Alhamdulillah sepanjang kami menaiki kapal terbang tak pernah lagi tertinggal atau terlepas pesawat. Alhamdulillah!! Tipsnya datang awal! Naik kapal terbang ni bukan macam naik bas taw. Totally different!! Flight pukul 10 pagi korang datang lapangan terbang pukul 9:30 pagi? Buhbye la gitu!! Hehehe ok meh Mira kongsikan 9 tips menaiki kapal terbang!
1. Check-in
Korang boleh web/mobile check-in (online) sebelum penerbangan. Check-in kiranya nak inform yang korang confirm akan naik pesawat nanti. Ikut airlines, ada yang boleh check-in online seawal 28 hari, 14 hari dan juga 2 hari sebelum penerbangan. Kalau dia dah open untuk check-in korang boleh terus je check-in. Tapi macam Mira yang terbang bersama anak kecil tak boleh check-in online. Jadi kena check-in di *kiosk atau di kaunter.
p/s: *Ada certain airlines kena check-in hanya di kaunter jika bawa anak kecil travel bersama.
2. Boarding Pass
Lepas dah check-in korang akan dapat boarding pass. Haa dengan boarding pass ni baru korang boleh naik kapal terbang!
3. Drop Baggage
Lepas dah dapat boarding pass kena check-in beg pula (jika ada). Maklumkan yang anda membawa stroller (jika ada). Staff akan memberi tag untuk dipasangkan di stroller. Kaunter Drop Baggage tutup 60 minit sebelum pesawat berlepas.
4. Travel Documents
Jika korang travel dalam negara jangan lupa bawa Kad Pengenalan. Manakala jika travel luar negara pastikan passport anda valid 6 bulan sebelum tamat tempoh. Negara yang memerlukan visa pastikan dah mohon siap-siap dan tunjukkan di kaunter apabila diperlukan. Staff airlines akan semak visa anda lulus atau sebaliknya.
5. Security Screening
Selesai di kaunter check-in korang boleh terus ke balai pelepasan. Di balai pelepasan korang diminta untuk letakkan bag dalam mesin screening. Hanya bag sahaja!! Setiap penumpang hanya dibenarkan membawa SATU bagasi kabin (kurang dari 56 x 36 x 23cm, termasuk pemegang & roda beg) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan (kurang dari 40 x 30 x 10cm) untuk dibawa menaiki pesawat. Bagasi Kabin ini haruslah tidak melebihi 7 kg!
6. Clear Immigration
Kemudian terus ke kaunter imigresen untuk cop passport. Jika tiada masalah, korang akan melepasi pegawai imigresen dengan mudah.
7. Security Hand-Carried Baggage
Ok seterusnya korang akan melalui security check! Letakkan semua beg & barang di bekas yang disediakan. Passport, jam tangan, telefon bimbit letakkan di dalam bekas. Jika membawa komputer riba sila keluarkan dari beg. Pastikan tiada cecair melebihi 100ml di bawa menaiki pesawat. Jika ada, barang tersebut akan diminta dihabiskan (contoh: air mineral) atau dibuang di sini.
8. Boarding Gate
Alhamdulillah selesai security check, korang boleh terus berjalan ke boarding gate! Kebiasaanya boarding gate akan tutup 20 minit sebelum pesawat berlepas. ALERT! Ada lapangan terbang yang boarding gate dia jauh nak kena menapak!! Hahaha
9. Pintu Pesawat
Selesai tunjukkan passport & boarding pass di Boarding Gate korang akan dibenarkan memasuki pesawat. Jika membawa stroller, lipat stroller & letakkan di pintu pesawat. Staff airlines akan ambil stroller anda di situ. Masuk pintu pesawat & pramugara akan menunjukkan arah tempat duduk anda. Baca doa menaiki kenderaan & semoga anda selamat tiba di destinasi percutian anda!!
Ladies & Gentlemen, Fasten Your Seat Belts
Lepas dah baca tips di atas ni agak-agak nak kena datang berapa awal ke lapangan terbang? Datanglah seawal 4 jam untuk penerbangan antarabangsa. Manakala 3 jam bagi penerbangan domestik! Lebih baik datang awal daripada ketinggalan pesawat!! Cukuplah tips menaiki kapal terbang ini ok. Nanti Mira kongsikan lagi di lain post!