Apple Pay kini boleh digunakan di Malaysia

Finally Apple Pay dah support kat Malaysia! Tapi buat masa sekarang ini hanya support untuk Bank Maybank, Ambank (Kad Kredit) & Standard Chartered sahaja. Kita berdoalah semoga segeralah bank-bank lain turut serta support untuk kemudahan dalam Apple Pay di Malaysia.

Apa itu Apple Pay?

Apple Pay ni dah diperkenalkan sejak 2014. Negara-negara lain bahkan di negara jiran dah menggunakan sejak dulu lagi. Di Malaysia nak kena tunggu approval Bank Negara untuk kemudahan Apple Pay ini. Rasanya staff bank negara dah ramai guna device apple kot tu yang baru sekarang kita dapat menikmati kemudahan Apple Pay ini hehehe

Ok Apple Pay ini bahasa mudahnya korang gi shopping bayar guna device Apple je (cth: iPhone @ Apple Watch) tanpa perlu bawa pon kad kredit atau debit korang.

Haaa jadi senang kan? Lenggang kangkong je gi shopping.. know know duit abis wakakaka. Seram kan? Ala sama je dengan korang tap kredit atau debit kad tiap kali shopping tu. Sama!!!! Bezanya dengan Apple Pay korang tap kan iPhone kat mesin paywave tu!

Cara nak aktifkan Apple Pay

  1. First korang pergi kat app Wallet kat iPhone tu dan tekan butang +. Ada 2 pilihan sama ada Debit or Credit Card ATAU Travel Card. Pilih Debit ot Credit Card.
  2. Lepas tu korang follow je instruction untuk masukkan kad anda di dalam app Wallet.
  3. Korang akan diberi activation code di SMS. Masukkan untuk verification.
  4. Seterusnya kalau korang ada Apple Watch teruskan link kan sekali dalam app Wallet tersebut.
  5. Kalini kena masukkan lagi activation code di SMS untuk Apple Watch pula.
  6. Bila dah selesai nanti korang akan nampak card bank korang dalam app Wallet.
  7. Tadaaa selesai bolehlah start shopping dengan hanya menggunakan peranti Apple!!

Cara menggunakan Apple Pay

Laaa dah letakkan details card dalam app Wallet tapi acane nak guna tu? Hahaha jangan risau mudah aje!!

Masa nak bayar tu korang cakap je kat akak kaunter tu

“Nak paywave boleh kak?”

Ok bila akak tu jawab BOLEH! Korang double-click side button device samada iPhone atau Apple Watch pastu rapatkan kat mesin paywave tu.

Yezza korang dah shopping dengan penuh bergaya! Hahaha tapi pastikan kalau debit kad tu ada duit lah dalam akaun ya. Yang kredit kad tu tak exceed limit lah ek hehehe.

Sama je macam kita tap kad bank kita. Tapi dengan Apple Pay kad bank kita tersimpan rapi dalam dompet. Hehehe

Semoga bermanfaat!!

5 5 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments