Membawa diri ke Adelaide, Australia

Godek-godek gambar jumpe gambar lama masa bercuti ke Adelaide Australia. Waktu ini Mira masih belajar di Universiti Teknologi Malaysia. Kebetulan sepupu sambung belajar di Universiti of Adelaide. Maka Mira ambil kesempatan mengunjungi sepupu Mira di sana. Lagi 2 minggu nak gerak baru Mira beli tiket penerbangan melalui Air Asia. Seorang sahaja sewaktu ini. Melayan perasaan jiwa remaja ketika itu hihi.

adelaide
Transit kat Melbourne. Hahaha sorang-sorang je time nih
Masa ni ada masalah cinta. Bila pikir balik tak matangnya la Mira waktu tu. Konon nak lari dari masalah, so kena lari dari Malaysia. Hehe takpelah pengalaman mengajar kita erti kematangan hidup hehe.
Nak gi uni cousin mesti lalu Rundle Mall ni. Pergh hari-hari gi belajar lalu depan shopping mall tergugat je nak shopping hari-hari hihihi
Sebulan jugak mira memerap diri kat Adelaide time tu. Kalau ingat balik cam kelakar pon je gak..Kerana cinta???? Ceh tah pape kan?? Alhamdulillah Allah Maha Penyayang dah memang tertulis jodoh dengan Zyzool. Doakan semoga berkekalan hingga ke jannah ye! hihihi okey okey bukan nak cerita pasal cinta.Ni nak share dengan korang gambar masa mira kat Adelaide. Time tu tak ambil banyak sangat gambar huhuhu. Yelah hati tengah merundum kesedihan kan. huaaaa kita layan perasaaan je lah hohohoho.Masa mira pergi Adelaide ni tahun 2010. Semua mira buat sendiri. Beli tiket Air Asia. Pastu mohon visa. Duit tiket & duit poket ayah belanja hohohoho. Thank you Ayah!!!! Love u so much!! Now kalau bercuti cik suami plak belanja! Love u yayang so much!! HeheheOk sambung!Antara tempat yang mira terokai di Adelaide, Australia
  • Rundle Mall
  • Adelaide Zoo
  • Adelaide Central Market
  • Glenelg Beach
  • River Torrens
  • Harbour Town
  • Port Adelaide
  • Torrens Island Market
Paling tak boleh lupa white chocolate strawberry sedap sangat. Mira beli kat Haigh’s Chocolate di Rundle Mall. Sedap sangat sampai bawak balik as souvenirs untuk diri sendiri hehee. Pastu kalau nak beli souvenirs murah better beli kat Central Market. Murah sangat berbanding tempat lain.Doakan this year ada rezeki Zyzool Mira Travel bercuti lagi ke Australia ya 🙂Anda pernah kunjungi Adelaide, Australia?Jom kongsikan dengan Mira!
Transit Melbourne sebelum balik Malaysia. Semoga bertemu kembali!!
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments