Day 1 Kembara Bangkok | Dari Kulai ke Taiping

Hari pertama kembara Bangkok kami bermula dari Kulai ke Taiping, naik KTM Intercity, ETS dan bas lompat-lompat bersama Ayra dan Afya. Ini catatan perjalanan Kulai Taiping kami sebelum menyambung ke Thailand.

Kemaskini November 2026

  • Sejak 12 Disember 2025, ETS beroperasi dari JB Sentral dan Kluang ke utara. Tiket KTMB dibeli melalui app KITS Style atau laman rasmi KTMB.
  • Posting ini ditulis pada 2018 berdasarkan pengalaman kami. Harga, menu, kemudahan atau waktu operasi mungkin dah berubah. Semak maklumat terkini di laman rasmi, Google Maps atau platform tempahan sebelum pergi.

Dari Kulai ke Gemas

Alhamdulillah selamat tiba di Stesen Gemas jam 3.10 pagi menggunakan KTM Intercity dari Stesen Kulai malam tadi. Jam 5:30 pagi kaunter jualan tiket di buka di Stesen Gemas dan alhamdulillah rezeki kami tiket ETS ke KL Sentral masih ada 😅

Memang betul-betul backpack kali ni hehe. Kemudian kami terus berjalan mencari juadah untuk mengalas perut. Jam 7:40 pagi ETS bergerak menuju KL Sentral mengikut jadual

Semestinya Ayra sangat teruja menaiki Electric Train Service (ETS) ini 🤗

Dari Stesen Kulai ke Gemas dan KL Sentral

Ok ready set go di Stesen KTM Kulai
Ok ready set go!
Bersedia di Stesen KTM Kulai pada waktu malam
Bersedia di Stesen KTM Kulai
Dalam KTM Intercity dari Kulai ke Gemas
Dalam KTM Intercity ke Gemas
Selfie dalam keretapi ke Gemas
Selfie dalam keretapi
Stesen KTM Gemas jam 5:23 pagi
Bergambar di Stesen Gemas
Alhamdulillah dapat tiket ETS di Gemas
Misi mencari sarapan pagi
Nasi lemak untuk sarapan di Gemas
Dah lama pantang nasi lemak, yeayy!
Dalam ETS dari Gemas ke KL Sentral
Dalam ETS ke KL Sentral
Ayra teruja naik ETS

Tiket Habis di KL Sentral

Dah sampai KL Sentral.. Tiket habissss!!  Haa sudah! Yang ada tiket ke Tanjong Malim je. Beli jelah. Gasaklah kau kembara time cuti sekolah hahaha. Planning nak backpack ke Taiping harini.. Sampai Tanjong Malim, tiket ETS abis… Tiket bas abis… Grab takdak… Tapi mood berbackpack kami still ONZ!! Akhirnya last option kitaorang naik bas lompat-lompat hihihi. Syiok betul! Backpackers kental kan.. Wakakaka sedapkan hati.

Di KL Sentral dan ETS ke Tanjong Malim

Dah sampai KL Sentral, tiket habis
Dah sampai KL Sentral, tiket habisss!
Ayra dengan backpack di KL Sentral
Ayra si backpacker cilik di KL Sentral
Dalam ETS ke Tanjong Malim
ETS ke Tanjong Malim
Afya dalam ETS ke Tanjong Malim
Afya pun suka naik ETS

Bas Lompat dari Tanjong Malim ke Taiping

Kenangan bas lompat-lompat kami dari Tanjong Malim ke Taiping

Hentian Bas Tanjong Malim: tiket ETS abis, tiket bas abis!
Still survive insyaAllah
Bas Maraliner di Hentian Bas Tanjung Malim
Tanjong Malim ke Sungkai naik bas Maraliner
Dalam bas Maraliner dari Tanjung Malim ke Sungkai
Dalam bas Maraliner
Sampai Sungkai dengan bas Maraliner
Sampai Sungkai
Sampai di Sungkai dengan bas Maraliner
Terima kasih bang Naimi!
Pemandu bas dari Sungkai ke Tapah
Sungkai ke Tapah
Tiba di Tapah, terima kasih pemandu bas
Sampai Tapah, thank you uncle!
Alhamdulillah sampai Tapah
Bas tambang tanpa aircond dari Tapah
Tapah ke Kampar naik bas tambang takde aircond
Bas tambang old school, fuh nostalgia!
Bas tambang Teluk Intan dari Tapah ke Kampar
Bas tambang Teluk Intan
Sampai di Kampar dengan bas tambang
Sampai Kampar
Meneruskan perjalanan dari Kampar ke Ipoh
Kampar ke Ipoh pula
Bas Perak Transit di Ipoh
Sampai Ipoh
Tiba di Ipoh dengan bas Perak Transit
Yeahh Ipoh mali!
Pemandu Grab dari Ipoh ke Taiping
Ipoh ke Taiping naik Grab. Pakcik Grab siap singgahkan kami di drive-through KFC Taiping sebab kami belum makan malam!
Alhamdulillah sampai Taiping, berakhir hari pertama kami

Berjaya Sampai Taiping

Yeayyy misi kita backpack ke Taiping hari ini berjaya sayang!!!

Yang mengikuti post kami sebelum ini mesti sedia maklum bas lompat-lompat 😅

Selepas mengharungi pengembaraan selama 24 jam kami berjaya backpack sampai ke persinggahan pertama kami iaitu di Taiping, Perak!!

Alhamdulillah

Berikut merupakan route kami untuk DAY 1

1. KTM Kulai ke Gemas
2. ETS Gemas ke KL Sentral
3. ETS KL Sentral ke Tanjong Malim
4. Dari Stesen ETS Tanjong Malim ke Hentian Bas Tanjong Malim
5. Tanjong Malim ke Sungkai
6. Sungkai ke Tapah
7. Tapah ke Kampar
8. Kampar ke Ipoh
9. Ipoh ke Taiping

Yahoooo!!

Nak bersihkan diri, solat & nak makan!! Last makan tadi jam 6:40 pagi. Jangan terkejut I balik jb kuruih kering wakakkaka

Terima kasih buat semua yang mendoakan kami

💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.