Day 2 Kembara Bangkok | Singgah di Taiping

Alhamdulillah setelah pelbagai onak duri hehe kami selamat tiba di Taiping, Perak. Harini kami meneruskan pengembaraan kami berjalan sekitar Taiping dengan lightweight bag. Bag gabak kami tinggalkan sebentar di hotel. Alhamdulillah Ayra & Afya kekal steady. Kami memulakan dengan berjalan ke mall yang terletak berhadapan hotel kami iaitu Taiping Sentral Mall. Setelah puas berjalan di situ kami meneruskan perjalanan kami ke Aeon Mall Taiping dengan menaiki Grab.

Kemudian kami menjamu selera di medan selera yang terletak di belakang Balai Bomba. Selesai makan kami berjalan kaki ke Taman Tasik Taiping. Meriah betul suasana di sini. Setelah puas bergambar kami terus menempah Grab untuk ke hotel mengambil bag gabak dan seterusnya meneruskan kembara kami ke Padang Besar, Perlis dengan menaiki ETS.

Alhamdulillah selesai sudah seharian menerokai keindahan tempat persinggahan kami di Taiping, Perak.

Terima kasih Taiping, Perak!! Worth to stop by! ❤️

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments