apa yang Mira perasan rumah saudara mara di Kuok ni ruang tamu memang luas. Kiranya kalau lepak tu ramai-ramai memang syiok la. Dan akhir sekali tentulah ke Rumah Tua iaitu rumah peninggalan moyang Mira. Yeayyyy!

Kampar
Muka kiteorang tanned abis. Nanti cerita kat part 2 pula

Selama ni tengok orang je kongsi gambar dengan Rumah Tua ni. Alhamdulillah kalini diberi kesempatan menjejaki asal usul keturunanku. Details lagi nanti Mira cerita kat post day by day Kembara Raya pula ya #mohonrajin hihi.. Panjang lagi ni kalau nak cerita. hihi

Aku Orang Kampar
Dari kiri: Zyzool, Haekal, Abang Indra Gamal, Fajri, Masril, Anak & Isteri Abang Indra, Mita, Mira, Nissa, dan Uwo Chu

Rumah Tuo ni sekarang didiami oleh Abang Indra Gamal (cucu Uwo Khodijah) sekeluarga. Kira 2 pupu Mira lah. Cicit kepada H.M. Arif. Terima kasih semua yang menerima kunjungan kami ke Kuok. Terasa dekat walaupun baru pertama kali bersuo muko.

aku orang kampar
Bergambar bersama Fajri & isteri serta Masril dan Mita sebelum mereka pulang ke Jambi

Terima Kasih Semua di Kuok!

Terima kasih juga buat Mita (cucu Uwo Rofi’ah) & suami Masril serta Fajri bawa kami jalan-jalan & makan sepanjang kami berada di Kuok, Kampar Indonesia. Masa ni bawa Aafy dalam perut. Inshaa Allah ada rezeki kita kembara lagi ke Kuok bersama Aafy dan keluarga yang lain.

Akhir kato,
Moyang H.M. Arif bangsawan kayo,
Wo Milah urang glamor,
Den? Biaso-biaso ajo.. hihi

0 0 vote
Click a star to rate.
  • 148
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
kaki jalans

Menarik post ni! Seronok kan dapat kenal sedara mara yang jauh2 ni. Khai sama macam Zyzool, wong Jowo. Haha.Generasi ketiga yg lahir kat sini. Saudara yang kenal di Indonesia pun cuma sepupu abah, tinggal di Jakarta. Hehe. Dulu moyang khai datang sini, bukak kampung kat Sabak. Kampung Tebuk Mufrad. Mufrad tu la moyang Khai. Haha. -khai kakijalans.com

kaki jalans

Betull. Bila balik kampung terasa lah ada legasi kat kampung hehe -khai kakijalans.com