First time Aafy naik kapal terbang!

“Every time feels like my first time…”

Walaupon dah pernah bawa anak yang lain naik kapal terbang ketika bayi tapi setiap kali travel pon mesti masih nervous kan?

Risau baby tak selesa ke nanti..
Risau baby meragam ke…
Risau baby menangis dan mengganggu orang awam..

Mira pernah kongsikan sebelum ini tips mengelak bayi menangis menaiki kapal terbang di link di bawah ini. 

Antara tips yang boleh digunakan ketika menaiki kapal terbang bersama bayi adalah:

1. Susukan bayi ketika kapal terbang berlepas dapat membantu ketidakselesaan telinga bayi akibat perubahan tekanan udara.

2. Tarik perhatian bayi anda dengan mainan kegemaran mereka.

3. Penerbangan waktu malam adalah lebih baik, jadi bayi anda akan tidur sepanjang perjalanan.

4. Jangan lupa bawa baju sejuk bayi. Kalau terlalu sejuk atau terlalu panas juga bayi tidak selesa.

5. Jangan lupa bawa “baby food atau snack”. Ini bagi bayi 6 bulan ke atas yang dah boleh makan solid food.

6. Banyakkan berdoa sebelum bercuti & sepanjang perjalanan.

Ini pengalaman pertama Aafy naik kapal terbang. Still nervous tau hahaha. Konon nak Aafy susu dalam flight masa nak take-off tu. Hahaha sebelum naik kapal terbang dah tidur dalam baby carrier. Pastu dalam kapal terbang masa nak kena buckle up antara ibu & anak pon nervous juga dia terbangun kang susah nak tido balik. Eh eh eh syiok dia nyenyak tidur hehe alhamdulillah dipermudahkan. Nak dekat 10 minit landing kat Airport Langkawi baru Aafy terjaga. Alhamdulillah!!

Okey Aafy LULUS!!!!

5 1 vote
Click a star to rate.
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments