Pengembaraan ke Tanjung Pinang | Episod 2

Ok membaca lagi kita di Episod ke 2 hehe. So kisahnya pada mulanya nak gi Tanjung Pinang nih sebab nak gi Taman Tema Trans Studio Garden tau. Pastu tiba-tiba Zyzool tanya.

“Eh takde ke sedara kat Tanjung Pinang? Cuba tanya Mamak Izar, kita ada sedara tak kat Tanjung Pinang? Kalau ada boleh kita melawat sekali”

Ok Mamak tu panggilan untuk pakcik sedara. Pakcik sedara Mira ni iaitu Mamak Izar pertama kali Mira jumpa kat Kuok. Mira pernah kongsikan dulu kat link bawah ni.

Jadi 2 minggu sebelum kami mengembara ke Tanjung Pinang, Mira contact Mamak Izar tanya ada ke saudara kito kat Tanjung Pinang?

Ada saudara di Tanjung Pinang

Rupa-rupanya memang ado! Kat Tanjung Pinang ado, kat Batam ado, kat Karimun ado. Haaaa merata-rata wakden punyo saudara ye. Alhamdulillah. Apa lagi Mira terus ambil no wassup makcik saudara Mira di Tanjung Pinang.

Mulanya segan jugak nak contact yelah nama memang saudara tapi tak pernah bersua muka. Tak pernah tahu kenal mukanya bagaimana. Tapi kalau pikir malu je tak kemano kan? Travel mencari salasilah keluarga pon takkan berlaku kalau asyik pikir malu kan hahaha. Jadi kita lupakanlah malu itu dan marilah kita menyantuni saudara di Tanjung Pinang.

Mira pernah kongsikan carta salasilah moyang Mira ni kat link atas tadi. Tapi bila Mira tengok carta ni balik silap pula Mira tak susun adik beradik Uwo ikut turutan.

Adik-beradik Uwo Kamilah (nenek Mira)

  1. Datuk Ahmad
  2. Datuk Abdul Rahman
  3. Uwo Khodijah
  4. Datuk Yahya
  5. Datuk Abdul Malik
  6. Uwo Rahmah
  7. Uwo Fatimah
  8. Uwo Zawiyah
  9. Datuk Abbas
  10. Uwo Kamilah (nenek Mira)
  11. Uwo Rafeah
  12. Uwo Zaleha

Ramai ya adik-beradik nenek Mira hehe zaman dulu kan. Nenek Mira anak ke-10 di panggil Puong. Hehehehe kan biasanya anak no satu Along, no 2 Angah. Sekali tak pernah tahu pun no 10 pon ada gelaran hehehe. Jadi panggilan nenek Mira kat sana Uwo Puong.

Mamak Izar tu dari anaknya Uwo Rafeah/Rofi’ah iaitu anak ke-11. Jadi bila Mira tahu ada saudara di Tanjung Pinang, Mira terus catitkan yang Mira bakal ziarah ini adalah anak kepada Uwo Rahmah. Namanya ibu Defi. Jadi bila kami maklumkan yang kami akan ke sana, ibu Defi menjemput kami anak-beranak untuk menginap di rumah mereka. Masya Allah segan sangat dalam masa sama rasa teruja nak bertemu saudara jauh yang berada di Tanjung Pinang. Dan kebetulan pula rumah ibu Defi ni sekitar kawasan Taman Tema Trans Studio Gardent. Masa tu kiteorang baru plan nak booked Hotel Aston iaitu hotel bersebelahan Trans Studio Garden. Masya Allah perancangan Allah. Alhamdulillah terima kasih ibu.

Tiba di Tanjung Pinang

Dalam perjalanan menuju ke Tanjung Pinang tiba-tiba….. Haaa baru sambung dari Episod 1 ni kan. Hehehe tiba-tiba dapat wassup dari ibu Defi tanya “jangka tiba pukul berapa?” ibu akan datang menjemput kami anak-beranak di jeti. Allahuakbar segan sangat risau menyusahkan dalam masa sama terharunya.

Dalam lebih kurang jam 6:30 petang, ibu Defi & anaknya Rido dah menunggu untuk menjemput kami anak-beranak. Apa lagi borak-boraklah kami dalam kereta menuju ke rumah ibu Defi. Tapi Mira ni depan-depan tak reti borak sangat tau hehe berbanding Zyzool hahaha memang panjanglah dia bercerita dengan ibu.

Tiba di rumah Ibu Defi

Banyaklah perkongsian kami sepanjang dalam perjalanan ke rumah ibu Defi. Anaknya semua laki-laki. Semuanya hebat-hebat. 2 orang anaknya merupakan pegawai kerajaan. Yang ke-3 merupakan doktor perubatan. Rido yang bersama-sama menjemput kami merupakan pelajar undang-undang & yang terakhir pelajar kejuruteraan. Ibu Defi ini juga tak kurang hebatnya. Seorang guru sekolah berdekatan dengan rumahnya. Banyak juga ilmu pedagogi yang dikongsikan pada Mira macamana nak tackle dalam membesarkan anak-anak.

Dalam lebih kurang 30 minit macamtu kami tiba di rumah ibu Defi. Mashaa Allah besarnya rumah ibu Defi. Tiba-tiba terasa seperti berada dalam cerita sinetron tu. Wakdan terkesima melihat rumah bak istana. Dan ketika itu, Pak Cik suaminya ibu Defi sudah menanti di pintu menyambut kedatangan kami sekeluarga.

Bergambar berlatar belakangkan rumah ibu Defi yang tersergam indah

Semuanya sudah tersedia. Bilik kami yang selesa lengkap dengan drinking water & biskut. Dapur juga dilengkapi segalanya. Katanya kot-kot kami dahaga mahu air panas, air suam bikin saja. Mashaa Allah segannya kami. Nak makan Pop Mie ambil saja kata Pak Cik. Ibu juga sudah siap menjamu kami lauk ikan gabus berlado yang sungguh sedap sekali.

Ikan gabus berlado masakan dari ibu Defi sedap sekali

Ceritanya Pak Cik merupakan antara pemerintah di Tanjung Pinang. Orang kuat Tanjung Pinang. Bila dengar cerita dari ibu Defi ini kiteorang macam kagum bethol dengan Pak Cik. Walaupun Pak Cik somebody di sana tetaplah merendah diri dan dalam kesibukkan beliau tetap mencari peluang melayani kami anak-beranak. Rumahnya memang besar sekali. Dengan dapur makan lain, dapur cuci pinggan lain, toilet pon ada toilet secret tau hehehe. Nampak macam kabinet tapi bukan kabinet. Hehehe. Setiap hujung minggu anak-beranak akan berkumpul makan bersama. Di sinilah Mira kenal dua pupu yang tinggal berasingan kerana sudah berkahwin. Ganteng-ganteng juga anak-anak Pakcik & ibu Defi hehehe persis Randy Pangalila hehe

Turut serta dalam makan besar keluarga

Inilah sebabnya pada mulanya Mira risau nak berkongsi. Antara faktornya nak menjaga privasi keluarga saudara Mira. Tapi rasanya tak sah kalau Mira tak kongsikan kebaikan saudara yang amat menyantuni kami anak-beranak ketika di Tanjung Pinang.

Terima kasih Pakcik & Ibu Defi memberi tempat berteduh sepanjang kami di Tanjung Pinang. Terharunya dengan layanan dari Pak Cik & ibu Defi sekeluarga. Semoga dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan.
Bergambar di lorong berdekatan gedung badminton milik Pak Cik & Ibu Defi
Tak lupa juga buat suami tercinta haa gitew yang sanggup bersama-sama mencari & menggali salasilah keluarga besar Mira di Indonesia. Tanpa sokongan dari Zyzool mana mungkin Mira ada upaya menjelajah mencari saudara yang jauh terpisah. Terima kasih sayang!!!

Sesungguhnya menjaga silaturahim adalah hal yang sangat dituntut dalam Islam & mendapat keberkatan Allah SWT serta menyuburkan hubungan sesama manusia.

Firman-Nya yang bermaksud:

Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujuraat: 10)

Kita berjumpa di episod seterusnya ya! Buhbye!

 

4.4 5 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments