Big Bad Wolf Johor Kini Kembali!!

Yeayyy!! Big Bad Wolf kini kembali di Johor Bahru uolss!! Setiap kali Big Bad Wolf (BBW) tak kira di KL atau di JB kami pasti tidak ketinggalan. Paling-paling alasan nak merasai suasana dikelilingi buku!! Hahaha tapi yang pasti balik mesti berbuku-buku walaupun alasannya nak rasa suasana je hahaha.. Yeayyy seronoknya kali ni kat JB je!! Seronok dia tak boleh bawa bincang tu yang terus terjah hari ni. Dah la dekat pulak dengan kami kali ni. Big Bad Wolf kali ni bertempat di Mydin Mall Mutiara Rini je!! Yahoooo!!

Lepas parking kereta kiteorang terus naik lift. Eh cop tingkat berapa ek BBW nih? Kita tekan jelah tingkat 1. Masuk je dalam bangunan Mydin Mutiara Rini tu terus tanya kat staf yang bertugas..

“Kat mana ya jualan buku?”

“Tingkat bawah cik kat bahagian parking kereta..”

“Oh ok, terima kasih..”

Hehehe memula terpikir jugak kat mana dia buat dalam Mydin Mutiara Rini tu, rupa-rupanya kat bahagian parking kereta.

Ok yang penting ambil gambar dulu bukti dah sampai sini. Hahaha!! Ok dah puas masuk jom la kita terjah ke dalam!!

Masuk-masuk macam biasa la kalau pergi BBW nih mesti rambang mata tak tahu nak mula dari mana. Rasa nak beli je semua buku yang murah-murah ni. Hahaha tapi disebabkan I ada anak kan, haruslah I dahulukan buku anak-anak I dulu. Sweet tak kita? Ekekeke 😝

Ok lepas Ayra dah pilih buku, Ummi & Ayah pula ambil peluang cari buku kami. Hehehe

BBW kali ini juga ada banyak pilihan Gift Set Stationery yang boleh dibeli untuk dijadikan hadiah harijadi anak serendah RM2. Wow best juga nih!

Lepas dah puas “memborong” kami pun pulang ke pangkal jalan. Eh don’t worry kalau korang nak memborong juga, ada troli disediakan hehehe silalah borong sebanyak yang anda suka. Hihihi

Apalagi Johoreans!!
Jom beramai-ramai ke Big Bad Wolf di Johor Bahru!!

  • Mydin Mall Mutiara Rini
  • 21 hingga 31 Mac 2019
  • 10 pagi to 12 tengah malam

Untuk info lebih lanjut korang boleh layari:

Facebook:

"Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan"

Spread the love
  • 2
    Shares

Leave a Reply

Close Menu