Day 2 Kembara Bangkok | Singgah di Taiping

Hari kedua kembara Bangkok kami habiskan dengan bersantai di Taiping, Perak sebelum menyambung perjalanan ke utara. Kami tinggalkan beg besar di hotel dan berjalan ringan bersama Ayra dan Afya, dari Taiping Sentral Mall ke medan selera dan Taman Tasik Taiping. Bagi keluarga yang singgah di Taiping Perak dalam perjalanan ke Thailand, satu hari di bandar ini memang cukup untuk rehatkan badan.

Kemaskini November 2026

  • Posting ini ditulis pada 2018 berdasarkan pengalaman kami. Harga, kemudahan atau waktu operasi mungkin dah berubah. Semak maklumat terkini di laman rasmi atau Google Maps sebelum pergi.

Alhamdulillah setelah pelbagai onak duri hehe kami selamat tiba di Taiping, Perak. Harini kami meneruskan pengembaraan kami berjalan sekitar Taiping dengan lightweight bag. Bag gabak kami tinggalkan sebentar di hotel. Alhamdulillah Ayra & Afya kekal steady. Kami memulakan dengan berjalan ke mall yang terletak berhadapan hotel kami iaitu Taiping Sentral Mall. Setelah puas berjalan di situ kami meneruskan perjalanan kami ke Aeon Mall Taiping dengan menaiki Grab.

Pagi santai di Taiping Perak

Pemandangan pagi dari hotel di Taiping
Pemandangan pagi dari hotel kami
Taiping Sentral Mall
Taiping Sentral Mall, betul-betul depan hotel
Depan Taiping Sentral Mall
Backpack ringan hari ni
Ayra dan Afya naik kereta Hello Kitty di Taiping Sentral Mall
Ayra dan Afya naik kereta Hello Kitty
Ayra dan Afya naik permainan di Taiping Sentral Mall
Seronoknya dua beradik
Vroom vroom!
Seterusnya ke Aeon Mall Taiping

Menjamu selera dan Taman Tasik Taiping

Kemudian kami menjamu selera di medan selera yang terletak di belakang Balai Bomba. Selesai makan kami berjalan kaki ke Taman Tasik Taiping. Meriah betul suasana di sini. Setelah puas bergambar kami terus menempah Grab untuk ke hotel mengambil bag gabak dan seterusnya meneruskan kembara kami ke Padang Besar, Perlis dengan menaiki ETS.

Alhamdulillah selesai sudah seharian menerokai keindahan tempat persinggahan kami di Taiping, Perak.

Terima kasih Taiping, Perak!! Worth to stop by! ❤

Menjamu selera di Taiping
💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.