Day 6 Kembara Bangkok | Lopburi

Pengembaraan Lopburi yang sangat hebat!!

Alhamdulillah dari Bangkok kami menuju ke Lopburi untuk misi bergambar bersama 🌻

Terasa jauh benar mengembara semata-mata kerana sekeping gambar bernama Bunga Matahari!

Tapi inilah sebab tercetusnya idea backpack dari Selatan ke Utara terus ke Bangkok Thailand!

Ya keranamu SUNFLOWER!!

Sudah 2 tahun kami menahan diri ke Bangkok. Akhirnya impian pengembaraan kami berjaya tahun ini. Alhamdulillah syukur ya Allah 😊

9:25 pagi kami menaiki keretapi di Stesen Hua Lamphong & tiba di Lopburi jam 1 tengahari ☺️

Dipermudahkan urusan berkenalan dengan traveller dari Malaysia En Eddy sekeluarga di dalam train yang juga ingin ke ladang sunflower. Dapatlah kami tong tong tambang pengangkutan yang bagi kami amat murah berbanding pergi sendiri. Terima kasih En Eddy sekeluarga!!

Puas bergambar kami kembali ke Stesen Lopburi & menuju ke kedai makanan halal. Jam waktu tu dah menunjukkan pukul 4 petang. Perut dah berbunyi. Last makan jam 7 pagi tadi.

Lepas menapak kami ternampak masjid & rupanya kami dimaklumkan kedai makan dah tutup jam 3 petang 😭 Takpelah bukan rezeki kami. Terus bersolat jamak di Masjid Lopburi tersebut.

Tetibe jemaah masjid di situ menawarkan untuk kami menjamu makan di situ.

“Dah make ke belum ni?” Meh la make sini..”

Allahu maka nikmat tuhanmu yang manakah yang Kau dustakan?

Syukur ya Allah.. selesai bersolat & menunggu juadah disediakan oleh jemaah masjid tersebut, datang sepasang suami isteri (Syawal & Fa) rakyat Malaysia yang menumpang solat di situ juga

Apalagi jumpe orang kita kan hehe rancaklah Zyzool berborak & berkongsi cerita 😄

Walaupon jauh mana kita mengembara… Islam jua yang menyatukan kita 🤗

Pengalaman yang sangat hebat & tidak dapat di beli mahupun di rancang

Allah jua sebaik-baik perancang ❤️

Terima kasih semua atas doanya untuk hari ini

Semoga kami diberi kekuatan meneruskan pengembaraan kami esok hari di Day 7

Sayang…

Jadilah seperti bunga matahari 🌻 yang selamanya akan menatap pergerakan matahari..

Saat matahari tidak ada..

Ia akan menunduk lesu bahkan tidak melirik melihat ke bulan

Yang tentunya lagi cantik & menawan dari sang matahari 🌞

Terima kasih sayang atas pengembaraan mengejar sang matahari 🌻

I ❤️ u

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments