The Marvel Experience

Harini melayan Captain Malaysia Zyzool di The Marvel Experience Thailand. Dari MTR kemudian menaiki BTS ke Udon Sok Exit 5 & mengambil Free Shuttle Bus ke The Marvel Experience yang terletak bersebelahan Ikea terbesar di Asia Tenggara
.
Tiket dah siap-siap beli online. Sementara nak tunggu masuk jam 3 petang kami ke Marvel Super Store.. Adeh masuk sini dah rambang mata. Doakan duit dalam poket kami selamat. Nak bawak balik takda ruang dah oiii nak sumbat dalam backpack.

More on The Marvel Experience Thailand: Read Here!

Terminal 21

Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami ke Terminal 21. Menarik sungguh pusat membeli-belah ini yang bertemakan lapangan terbang. Setiap aras berlainan negara. Kiteorang pergi ambil gambar tandas di setiap tingkat. Hehe memang cantik dan rare sungguh. Tandas tersebut bertemakan negara yang diwakili setiap aras. Kemudian kami singgah ke 7 Elevan untuk menghilangkan haus di tekak dan seterusnya menghubungi grab dan pulang ke hotel tempat penginapan kami.

Leave a Reply

avatar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.