Berbuka Puasa di GoodHope Hotel: Citarasa Pulau Pinang 2026

Pejam celik, pejam celik, tak lama lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadan. Mesti ramai yang dah mula survey tempat best untuk berbuka puasa, kan? Haa, untuk tahun 2026 ni, Mira nak kongsikan satu port berbuka yang Mira dan Zyzool baru je pergi cuba masa Food Preview mereka baru-baru ini.

Lokasinya dekat je, iaitu di GoodHope Hotel, Skudai, Johor Bahru. Tahun ni, mereka bawakan tema yang memang favorite kami berdua iaitu “Citarasa Pulau Pinang”!

Siapa tak rindu makanan Penang kan? Jadi bila dapat tahu je tema ni, memang laju je kami setuju untuk datang rasa.

Menu Highlight

Apa Yang Sedap? Bila sebut je Pulau Pinang, mesti terbayang Nasi Kandar, betul tak? Jangan risau, Chef Azalea dan team kulinari GoodHope Hotel memang tak mengecewakan. Ada lebih 80 jenis hidangan yang disajikan!

Dari pembuka selera sampailah ke pencuci mulut, semuanya tersusun cantik. Tapi, ada beberapa menu yang memang highlight wajib korang terjah dulu.

Jujur Mira cakap, selalunya kalau pergi bufet hotel, jarang kita jumpa stall Lok-Lok yang betul-betul sedap, kan? Tapi dekat sini lain macham!

Mira try makan Lok-Lok dia, memang layan habis. Cucuk-cucuk tu semua fresh, ada fishball, kek ikan, sayur dan macam-macam lagi. Tapi rahsia kesedapan dia mestilah dekat kuah sos dia tu. Bila celup panas-panas pastu cicah sos pedas manis dia… fuh, memang tak cukup setakat 5 cucuk! Zyzool pun geleng kepala tengok Mira asyik ulang-alik ambil Lok-Lok je.

Satu lagi yang menarik perhatian Mira ialah Nasi Lemak Bungkus. Comel je dia bungkus sebiji macam gaya nasi lemak pagi-pagi kat kampung.

Walaupun ringkas, tapi rasa sambal dia tu memang “kick”. Makan pula dengan telur rebus, memang bangkit selera. Kadang-kadang benda simple macam ni lah yang buat kita rasa puas bila berbuka, kan?

Tapi tak sah lah tema Pulau Pinang kalau tak ada Nasi Kandar. Bagi peminat Nasi Kandar korang memang kena “banjirkan” pinggan dengan kari yang pekat dan berempah. And lauk killer dia orang ialah Nasi Beryani Kambing!! Pergh daging kambing memang juicy sedap!! 

Satu benda yang Mira suka tentang GoodHope Hotel ni, mereka sangat prihatin. Ruang makan selesa. Paling penting, Surau disediakan lengkap dengan sejadah dan tempat wuduk. Jadi, lepas berbuka boleh terus solat Maghrib dengan tenang sebelum sambung makan round kedua hehehe..

Masa sesi preview haritu juga, Mira tersentuh hati tengok inisiatif CSR pihak hotel yang meraikan adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth (pelajar cacat penglihatan). Mereka sumbangkan kelengkapan sekolah dan duit raya. Rasa seronok dapat berbuka sambil tengok usaha murni macam ni.

Harga & Promosi

(Ini Paling Penting!) Berbaloi ke tak? Bagi Mira, dengan pilihan makanan sebanyak ni, harganya sangat berpatutan.

  • Tarikh Bufet: 21 Februari – 18 Mac 2026
  • Dewasa: RM88 nett
  • Warga Emas (65 tahun ke atas): RM78 nett
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM58 nett

🔥 PROMO ISTIMEWA: Kalau korang datang ramai-ramai, ada promosi BELI 10 PERCUMA 1 (Dewasa Sahaja). Sesuai sangat kalau nak buat reunion atau bawak satu ofis berbuka kat sini.

Bagi Mira, Bufet Ramadan GoodHope Hotel tahun ni memang best sebab variasi makanan dia banyak dan rasa dia memang kena dengan tekak Melayu kita. Lok-Lok dan Nasi Lemak Bungkus tu memang juara di hati Mira.

Kalau korang plan nak berbuka kat sini, Mira sarankan tempah awal sebab takut penuh. Boleh hubungi terus nombor di bawah ya:

📍 Lokasi: GoodHope Hotel, Skudai JB

📞 Tempahan:

  • 019-7799 437 (Front Office)

  • 019-7799 467 (Ms Katty)

  • 019-7799 574 (Mr Qurzee)

Selamat menyambut Ramadan dan selamat berbuka puasa nanti dari kami, Zyzool & Mira!

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.