Shopping Baju Raya Sedondon di Butik Jamilah

Sabtu lepas sebelum start puasa, kiteorang sempat ke Plaza Angsana JB nak shopping baju raya sedondon untuk tahun ni. Punyalah ramai orang. Masing-masing pon nak cari baju raya siap-siap sebelum Ramadan kan? Termasuklah kiteorang ni hehe

Susah tau nak jumpa baju raya sedondon yang berkenan di hati. Nanti Mira suka, Zyzool lak tak berkenan. Pastu nanti jumpa yang kami berkenan, anak-anak pulak tak nak. Adoiii pening ya nak cari baju raya yang menambat hati semua ahli keluarga ni hehe.

Baju raya di Butik Jamilah

Cari punya cari, meredah lautan manusia akhirnya masuklah kami anak-beranak ke Butik Jamilah. Ceritanya masa jalan-jalan tu, Mira ternampak baju raya wanita yang berkenan di hati. Apalagi terus tanya kat staf saiz yang sesuai untuk Mira.

Di Butik Jamilah ni ada banyak pilihan baju raya terkini yang lawa-lawa. Walaupun namanya Butik Jamilah tapi ada juga kurta dari brand KACAX kat sini. Dan ada design yang sedondon pula dengan baju raya wanita. Boleh matching-matching dengan pasangan. Senanglah kerja kita. Tak payah nak cari sana sini dah.

Baju raya Kebarung Batik

Kisahnya awal-awal tu Mira berkenan baju kebarung batik. Banyak pilihan corak yang ada. Memang rambang matalah kan. Mulanya berkenan kat corak batik yang pink. Pastu nampak purple pon lawaaaa. Pastu eh warna coklat pon cun…. Nampak tak kat situ iolss dah tak tentu arah hahaha semua pon cantik ni!! Pilih punya pilih berkenan kat batik hitam ni. Cantikkan? Arghhh terus rasa diri ni auto cantik bila try kat badan ekeke sekali sekala puji diri sendiri kasi chan laaa hahahaha. 

Baju sedondon satu family!

Apalagi nak siap-siap bayar tanya kat staff situ ada ke baju sedondon anak-beranak kat Butik Jamilah ni? Dia jawab,

“Ada kak, kita ada SET FAMILY. Ada banyak pilihan baju ni, akak tema apa tahun ni? Dari anak akak yang kecil sampailah akak & abang ada saiz..”

Wah terus excited memasing hehe. Rambang mata nak pilih. Anak-anak berkenan. Bapak dia pon berkenan. Apalagi onzzz! Tengoklah Ayra & Afya ni menggayakan salah satu koleksi baju raya di Butik Jamilah.

Alhamdulillah selesai sudah pencarian baju raya sedondon kami di Butik Jamilah. Next raya ni kiteorang dah tak yah susah-susah nak redah cari baju raya sedondon satu family. Terus je ke Butik Jamilah ni. Tapi tulah rasanya tak yah tunggu next year, next week kena pergi lagi Butik Jamilah. Sebab kita ada berkenan baju raya sedondon yang design satu lagi tu.. Raya sebulan kan? hehehhe

Thank you Butik Jamilah memudahkan pencarian baju raya sedondon kami tahun ini!!

Butik Busana Jamilah
Tingkat 3 Plaza Angsana

Booth Raya (sepanjang bulan Ramadan)
Tingkat 1 (Berhadapan Pentas UTAMA)

Instagram: https://www.instagram.com/busanajamilah
Facebook: 
https://www.facebook.com/butikbusanajamilah

IG Reels

5 2 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments