Ayam Gepuk Mas Joyo Taman Teratai: Set Dari RM12.90, Nasi dan Sambal Free Refill

Malam Jumaat ni Mira dan Zyzool keluar makan berdua saja. Kami cuba Ayam Gepuk Mas Joyo di Taman Teratai. Senang cari, papan tanda kuning terang sebelah Mr DIY. Masuk dalam, kedai bersih, sejuk dan selesa dengan dinding kuning dan merah.

Ramai student UTM makan kat sini. Malam tu Mira nampak ada yang datang ambil nasi tambah, siap dua kali! Memang sesuai untuk student sebab set bermula RM12.90, dan nasi dengan sambal boleh tambah percuma.

Depan kedai Ayam Gepuk Mas Joyo Taman Teratai
LokasiTaman Teratai, Johor Bahru38G, Jalan Enau 15, 81300 Johor Bahru. Sebelah Mr DIY
HargaSet dari RM12.90Set D RM16.90. Tambah air RM2
DeliveryGrabFood, ShopeeFood, foodpandaFree refill nasi dan sambal untuk dine in sahaja

1Cara order

  • 🧾
    Order dan bayar di kaunter Order Here.
  • 📺
    Tunggu nombor order keluar kat skrin.
  • 🍽️
    Ambil makanan di kaunter Pick Up Here.
  • 🗑️
    Lepas makan, angkat pinggan dan cawan. Buang sisa dan letak di ruang yang disediakan.
Kaunter order Ayam Gepuk Mas Joyo

2Apa kami order

Kami berdua ambil Ayam Gepuk Ori Set D (RM16.90). Satu set ada nasi, seketul ayam gepuk, timun, tempe, tauhu, kubis goreng, enoki crispy, sambal dan sambal kacang. Tambah air RM2. Mira ambil teh O ais dan Zyzool ambil sirap ais.

Menu Set D dan Enoki CrispyAyam Gepuk Ori Set D dengan enoki crispy dan kubis goreng

Set D ni paling penuh. Bagi Mira, portion dia dah banyak sangat, tak perlu tambah nasi pun dah kenyang. Enoki crispy dan kubis goreng dia rangup, sedap dicicah dengan sambal kacang.

3Free refill dan sup percuma

Untuk dine in, nasi dan sambal boleh tambah percuma. Sup pun percuma dan ambil sendiri.
Free refill nasi dan sambal Ayam Gepuk Mas Joyo

4Menu dan harga Ayam Gepuk Mas Joyo

Ayam Gepuk Ori Set A / B / C / DRM12.90 / 13.90 / 14.90 / 16.90
Ayam Gepuk Crispy Set A / B / C / DRM12.90 / 13.90 / 14.90 / 16.90
Set Ikan KeliRM12.50
Set Ikan TalapiaRM15.50
Enoki Crispy ala carteRM5.90
Add-on air (teh O ais / sirap)+RM2
Kami bayar untuk 2 orangRM37.80
Menu penuh Ayam Gepuk Mas JoyoResit Ayam Gepuk Mas Joyo

Berbaloi untuk set yang penuh macam ni.

7/10
Rating MiraOverall portion dia banyak. Sambal dia okey, tapi bagi Mira kurang sikit “kick” dia. Selera masing-masing, cuba dulu dan nilai sendiri ya!

Sesekali keluar makan berdua macam ni pun best. Mira sorang pun dah kenyang dengan satu set. Kalau student UTM tu, sampai bertambah nasi! 😄

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.